Monday, March 12, 2012

NFC: 4 Tuduhan Untuk Suami Shahrizat

Pengarah NFC mohon dibicarakan bagi 4 tuduhan

Kesalahan yang didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membabitkan dua pertuduhan pecah amanah kerana menggunakan RM9,758,140 dana National Feedlot Corporation (NFC) untuk membeli dua unit kondominium di kompleks One Menerung, di Bangsar, pada 1 dan 4 Disember, 2009.

Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif NFC juga menghadapi dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat kerana memindah RM40 juta dana syarikat itu kepadaNational Meat ands Livestock Corporation, dari 5 Mei hingga Nov 16, 2009.

Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC yang menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.

Mohamad Salleh, 64, yang berpakaian kot warna hitam dan bertali leher hanya menganggukkan kepala tanda faham ketika kesemua pertuduhan dibacakan dan memohon dibicarakan.

NONEIsteri beliau, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berbaju kurung dan bertudung serba putih hadir bagi mengikuti proses pendakwaan di dalam mahkamah dan bagi memberikan sokongan.

Selain Mohamad Salleh, tiga orang anak mereka juga merupakan lembaga pengarah dalam syarikat berkenaan.

Untuk kedua-dua kesalahan mengikut Seksyen 409 itu, jika disabitkan beliau boleh dipenjara sekurang-kurangnya dua tahun hingga 20 tahun dan sebat serta boleh didenda.

Sementara itu, bagi pertuduhan pertama dan kedua mengikut Akta Syarikat jika disabitkan, beliau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda RM30,000.

Peguam Badrul Munir Bukhari yang mewakili Mohamad Salleh meminta anak guamnya diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan sedia menyerahkan pasport kepada mahkamah sebagai syarat tambahan.

Badrul juga memberitahu mahkamah bahawa peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah (kiri) akan bertindak sebagai peguam utama dan kini berada di luar negeri.

"Anak guam saya telah memberi kerjasama penuh kepada polis dan pihak pendakwaan sepanjang penyiasatan sejak timbulnya kes ini dan kini berada di mahkamah untuk membersihkan namanya," kata Badrul.

Timbalan Pendakwa Raya Dzulkifli Ahmad tidak membantah jaminan tersebut dan berkata beliau menyerahkan perkara tersebut kepada budi bicara mahkamah.

Hakim SM
Komathy Suppiah berkata mahkamah telah mengambil kira keseriusan kes dan jumlah wang yang terlibat serta mahkamah tidak mahu dituduh memilih kasih dalam menetapkan jaminan.

"Kes-kes seperti ini sebelum ini telah ditetapkan jaminan yang tinggi walaupun di dalam kes ini (pihak pendakwaan) tidak membantah jaminan seperti mana dicadangkan oleh pihak pembelaan," kata Komathy.

Beliau bagaimanapun kemudian menetapkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin, serta dokumen perjalanan Mohamad Salleh diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan sebutan semula kes berkenaan pada 13 April depan.

Shahrizat semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuat kuasa 8 April apabila tamat penggal lantikan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator).

Namun, beliau akan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

Isu NFC timbul dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu yang menyentuh mengenai prestasi projek ternakan lembu yang diusahakan syarikat itu di Gemas, Negeri Sembilan. (IH/Mk)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails