Thursday, June 30, 2011

BERSIH 2.0: Polis Mula Buat Kecoh?

Shah Alam 30 Jun 11: Cubaan merampas baju BERSIH oleh beberapa oleh pihak yang disyaki sebagai polis mencetuskan kekecohan dalam ceramah PAS di Shah Alam malam tadi.

Pada kejadian di sebuah pintu masuk di Stadium Melawati, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju BERSIH yang dijual. Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki yang dipercayai polis itu sedikit demi sedikit ke jalan raya.

"Jangan bagi mereka masuk," kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka.
Kelihatan sebuah dua van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya. Kekecohan hampir sepuluh minit itu kemudiannya mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah.

Bagaimanapun, semakin ramai anggota Unit Amal PAS - kira-kira 25 orang - mengetatkan kawalan dan mententeramkan penyokong daripada bertindak liar. Di pihak polis, kira-kira 10 anggota masih berlegar di kawasan berkenaan.

Kekecohan itu menyebabkan beberapa peniaga lain yang menjual lencana dan pengikat kepala BERSIH beralih ke dalam stadium dan menjual sembunyi-sembunyi secara 'jualan langsung'.
Di dalam stadium, anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad meneruskan ucapannya seperti biasa. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dijadual menyampaikan pidato khas di hadapan kira-kira 3,000 penyokong Pakatan Rakyat selepas ini.

. Sementara itu, di Kuala Lumpur, PAS mendakwa terdapat usaha pihak tertentu mengelirukan rakyat dengan mengedarkan pelekat kenderaan palsu berlogo Bersih dan berwarna kuning. Namun pelekat berkenaan boleh menimbulkan kekeliruan apabila tertera ayat "Bersama kita tumbangkan kerajaan sekarang!" dan Buktikan kita mampu seperti Libya!".

Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli berpandangan, tindakan mengelirukan rakyat ini hanyalah untuk mewujudkan satu alasan agar kerajaan menghalang ianya daripada berlaku.
Seorang anggota polis merampas kain rentang Himpunan Bersih 2.0 dari pejabat sekretariat di Petaling Jaya petang ini. – Foto oleh Jack Ooi
Seorang anggota polis merampas kain rentang Himpunan Bersih 2.0 dari pejabat sekretariat di Petaling Jaya petang semalam. – Foto oleh Jack Ooi

"Mereka mahu pihak berkuasa menggunakan ini sebagai hujah bahawa himpunan ini lebih daripada satu himpunan aman dan mahu mengaitkan himpunan ini dengan himpunan di negara lain," katanya. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails