Friday, October 28, 2011

Bola Jaring Nisa', Rebut Piala Zainab Al-Ghazali

SUKAN
PERMATANG PAUH, 28 Okt 11: Nisa’ Permatang Pauh mengambil inisiatif dalam mendekati generasi muda dan masyarakat dengan menganjurkan Pertandingan Bola Jaring Piala Zainab Al-Ghazali yang telah diadakan di gelanggang bola jaring Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam, baru-baru ini.

Menurut Pengarah Nisa’ Permatang Pauh, Rafidah Abd Razak, Nisa’ sangat menghargai penyertaan semua pemain dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan program itu.

Beliau berharap melalui penganjuran program seperti itu dapat mengeratkan hubungan kasih sayang dan persaudaraan sesama manusia tanpa mengira latar belakang kehidupan.

Perasmian program itu telah disempurnakan oleh Penasihat Nisa’ Permatang Pauh, Suraya Saad yang disertai 11 kumpulan dan perlawanan diadakan secara liga.

Kumpulan Mawardah telah berjaya menjadi johan dan memenangi Piala Zainab Al Ghazali beserta wang tunai RM500. Manakala naib johan dimenangi Permata Netball Club dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Super Strike Girls.

Kumpulan-kumpulan lain yang menyertai pertandingan adalah Puteri IKBN, IKBN Ladies, Khalifatul Humaira’, al-Usrah, Geng Jem dan Masriyah. Rafidah berkata, Nisa’ akan terus berusaha untuk mendekati golongan remaja dan belia melalui program-programnya seperti aktiviti sukan, kem untuk pelajar sekolah dan juga khidmat masyarakat.

“Melalui program-program sebegini, Nisa’ berpeluang untuk sama-sama memupuk dan menanamkan nilai-nilai sosial yang murni kepada para remaja dan belia,” katanya. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Muslimah sudah buktikan, boleh bersukan menurut cara Islam di Malaysia. Boleh! Cuma kerajaan Malaysia yang tidak yakin boleh, itu sebab kementerian belia dan sukan tidak galakkan bersukan mengikut garis-garis kebebasan Islam. Dalam berkebajikan mereka tidak yakin, tetapi dalam sukan bermaksiat mereka yakin penuh. Mereka yakin boleh dalam maksiat, tetapi PAS yakin boleh bangun bersama Islam! (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.

Seluar Dalam Ajaib

2 comments:

Anonymous said...

knp zainab ghazali?? malaysia xde tokoh wanita sndiri ke?? piala rosmah mansur kan ok tu??

Anonymous said...

aik knape slama ni kalau yg UMNO atau BN or kerajaan buat sukan smua main berbogel ke???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails