Friday, March 09, 2012

Kes Baling Kasut: Dia Tak Takut Undang2 Dunia..

Hoslan berkata beliau didakwa kerana percampuran politik dengan agama. — Gambar oleh Choo Choy May
PUTRAJAYA, 8 Mac — Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap seorang imam yang membaling kasutnya ke arah hakim mahkamah sama bulan lalu, kerana telah menghina mahkamah.

Ketiga-tiga hakim yang sama menjelaskan “tindakan menghina mahkamah adalah sangat serius” dan “sekiranya tiada tindakan diambil, akan mencemarkan kuasa mahkamah.” Mereka sebelumnya membenarkan Hoslan Hussin membuat rayuan bagi meringankan hukuman selepas mendapati beliau bersalah atas kesalahan tersebut.

Hoslan, 46, berkata, “saya keliru” mengapa dibicarakan di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah. Beliau diwakili oleh Karpal Singh untuk tujusan itu.

“Saya keliru. Semuanya keliru. Sebagai seorang imam saya hanya menolong orang melakukan perkara yang baik.

“Disebabkan politik dalam agama, mereka mendakwa imam,” katanya sebelum menangis.

Pada 22 Februari, Hoslan telah melemparkan kasutnya di Mahkamah Persekutuan apabila beliau cuba mencabar keputusan Masjid Kuala Lumpur pada 1999. Tindakannya ketika itu mengejutkan hakim, peguam, dan pemerhati di kamar mahkamah.

Ketiga-tiga hakim yang sama, diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, membuat keputusan berkenaan “selepas menilai penjelasan” Hoslan.

“Mahkamah harus menjatuhkan hukuman yang bersesuaian,” kata Zulkifli ketika perbicaraan.

Datuk Suriyadi Halim Omar turut berkata Hoslan adalah “ganas.”

“Sesiapa yang alim akan dipandang tinggi. Tetapi kamu bersifat sebaliknya dan tidak menunjukkan tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Ketika membuat rayuan, Karpal menjelaskan bahawa mahkamah harus mengambil kira “aspek emosi” berikutan tempoh 13 tahun yang Hoslan dipaksa menunggu sebelum kes beliau didengarkan.

“Mahkamah harus mengambil kira sekiranya teguran lebih bermakna daripada hukuman. Teguran serius lebih bermakna,” katanya.

Namun begitu, Ketua Hakim menjelaskan hukuman penjara adalah perlu sebagai pengajaran.

“Ini adalah kes menghina mahkamah yang serius, lebih-lebih lagi dia adalah kakitangan awam. perbuatannya itu telah mencemarkan nama baik mahkamah,”

“Hukuman ini adalah pengajaran ... untuk pentadbiran yang lebih adil,” jelas peguam persekutuan Suzana Attan.

Hoslan kemudian mengaku menyesali perbuatannya dan memohon maaf daripada pihak kehakiman.

“Saya kecewa. Saya harap kita akan memaafkan satu sama lain,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Presiden Bush juga pernah dibaling kasut. Apakah kerana kekuatan iman kepada ke'besar'an Allah SWT menyebabkan yang lain semua nampak kecil? Maka beliau tidak takut undang-undang dunia? (IH)

1 comment:

Khairul Anuar said...

Ye ke admin?

http://arrahimah.blogspot.com/2012/03/kronoly-hoslan-hussain.html

Baca cerita dari kedua belah pihak yer admin..Ptuih!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails