Thursday, April 21, 2011

Nasi Lemak, Mi Goreng Tak Boleh Kerap Jual -M/Kesihatan

NONEPENGGUNA:

KL 21 Apr 11: Kalau dulu makanan dalam senarai amalan pemakanan sihat di kalangan murid boleh dijual di sekolah, tapi dalam garis panduan yang dikemaskini, kena ada kekerapan yang perlu diikuti. Contohnya, nasi lemak, berapa kali boleh dijual seminggu... Mi goreng, berapa kali boleh dijual di sekolah.

Garis panduan makanan sihat di sekolah yang dikemaskini dengan memberi tumpuan kepada beberapa perkara baru termasuk kekerapan sesuatu makanan itu dijual. Ianya ijangka diedarkan bulan depan untuk dilaksanakan di kantin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pematuhan garis panduan terbaru itu dapat memastikan amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan menangani masalah kesihatan mereka seperti berat badan berlebihan.

"Kalau dulu kita hanya katakan (makanan dalam) senarai ini boleh dijual di sekolah tapi (dalam garis panduan yang dikemaskini), kita kata kena ada kekerapan (yang perlu diikuti), contoh nasi lemak, berapa kali boleh dijual seminggu...mee goreng, berapa kali boleh dijual di sekolah.

"Itu semua kita akan beri garis panduan yang teliti. Bukan garis panduan secara orang kata am...bahawa terpulang kepada kantin sekolah membuatnya. Oleh itu banyak kantin sekolah tidak menjual makanan yang betul," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Kembara Riang Ria Pemakanan di Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, hari ini.

Liow berkata, garis panduan itu wajib dipatuhi oleh pengendali kantin dan kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kontrak mereka ditamatkan Kementerian Pelajaran. Katanya, senarai makanan dalam garis panduan itu meliputi kira-kira 70 makanan utama, telah siap dan akan dibentang dalam mesyuarat bersama dengan Kementerian Pelajaran sedikit masa lagi.

"Senarai itu akan diumumkan kepada semua kantin sekolah selepas dipersetujui Kementerian Pelajaran. Sekarang memang ada senarai dan garis panduan. (Kita) mengemaskini untuk memastikan garis panduan adalah mengikuti masa dan keadaan sekarang.

"Kini banyak makanan proses yang dulu tiada, sekarang ada vending machine yang dulu tak popular. Sekarang (kita mahu) makanan dan minuman yang berkhasiat sahaja dijual di sekolah," katanya.

Liow berkata, berdasarkan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menunjukkan kira-kira 86.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman di kantin sekolah, maka adalah perlu kantin sekolah menyediakan makanan yang sihat.

"Kalau kantin sekolah tidak menyediakan makanan yang sihat, sebilangan besar pelajar akan terjejas," katanya.

Kajian UKM itu juga menunjukkan bahawa kegemaran pelajar adalah nasi lemak, mee goreng dan nasi ayam manakala makanan segera paling digemari adalah burger, ayam goreng dan pizza.

Liow berkata, penjaja makanan di luar perkarangan sekolah juga perlu mematuhi garis panduan tersebut. Beliau berkata, walaupun obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berumur enam hingga 12 tahun telah meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007 mengikut kajian, namun keadaan belum sampai ke tahap tidak terkawal.

chinese school inconvenience 190104 school childrenKatanya, peningkatan ini berkemungkinan besar disebabkan oleh amalan pemakanan tidak sihat dan kurangnya aktiviti fizikal yang mana kajian itu juga menunjukkan 76 peratus kanak-kanak menjalani kehidupan yang tidak aktif iaitu menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.

Kajian UKM juga menunjukkan bahawa hanya 70 peratus kanak-kanak sekolah rendah mengambil sarapan pagi setiap hari sementara 10 peratus kanak-kanak langsung tidak pernah mengambil sarapan.

Justeru itu, katanya, Kementerian Kesihatan yang kini diberi ruang di sekolah untuk memberi pengetahuan mengenai kesihatan gigi, akan turut memasukkan aspek cara pemakanan sihat dalam penyampaian mesej kesihatan mereka.

(Sumber Bernama/Malaysiakini/IH).

2 comments:

Anonymous said...

Inilah yang terjadi bila kita ada menteri yang bercakapm tanpa fakta.
Isu sebenar bukan soal nasi lemak atau mi goreng.
Isu sebenar ialah apakah kandungan makanan yang dihidangkan.
Sepatutnya Kementerian Kesihatan telah mempunyai garis panduan pemakanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Umum yang mengeluarkan garis panduan kepada semua agensi kerajaan.
1.Wajibkan semua pengeluar makanan termasuk McD dan KFC mempamerkan kandungan dan kalori makanan sama seperti yang diwajibkan oleh New York City.
2. Mewajibkan semua Ketua Warden/ Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/ Penyelia Dewan Makanan di semua sekolah mengikuti dan melaksanakan pelan pemakanan sihat.
3. Menghentikan penyediaan makanan SUPPER jam 10.30 mlm ke atas di semua asrama Kem Pelajaran.
4. Mengenakan denda kepada anggota tentera dan penjawat awam dengan BMI melebihi 27.
5. Menyebarkan semua maklumat makanan di akhbar dan media kerajaan seperti susu manis setiap pengeluar, mi segera dan sebagainya. Maklumat ini sehingga kini tidak pernah diterbitkan.
Yang ada cuma kecoh tentang makan haram di pasaran tetapi tidak perah sekali pun akhbar memberi maklumat lengkap tentang jenama, di mana dihasilkan dan di mana dijual.
TANPA tindakan seperti ini tidak ada gunanya bercakap bising tentan BMI murid sekolah.
Contoh paling jelas ialah Semua sekolah mesti memastikan guru-guru berhenti merokok SEBELUM boleh bertindak terhadap murid-murid sekolah.

Ibnu Hasyim said...

Komen yang baik, alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails