Thursday, October 27, 2011

Sambut Deepavali: Sejak 40 Tahun Di Bawah BN..

MB, negeri yang dirampas secara haram..

IPOH: myMetro hari ini melaporlan, seramai 15 sekeluarga terpaksa menghuni pondok yang ditutupi dengan zink dan kayu sejak 40 tahun lalu akibat kedaifan hidup.

Pemilik rumah berkenaan, M Amanah, 73, bersama 15 cucu dan cicitnya tinggal di rumah usang berkenaan yang ditampal hampir pada seluruh bahagian di kaki bukit batu kapur, Gunung Lang, Jalan Kuala Kangsar, di sini.

Lebih menyedihkan apabila semua penghuni hanya mampu menyambut Deepavali secara sederhana berikutan terpaksa menjimatkan wang perbelanjaan harian yang bergantung pada duit pencen Amanah sebanyak RM300 sebulan. Namun, sambutan Pesta Cahaya tahun ini, kononnya lebih bermakna apabila rumah usang Amanah dikunjungi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry bersama isterinya.

“Sejak 40 tahun tinggal di sini, ini kali pertama pemimpin utama negeri datang melawat kami sekeluarga. Saya sangat terharu kerana kedatangan rombongan Menteri Besar bukan saja semata-mata untuk melihat keadaan kami, tetapi juga memberi sedikit bantuan yang boleh meringankan beban kami,” kata M Amanahketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Amanah yang kematian suaminya, A Subramaniam sejak 26 tahun lalu berkata, dia mengakui ketidakselesaan kediamannya kerana sesak dengan bilangan ahli keluarga yang ramai, apatah lagi ada beberapa cucu serta cicitnya yang sedang membesar.

“Kami akan sentiasa memantau perkembangan mereka, apatah lagi seorang daripada ahli keluarga Amanah adalah anak angkat saya sendiri iaitu M Sarathkumar, 12, yang kini sedang belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Changkat Kinding, Tanjung Rambutan,” katanya.

Begitulah Nasib rakyat miskin di bawah BN (Barisan Nasional). Kalau tidak berlaku rakyat menolak BN dalam PRU 12 lepas, mungkin rumah usang M Amanah tidak akan di ziarahi lagi. Kali ini rakyat Perak perlu tolak BN lebih kuat lagi.. (IH

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.

Seluar Dalam Ajaib

1 comment:

Anonymous said...

Mengalahkan legasi Samy Velluu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails