Tuesday, October 25, 2011

Final Piala Malaysia: Harga Semua Tiket RM50

SUKAN

SHAH ALAM, 24 Okt: Tiket bagi semua tempat duduk bagi perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-85 antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini ditetapkan pada harga RM50.

Pada edisi terdahulu Piala Malaysia yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, FAM menjual tiket berharga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM50 bagi tempat duduk utama.

Tiket boleh dibeli melalui persatuan bolasepak negeri masing-masing mulai hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium selain beberapa faktor lain.

“Kita turut memikirkan mengenai kapasiti stadium yang mampu menerima kehadiran penyokong kedua-dua pasukan. Kita telah melihat beberapa pilihan yang ada sebelum memutuskan harga tersebut,” katanya dipetik Bernama Online.

Hamidin berkata bagi pembahagian tiket perlawanan akhir, setiap pasukan akan diperuntukkan sejumlah 15,000 tiket untuk dijual oleh persatuan bola sepak negeri kepada penyokong masing-masing bermula hari ini.

“Sekiranya jualan tiket perlawanan akhir itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penyokong masing-masing, FAM akan memberi peruntukan tambahan sebanyak 15,000 tiket,” katanya.

Beliau berkata baki sebanyak 5,000 akan dijual kepada penyokong kedua-dua pasukan yang tinggal di sekitar Lembah Klang bermula 9 pagi Sabtu ini manakala 15,000 tiket lagi diperuntukkan kepada pihak penaja dan tetamu kehormat.

Mengenai kualiti padang di Stadium Shah Alam yang dikatakan tidak memenuhi standard permainan, Hamidin berkata Perbadanan Stadium Shah Alam telah memberi jaminan bahawa kerja membaik pulih sementara stadium akan disiapkan sebelum Sabtu ini.

Stadium Shah Alam yang boleh menampung hingga 80,000 penonton itu, akan ditutup sehingga Mac depan selepas perlawanan akhir itu bagi kerja menaiktaraf sepenuhnya stadium itu. (IH)

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib
Seluar Dalam Ajaib
America Vakoou -Untuk Lelaki

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails