Thursday, June 30, 2011

Susu 1Malaysia Diagihkan Kpd Pelajar, Haram?



KL, 30 Jun 11:
Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa tidak semua makanan yang diimport yang mempunyai perakuan halal oleh negara luar diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada persidangan Selasa lalu ketika menjawab soalan Datuk Dr. Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang).

Dr. Hayati sebelum itu bertanyakan berhubung isu Susu 1Malaysia yang diimport dari Korea Selatan untuk diagihkan kepada pelajar sekolah. Katanya, ada pegawai yang mengatakan Malaysia tidak mengesahkan tanda halal pada susu itu kerana ia dari luar negeri dan tidak disahkan Jakim.

"Sijil halal daripada luar negara boleh diterima. Katakan dari Korea seperti Yang Berhormat sebutkan tadi. Boleh. Tetapi pengeluar sijil halal di Korea itu hendaklah yang telah diiktiraf Jakim.

"Katakan di Korea ada dua sahaja, saya pun tidak tahu, ini belum lagi diputusakan. Maknanya nanti Jakim akan mengeluarkan senarai yang mana daripada negara-negara berkenaan yang disahkan," kata Ismail.

Katanya lagi, di China beliau difahamkan terdapat 53 badan agama namun tidak semua akan diiktiraf oleh Jakim. Menyoal lanjut, Dr. Hayati bertanya bagaimana rakyat negara ini boleh membezakan bahawasanya sesuatu itu diiktiraf atau tidak diiktiraf Jakim.

Menjawab soalan itu Ismail berkata, Jakim akan memperincikannya dalam laman web Halal. "Saya percaya Jakim akan mengeluarkan bentuk-bentuk logo halal dan sebagainya dalam web Halal yang boleh dianggap sah," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berhubung isu Susu 1Malaysia yang diimport dari Korea Selatan untuk diagihkan kepada pelajar sekolah itu, adakah jelas haram atau tidak berdasarkan jawapan di atas? (IH)

4 comments:

Sang Kelana said...

Selagi ianya bukan susu dari haiwan yang haram dimakan,tiada masalah bukan?KPDNHEP hanya perlu kuatkuasakan wajib label sumber dan bahan tambahan dalamnya pada kotak/pembungkus. Dengan itu tak perlu tunggu pengeluaran sijil halal.

Ali mahmud said...

Tepat jawapan hang..

Abang At said...

Sang Kelana, Ali, selepas minum, kotak itu diambil balik dari murid, so kita tak tahu apa kandungannya. Dimaklumkan bahawa terdapat hanya 40 % sahaja kandungan susu, manakala yang lain adalah bahan campuran, yang kita sendiri ragui apakah campuran itu, sila sahkan betul atau tidak kenyataan saya, jika salah saya mohon maaf

Sang Kelana said...

wow..40%? itu bukan susu namanya. jadi mixed drinks saje. maaf. tak tahu proses pengagihan tersebut.bunyi macam sumber skandal yang sesuai.tanggungjawab jatuh pada ibubapa dan guru di sini untuk mengajar pelajar2 memilih sumber makanan. kesedaran awal di pihak pengguna!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails