Friday, October 28, 2011

Israel Rancang Bunuh Tahanan Yg Dibebaskan -Dr Bahar



KL 28 Okt 11: Semalam,Timbalan ketua Majlis Perundangan Palestin (PLC), Dr. Ahmad Bahar (gambar), memberi amaran bahawa Israel dan beberapa kumpulan “Zionis” telah” memperuntukkan wang bagi membiayai pembunuhan tahanan yang dibebaskan di bawah perjanjian pertukaran banduan”.

Bahar menambah, terdapat sesetengah anggota pelampau dalam parlimen Israel menggalakkan pembunuhan tersebut. Gabungan Hamas dan pusat maklumat Palestin memberi kenyataan bahawa isu yang telah diutarakan oleh Bahar didalam kenyataan akhbarnya mengenai ancaman oleh Zionist terhadap tahanan itu tidak seharusnya dipandang ringan.

“ Terdapat unsur hasutan yang berterusan diamalkan oleh ahli-ahli fundamentalis Parlimen Israel (Knesset) dan juga oleh penduduk terhadap tahanan yang telah dibebaskan”, Bahar berkata, “ Ini membuktikan bahawa Israel mempunyai sasaran terhadap tahanan pada peringkat permulaan.

Beliau telah memberi peringatan kepada tahanan yang telah dibebaskan supaya sentiasa berjaga-jaga, terutamanya dalam Bank barat dan juga Utara Baitulmaqqadis. Bahar menambah dalam kenyataanya bahawa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas seharusnya memainkan peranan penting bagi mematahkan rancangan Israel d an memastikan perlindungan yang menyeluruh kepada tahanan yang telah dibebaskan, “ dan sebaliknya, bukan penghinaan yang dihadapi mereka oleh pasukan keselamatan yang menyoal siasat mereka. (IH/sumber : http://www.imemc.org)

Lihat Sebelum ini...

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.

Seluar Dalam Ajaib

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails