Tuesday, March 13, 2012

Kedah: Datuk Abd Halim Ketuai J/K Pemandu


KL 12 Mac 12: PAS melantik bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman untuk mengetuai panel lima orang dalam jawatankuasa pemandunya untuk memantau pelaksanaan manifesto di negeri-negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat.

Setiausaha agung parti itu, Datuk Mustafa Ali mengumumkan demikian pada sidang media di ibu pejabat PAS petang ini.

Bagaimanapun, langkah yang dilihat sebagai usaha menyelesaikan kemelut pentadbiran kerajaan PAS di Kedah itu bukan hanya dikhususkan di negeri itu sahaja.

"Ia termasuk negeri-negeri yang kita perintah dan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat," kata Mustafa.

Ditanya lanjut, Mustafa berkata tafsiran media yang tidak tepat menyebabkan "terlalu banyak" salah faham timbul berhubung isu berkenaan.

Beliau berkata demikian apabila ditanya berhubung reaksi menteri besar Kedah yang didakwa ingin merujuk perlembagaan negeri apabila PAS mengumumkan untuk mengaktifkan semula jawatankuasa pemandu.

"Dia tak kata begitu, mungkin awak saja yang kata," katanya kepada wartawan.

Tegasnya, jawatankuasa berkenaan tidak mencampuri urusan negeri dan hanya akan memberi teguran kepada pemimpin negeri tersebut mengikut saluran parti.

NONEMalah, anggota jawatankuasa itu juga dipilih dari kalangan pemimpin parti yang berpengalaman dalam pentadbiran negeri.

Mustafa mengakui bahawa, antara isu yang akan ditekan jawatankuasa berkenaan ialah sikap kerajaan Kedah dalam isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

"Kita berpegang pada pandangan Pakatan Rakyat," katanya yang turut dipersetujui timbalan presidennya, Mohamad Sabu dan juga naib presiden Datuk Mahfuz Omar pada sidang media sama.

Empat lagi ahli jawatankuasa PAS pusat yang dilantik ke jawatankuasa itu ialah ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar, pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed, peguam PAS Asmuni Awi dan juga diri beliau sendiri, kata Mustafa. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails