Monday, March 05, 2012

Pelajar Agama M'sia Di Syria, K'jaan Tak T/Jawab..

PENUNJUK perasaan mengadakan bantahan terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad di Yabroud dekat Damsyik pada Jumaat lalu.

JOHOR BAHRU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan pelajar Malaysia di Syria sekiranya mereka enggan dibawa pulang atau dipindahkan ke Jordan ekoran pergolakan politik yang berterusan di negara itu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, para pelajar telah dihubungi dan dimaklumkan mengenai risiko yang bakal mereka hadapi jika terus berada di negara yang sedang bergolak tersebut.

“Penuntut yang enggan balik atau berpindah ke Jordan akan diminta menandatangani surat bagi mengesahkan bahawa mereka tahu akan akibat daripada keputusan mereka itu,” katanya lagi.

Terdapat 400 pelajar Malaysia di Syria dengan 222 orang telah dibawa pulang sementara 178 orang masih berada di sana. Antara alasan penuntut yang majoritinya mengikuti pengajian agama untuk tidak pulang ialah kerana mereka sedang menuntut di tahun akhir atau akan menghadapi peperiksaan.

KPT kini sedang menimbang sama ada akan membawa pulang atau memindahkan pelajar terbabit ke Jordan, namun, ia masih menunggu keputusan Majlis Keselamatan Negara berhubung tahap keselamatan pelajar. (Pelbagai sumber)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails