Tuesday, June 28, 2011

Wardina, Selamat Datang Ke Dunia Politik!


KL 27 Jun 11: Weblog Ibnu Hasyim mengucapkan selamat datang ke dunia politik kepada Wardina Safiyyah, pengacara terkenal Tv3.

Menurut Siasah Daily hari ini, perkembangan melibatkan Wardina dalam politik ini, 'bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sedia diketahui mempunyai pandangan-pandangan politik yang jelas dan mempunyai hubungan rapat dengan individu-individu dari PKR'.

Wardina telah disebut-sebut bakal menyertai parti pembangkang secara terbuka bersama beberapa orang lagi selebriti, termasuk bekas peserta program realiti. Wardina telah menunjukkan kecenderungan politiknya melalui mesej-mesej di Facebook dan Twitter sekurang-kurangnya sejak beberapa bulan lalu, walaupun mengacarai sebuah rancangan popular di stesen televisyen paling pro-Umno, TV3.

Beberapa bulan lalu, ekoran satu balasan mesej Twitter kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau dispekulasi akan bertanding di kerusi Lembah Pantai menentang menteri wanita itu. Wardina baru-baru ini muncul dalam program kerajaan negeri Selangor, yang dikaitkan sesetengah pihak sebagai program mempromosi perhimpunan Bersih kedua 9 Julai nanti.

Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot, pengacara terkenal di TV3 menambahkan lagi senarai selebriti yang menyertai atau menunjukkan sokongan terbuka kepada parti-parti Pakatan Rakyat. Selepas Bob Lokman, Wardina yang mula popular selepas kemunculan dalam rancangan sitkom Spanar Jaya akan menjadi satu lagi wajah popular yang bakal memeriahkan dunia politik Malaysia.

Parti-parti pembangkang dan Barisan Nasional kini dilihat berlumba-lumba untuk menarik selebriti menyertai parti mereka secara terbuka untuk membina imej popular dan menarik pengundi. Beberapa tahun lalu, peserta rancangan realiti, Mawi menjadi rebutan Umno dan PAS untuk ditonjolkan sebagai penyokong parti terbabit.

Menurut Saiasah Daily lagi, beberapa blog pro-Umno kini telah mula menerbitkan tulisan-tulisan berbentuk serangan peribadi terhadap beliau melibatkan gaya hidupnya sebelum bertudung dan pada masa sama menggesa Media Prima mengambil tindakan terhadap pengacara itu.

Bob turut menerima nasib yang sama apabila beberapa kenyataannya dilihat sebagai penghinaan kepada dunia hiburan tempatan dan dikecam di ruangan seni akhbar tempatan, terutama halaman hiburan Mingguan Malaysia.

Sesetengah blog pro-Umno ketika Bob baru menyertai PAS secara terbuka cuba membalas dengan memperbesarkan laporan pelakon dan pengacara AC Mizal bersama Umno. AC walau bagaimanapun berdepan imej agak negatif berhubung beberapa isu termasuk perniagaannya.

Perkembangan ini juga dikatakan bakal menyumbang imej lebih positif kepada pembangkang ekoran populariti selebriti terbabit yang rata-rata dilihat mempunyai imej yang baik. Kalau beliau memilih PAS, bersediakah Muslimat PAS menerima kedatangan Wardina? Apakah beliau juga dapat membantu dalam pelancaran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini?(IH)

Lihat Sebelum ini...

1 comment:

Anonymous said...

Wardina menunjukkan dirinya sebagai ibu yang hebat dan kononnya jadi contoh kepada semua rakyat Malaysia.

Adakah Wardina anak yang contoh kepada ibu bapanya?

Jelaskan adakah benar Wardina pernah lari dari rumah ibu bapanya ketika dia seorang remaja?

Jawapan yang diberikan akan menunjukkan samada Wardina:

1. seorang penipu atau

2. ibu "contoh" yang munafik kerana dia sendiri seorang yang pernah derhaka kepada ibu bapanya sendiri!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails