Sunday, October 23, 2011

Trend Baru,Gadis Pelajar Tiduri Lelaki.. Kerajaan Pekak?

YANTI... masih seronok memburu gelaran Ratu X.
YANTI... masih seronok memburu gelaran Ratu X.

KL 23 Okt 11: Mengejutkan apabila ada remaja perempuan yang masih bersekolah sanggup menggadai maruah diri dengan meniduri seramai mungkin lelaki terutama golongan berada dan berpengaruh semata-mata ingin merebut gelaran ratu sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota.

Semakin ramai lelaki yang ditiduri, semakin hebat reputasi gadis itu di kalangan remaja perempuan yang melepak dan berpeleseran di pusat beli-belah berkenaan, sekali gus melayakkannya digelar Ratu X.

Gelaran itu menjadi kegilaan gadis liar dan apa yang menyedihkan kebanyakan remaja berkenaan yang masih bersekolah sanggup menggadai dara hanya untuk mencari populariti segera.

Trend menggemparkan itu diakui Shana dan Yanti, 16 (bukan nama sebenar) yang mendedahkan kegiatan itu biasanya dilakukan pada setiap hujung minggu bagi mengaburi mata ibu bapa dan keluarga.

Menurut Shana, Ratu X adalah gelaran yang diberikan kepada remaja perempuan yang sering mendapat perhatian lelaki yang biasanya melepak sekitar pusat beli-belah berkenaan dan untuk mendapatkan gelaran itu, beberapa syarat perlu dipatuhi.

“Syaratnya mudah saja, untuk menjadi ratu atau popular di kalangan remaja di situ, seseorang itu hendaklah bermalam dengan seramai mungkin lelaki dan lelaki yang dipilih juga harusnya golongan berada atau yang mempunyai ramai kawan atau pengaruh.

“Kumpulan remaja di situ hanya akan berkumpul setiap hujung minggu bermula jam 4 petang hingga awal pagi,” katanya kepada Metro Ahad.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Trend baru..
  • Kumpulan gadis pelajar tiduri lelaki berada dan berpengaruh.
  • Masih bawah umur, bererti kes rogol, kes jenayah.. Mengapa kerajaan diam?
  • Mengaburi mata ibubapa, guru sekolah dan lain-lain. Silap sistem pelajaran?
  • Mereka mengakui sendiri, mengapa pihak berwajib idak boleh kesan dan bertindak wajar.
  • Kementerian wanita, kementerian pelajaran, agama dan pihak polis, pemimpin negara terutamannya parti BN bertanggung jawab.
  • Kesan moral, kesihatan, dan jenayah masyarakat, akan datang bertambah parah!
  • Tolak BN dalam PRU13 akan datang.
Wallahu 'aklam.

3 comments:

Anonymous said...

bende sedap..

Anonymous said...

Kelantan tertinggi HIV. Berkat pemerintahan PAS...

kamal imran said...

salam ukhuwah...

nama digunakan dah sedap tp beginikan ngah nama ibnu hashim mengaitkan sesuatu dgn menuduh org lain....fitnah jadinya nanti...mengapa perlu disalahkan kerajaan atas permasalahan yang berlaku...kes sosial yang tinggi juga berlaku d kelantan...jd siapa yang harus dipersalahkan...dari bersikap menunding jari menyalahkan satu sama lain apa kata berganding bahu bersama menyelesaikan masalah yang berlaku...barulah kedaulatan Islam akan terjaga...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails