
KL, 11 Ma 12:  PAS Johor mengemukakan tiga nama calon dari Dewan Himpunan Penyokong  PAS (DHPP) [terdiri dari calon bukan Islam] kepada PAS Pusat untuk menentukan siapa yang akan bertanding  dalam PRU13 nanti.
Menurut Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed (gambar), nama-nama berkenaan sudah dihantar kepada PAS Pusat awal Januari lalu.
Tambahnya, salah seorang calon yang dipilih itu nanti akan mengisi kerusi yang pernah dipertandingkan pada pilihan raya 2008.
"Setakat  ini kita hanya kemukakan satu kerusi untuk diberi kepada DHPP, dan  terpulang pada PAS Pusat untuk memutuskan calon DHPP yang layak untuk  kali ini,"katanya kepada Harakahdaily.
Ketika ditanya sama ada  PAS Johor kemukakan calon dari kaum India atau Cina, Mahfodz berkata  mereka cuba mencari dua calon berkenaan bagaimanapun sehingga kini cuma  ada satu kaum sahaja.
Bagaimanapun katanya, langkah itu jelas  membuktikan pimpinan Pas mempunyai hubungan erat bersama DHPP di negeri  Johor sekali gus serius untuk mengecap kemenangan kerusi yang  dipertandingkan.
“Saya yakin dengan hubungan erat antara pucuk  pimpinan PAS Johor dengan DHPP negeri akan membolehkan kita (PR)  khususnya PAS mengubah fikiran rakyat untuk bersama pakatan pembangkang  sekali gus memenangi kerusi yang dipertandingkan dalam PRU13,” katanya.
Dalam  PRU-12 lalu, PAS Johor meletakkan calon wanita, Kumutha Raman,   pemegang ijazah undang-undang dari Britain bertanding di Dun Tiram. Pencalonan Kumutha itu membuktikan PAS turut memberi tempat kepada penyokong bukan Islam untuk turut mewakili parti itu.
Baru-baru  ini, Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional yang juga penasihat DHPP Dr  Mujahid Yusof Rawa menyasarkan enam negeri meletakkan calon bukan Islam  dalam pilihan raya akan datang. Negeri berkenaan ialah Selangor, Johor, Perak dan Kedah di samping Sarawak dan Sabah. DHPP mempunyai keahlian seramai 20,000 orang merupakan pengukuhan Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan sejak tahun 2005. (IH/Hrkh)
| Ucapan Kumutha a/p Raman - YouTube | |
|  www.youtube.com/watch?v=eNt6TkkbZ9826 Mar 2008 - 3 min - Uploaded by abdullahyoong Sempena meraikan kemenangan PAS Johor di Dun Maharani, dan Dun Sg Abong. Beliau telah ... | |

 
 

No comments:
Post a Comment