Sunday, April 17, 2011

Sarawak: BN Menang 55, & PR 15 Kerusi.

KUALA LUMPUR, 17 April !!: Barisan Nasional (BN) meneruskan penguasaan kerajaan negeri buat penggal ke-10 dengan memperoleh 55 kerusi tetapi peratusan undi popular yang diperolehnya menurun berbanding pilihan raya negeri 2006.

BN memperoleh 55 kerusi, Pakatan Rakyat pula 15 kerusi manakala baki satu dimenangi oleh Bebas. Berdasarkan maklumat dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi, BN merekodkan 372,379 undi atau 54.5 peratus daripada keluar mengundi kali ini.

Lima tahun lalu perikatan itu menerima 62.91 peratus (341,587 undi) dan 71.16 peratus (382,137 undi) pada 2001. Sarawak mengadakan pilihan raya negeri kesembilan dan kelapan pada 2006 dan 2001 di mana masing-masing hanya 69 dan 43 kerusi disaingi selepas bakinya dimenangi BN tanpa saingan.

Sistem pilihan raya negara ini tidak menggunakan pemerolehan undi popular dalam pembahagian kerusi. Dalam pilihan raya negeri kali ini, baki undi popular pergi kepada barisan pembangkang dan calon-calon Bebas.

Pakatan Rakyat (PR) yang pertama kali bertanding dalam satu perikatan tiga parti di peringkat negeri memperoleh 38 peratus, sekali gus memperlihatkan peningkatan undi popular kali ini. Kali ini, DAP yang memenangi 12 kerusi merekodkan 134,847 undi (19.7 peratus), Parti Keadilan Rakyat dengan memperoleh tiga kerusi mendapat 117,100 undi (17.14 peratus) manakala PAS yang gagal memperoleh sebarang kerusi mengumpulkan 9,719 (1.4 peratus).

Pada pilihan raya negeri 2006, DAP mengumpulkan 82,134 undi (15.13 peratus), PKR (47,348 undi; 8.72 peratus) dan PAS (1,901 undi; 0.35 peratus). Lima tahun lalu, BN bertanding di kesemua 71 kerusi tetapi menang dua kerusi tanpa dicabar pada hari penamaan calon manakala DAP bertanding di 12 kawasan, PKR (25), PAS (satu), Snap (29) dan Bebas (20).

Peningkatan undi popular bagi parti-parti komponen PR juga ada kaitan dengan bilangan kerusi yang ditandingi kali ini, yang meningkat berbanding lima tahun lalu khususnya PKR. Kali ini kesemua kerusi disaingi BN dengan DAP bertanding di 15 kerusi, PKR bertanding di 49 kerusi majoriti Melayu/Melanau dan Dayak, dan PAS di lima kawasan Melayu manakala Snap di 26 kerusi majoriti Dayak, Parti Cinta Malaysia (PCM) di enam kawasan Bumiputera dan 41 calon Bebas.

Snap dan dan PCM yang turut tidak memperoleh sebarang kerusi masing-masing menerima 15,663 undi dan 2,895 undi. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata jumlah bilangan keluar mengundi 682,854 orang atau 70 peratus. Jumlah undi ditolak sebanyak 8,224 undi.

Kerusi DUN yang merekodkan majoriti tinggi ialah Bukit Assek iaitu 8,827 undi manakala majoriti paling rendah ialah Senadin iaitu 58 undi. Katanya, jumlah calon yang hilang deposit kerana gagal mendapat satu per lapan daripada jumlah undi keseluruhan ialah 71 calon. (IH)

3 comments:

Anonymous said...

Tahniah saudara albanjari....ketawa org org BN membaca tulisan anda....yg lebih ketawa adalah Profesor dr abu hassan abdullaah dari zentrum studies yg mewar war kan akan kemenangan besar pakatan rakyat dlm PRN 10..professor pondan gila glamour ni dah dua kali melalut ...dulu d prk hulu selangor...org org pas sungguh teruja dgn analisa bangang yg dibuat oleh proff pondan ini...biasa lah org pas ...mentality kelas 2 ....mereka biasa mengukur sesuatu berdasarkan apa yg mereka nampak sahaja dan membuat keputusan berdasarkan emosi semata....tidak praktikal dan tidak pragmatic...bloggers pas berdegung degang dgn beita di ambang kemenangan besar...di ambang kebangkitan gelomabang tsunami anwar ibrahim ...akhirnya masuk angin keluar asap....di tipu bulat bulat oleh anuar ibrahim spt mana mereka kena kencing 16 september....mudah sgt teruja ....menidakkan realiti...rakyat kebanyakan nya sedar akan kemampuan pembangkang....yg jelasnya hanya pengundi cina solid dibelakang DAP...pas yg juga membantu DAP tetapi DAP tidak membqntu pas...DAP tidak membantu islam malah DAP lebih praktikal dan logical dgn meletakkan hanya 5 calun berbanding PKR yg memebunuh rakan sendiri SNAP dgn meletakkan 49 calun dan menang 3....buak darjah 1 pun tahun buat analisa mudah...tak perlulah masih menolak kenyataan....pas harus muhasabah diri....fikirkan dan lihat kelemahan sendiri....BN sememangnya sudah meramalkan akan kalah di tangan DAP....cina bertuhankan duit...yg kalah melayu kpd cina...3 calun PKR yg menang pun 2 org ina an seorang iban...calon melayu PKR dan PAS semuanya di tanam hidup hidup di bumi kenyalang...nyais lah anuar ibrahim dan azmin ali sempat chalait but chwo chin chow sebelum peniraan undi...kalau tak ...sure dah kena sumpit ahhhhh.....so...kepada bloggers pas....kalau nak tuleh komen ...tuleh lah dgn lapang dada menyatakan bahawa kami patut kalah...sebab kami kurang bagus..sebab kami berkawan dgn puak NASARA yg bakal di tabalkan menjadi CM baru sarawak oleh bakal PM 2013 ...YAB anuar ibrahim...islam pas gadaikan utk anuar ibrahim dan puak puak kristian totok dlm PKR dan DAP....meeka kudakan segala jentera jemaah utk menapatkan hak hak kristian yg selama ini dinafikan oleh pemerintah yg menjaga islam agar islam tidak dipermainkan dan uat tidak di murtadkan oleh BAruBIan, tony pua, ambiga, eleziberth wong, teresa kok, rony liew dan segenap lapisan pimpinan PKR yg maha kat pemgaruh kristiannya...tanya lah YB zul nordin yg dicampak kluar dari PKR kerana mempertahan kan nama ALLAH dlm PKR....bala sedang melanda PAS....perpecahan bakal berlaku dlm pemilihan pimpinan baru julai ini...solat hajat PAS mencari kebenaran sudah terjawap....apa lagi jawapan yg dicari...NYAHKAN puak nasara dan pluralisme dari mengongkong PAs dan membelengu pemimpin erdogan yg sedang pas lahirkan....nizar jamaludin, khaled samad, mahfuz omar, husam musa adalah sebilngan kecil puak erdogan dan pendokong dakyah anuar ibrahimdlm jemaah yg bakal merobohkan pas....humban kan mereka dari jemaah...tingkatkan dakwah...kuatkan ukhuwah...pasti islam berjaya....ingat MEMBAGUN BERSAMA ISLAM bukan MEMBANGUN BERSAMA ANUAR IbRAHIM .....salam ukhuwah - ibnu sina , pondok senik kelantan

Jo said...

Betul-betul ..itu prof. kangkung sebenornya...buat analisis pakai kepala lutut..bukan statistik..itu yg. org. PAS pakai...Eloklah...lain kali suruh lagi dia buat analisis lagi....

Anonymous said...

masa kat sarawak minggu lepas, hanya pemimpin PAS jek yg sibuk bantu kempen DAP. DAP xde pun nak terhegeh2 bantu PAS.

PAS dah makin hilang identiti... tak sabar aku nak tendang balik PAS election nanti. nyesal aku undi PR....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails