Monday, March 05, 2012

Pemimipin PAS, Perbetulkan Pemerintahan -Nik Aziz

Majlis Makan Malam PAS Kawasan Bachok

Kiri: MB Kedah, sedang diperbetul?

KOTA BHARU, 4 Mac 12:
Antara usaha wajib dilakukan para pemimpin, ialah memperbetulkan hal ehwal pemerintahan. Demikian seruan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas peranan ahli dan pemimpin PAS, khasnya di Kelantan dan di Malaysia amnya.

“Ini penting supaya betul sebagaimana kehendak ‘tuan punya’ iaitu Allah SWT.

“Jadi oleh demikian, wajib kita menggunakan parti, bahkan menolong parti dalam usaha memberi kemenangan kepada dasar Islam, dan ini kita telah buat sungguh-sungguh sejak lama dahulu khususnya sejak 1990,” jelas beliau.

Sebelum itu beliau menegaskan, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing terutama semasa menjelang Pilihan Raya ke-13.

“Bagi mereka yang ada mulut, bercakap. Ahli yang boleh memanjat pokok, panjat untuk menampal poster parti.

“Mereka yang ada wang, menderma. Yang berkebolehan dalam internet, gunakan internet, semuanya untuk memberikan kemenangan kepada Islam dalam semua segi,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika menyambut sokongan memberangsang dari pelbagai kaum terhadap kepimpinan Kelantan, di Majlis Makan Malam PAS Kawasan Bachok di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Beliau juga menjelaskan, baru-baru ini beberapa tokoh agama di Malaysia termasuk dari Kristian, Buddha dan lain-lain agama, datang ke Kelantan dan berjumpa beliau mengucapkan terima kasih banyak bahawa Kerajaan Kelantan tidak pernah mengganggu mereka termasuk dalam urusan ibadat.

Turut hadir Ahli Parlimen Bachok yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nasharuddin Mat Isa, Adun Perupok, Datuk Omar Mohamed, Adun Tawang Hassan Mohamood dan Adun Jelawat Abdul Aziz Kadir, kepimpinan PAS Kawasan Bachok dan para dermawan. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails