Tuesday, June 28, 2011

Video Seks: Klip Terbaru Internet Serang MP Johari


KL, 28 Jun 11: Satu klip video baru muncul di Internet hari ini — menyerang kredibiliti Datuk Johari Abdul (gambar)— dengan mendakwa wakil rakyat itu meminta “ganjaran” RM1 juta daripada trio Datuk T, beberapa hari selepas beliau mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan si pelaku dalam rakaman video seks didedahkan Mac lalu.

Sejurus selepas rakaman video seks ditayangkan kepada pemberita pada 21 Mac lalu, trio Datuk iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Lazim, Johari mendedahkan beliau menonton video itu bersama mereka di sebuah hotel di sini.

Wakil rakyat itu berulang kali menafikan bahawa beliau ada bersetuju yang lelaki dalam video seks itu ialah Anwar. Bagaimanapun satu video yang disiarkan oleh blogger pro-Umno blogger “Papagomo” hari ini mendakwa sebaliknya.

Video yang panjangnya 1.59 minit itu, bersama dengan tulisan blog memetik Shazryl mendakwa Ahli Parlimen Sungai Petani itu yakin yang Anwar adalah lelaki dalam klip video itu dan Johari minta RM1 juta bagi diri beliau dan RM1 juta bagi setiap lima Ahli Parlimen yang bersedia untuk meninggalkan PKR selepas menonton video berkenaan.

Klip video itu tiada bukti yang dapat menunjukkan bahawa beliau ada meminta wang dalam jumlah itu. Johari dilihat memasuki sebuah bilik hotel dengan diiringi trio Datuk T dan kemudian duduk di depan televisyen.

Satu kamera terselindung dilihat diletakkan di depan televisyen, oleh itu memberi gambaran mengenai reaksi Johari. dan suara trio Datuk T. Berbanding naratif-naratif Johari sebelum ini tentang apa yang berlaku pada hari video itu ditonton, MP PKR itu kelihatan gelak ketawa dan mesra bersama ketiga-tiga Datuk T, dan berjenaka beberapa minit sebelum video seks ditayangkan.

Johari juga merupakan sepupu Shuaib. Klip video bertajuk “Johari Abdul akui bahawa pelaku dalam video seks ialah Anwar Ibrahim” mengetengahkan komen-komen yang dibuat oleh pemimpin PKR ketika menonton video itu.

Tulisan blog itu yang memetik Shazryl dan Rahim sebagai berkata Johari telah meminta RM100,000 sebagai bayaran awal dan mereka telah membayar pemimpin PKR itiu separuh daripadanya. Rahim dipetik berkata, trio Datuk telah menolak tawaran Johari untuk membawa lima lagi MP PKR iaitu Datuk Kamarul Baharin Abbas, Rashid Din, Azan Ismail, Amran Ab Ghani dan Abdullah Sani untuk menonton video seks itu dan akan dibayar RM1 juta setiap orang untuk keluar parti.

“Apabila (pemintaan) ini dibuat, kami telah memutuskan untuk menolak (tawaran Johari), kata Rahim lagi.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur Jumaat lalu mengenakan hukuman ke atas ketiga-tiga mereka selepas mengaku bersalah menayangkan rakaman dan bersubahat dengan perbuatan itu. (Sumber The Malaysian Insider)

1 comment:

Anonymous said...

x tahu leee apa nak jadi politik hari niiiiiiiiiiiiiiiii

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails