Wednesday, June 29, 2011

BN Di Ambang Kejatuhan, Ini Buktinya -Nik Aziz

KL, 29 Jun 11: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan aktivis Bersih adalah pra kejatuhan Umno BN.

Kata-kata dari tulisan Tok Guru Nik Aziz ini, boleh diertikan bahawa, inilah bukti BN kini diambang kejatuhan.

“Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan.

“Saya mengira kerajaan masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah,” ujarnya melalui Twitter.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat.

“Tangkapan-tangkapan ini hanyalah pra kejatuhan Umno Barisan Nasional,” katanya.

Beliau sebelum ini menyokong himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini. Sehingga semalam, lebih 80 orang ditahan polis kerana memakai baju Bersih 2.0 mahupun mengedar risalah berkaitan. (IH)

1 comment:

Hamdan Rukun said...

ALA.. NIK AZIZ TAK PAYAH KOMENLAH. BELUM APA APA LAGI DAH CABUT KE LUAR NEGARA.

KALAU BENAR DAN BETUL PERJUANGAN AMBIGA TU, TUNGGULAH SELEPAS 9 JULAI.

INI TIDAK, PUTEH TAPAK KAKI !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails