Wednesday, April 20, 2011

PAS: Aziz Bari Berhak Beri Pandangan -Nik Aziz


KL 20 Apr 11: Selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi, Dr Abdul Aziz Bari berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS. Kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini yang disifatkan sebagai berpandangan terbuka mempertahankan kritikan seorang ahli akademik dari UIA.

Laporan media semalam memetik penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari dari UIA, yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS menegaskan, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Abdul Hadi selaku Presiden PAS sekarang, kini dilihat sebagai liabiliti. Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya. Sehubungan itu kata Aziz Bari, Abdul Hadi, 64, yang juga Ahli Parlimen Marang dilihat telah gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit.

Namun, Datuk Nik Abdul Aziz tetap membela Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan berkata, PAS tidak perlu mengubah pemimpin hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi di Sarawak minggu lalu.

Sambil menegaskan tindakan menukar pemimpin hanya kerana pilihan raya sebagai “langkah kurang tepat”, Mursyidul Am PAS berkata, “pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.”

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS mempunyai kaedah-kaedah yang tersendiri untuk memilih pemimpin.

“Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihan raya adalah satu langkah kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihan raya,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Menurut beliau lagi, sememangnya memenangi pilihan raya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihan raya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi.

“Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar?

“Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT,” kata beliau lagi.

Mengenai kritikan Dr Aziz Bari, Nik Asdul Aziz kerbata lagi, “Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding pada pilihan raya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihan raya.

“Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik,” katanya. Nik Aziz pertahan Hadi, pemimpin PAS hanya ditukar jika langgar syariat Allah. (IH)

4 comments:

Anonymous said...

GEMPAR!!!!!! Umat Islam di Malaysia dihina lagi!!! sebarkan!!!

http://www.pisau.net/2011/04/penangmasjid-itu-merupakan-jasa-busuk.html

Anonymous said...

penyakit ahli-ahli PAS termasuk beberapa pemimpin PAS adalah mereka tidak boleh dikritik.mereka menganggap mereka lebih islam dan lebih memahami sirah perjuangan islam, orang di luar PAS tidak layak memberi pandangan. kalau gitu, jangan jadikan PAS sebagai parti siasah. jadikan PAS sebagai pergerakan ahli ibaadat atau kumpulan ahli sufi. yang peliknya meraya rakyat mengundi PAS, tapi rakyat tak layak pulak mengkritik PAS. tak faham...tak faham perangai ahli PAS ni

Anonymous said...

macam mana islam tak kena hina. kita yang membuatkan orang bukan islam tak respect kepada kita.contohnya di tempat saya, ada satu keluarga menyiaga burger di balik pagar masjid. mereka tidak malu berniaga ketika orang islam berjemaah di masjid. tanpa rasa bersalah selepas orang tamat berjemaah di masjid meeka ini duduk bersembang-sembang tanpa ingat untuk melangkah kaki masuk ke masjid untuk bersolat. orang tabligh yang mendominasi masjid itu tidak pula mahu berdakwah dengan keluarga ini, asyik-asik ajak keluar tiga hari untuk cari iman lah bla-bla.ajaklah orang-orang tegar dan memalukan islam ini untuk bersolat dulu barulah ajak untuk keluar berdakwah. sebab itu saya tak heran jika islam dihina kerana kita sndiri yang mahu islam dihina.

Anonymous said...

sejak kebelakangan ini penghinaan terhadap Islam menjadi-jadi,kenapa? sebab orang Islam sendiri menghina agamanya malah menyokong hinaan yang dibuat oleh segelintir orang bukan Islam,mereka terdiri daripada bijakpandai Islam,bertaraf ulama bahkan ustaz,saya terperanjat apabila seorang dr.(kononnya dianggap ulama) melabelkan orang Islam sendiri sebagai kafir lebih daripada kafir,apa semua ini??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails