Wednesday, December 15, 2010

KITA: Zaid Presiden Baru, Tidak Sertai PR

Zaid Ibrahim showing emotions at this morning's press conference at his home . — Picture by Jack

KEMASKINI KL, 15 Dis 10: Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), yang mengadakan mesyuarat tahunan pertama di luar Kelantan hari ini dan turut dihadiri Datuk Zaid Ibrahim, akan dikenali sebagai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Zaid pula dipilih sebagai presiden yang baru menggantikan Zakaria Salleh.

Datuk Zaid Ibrahim menegaskan parti baru yang diterajuinya — Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) tidak akan menyertai Pakatan Rakyat yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008.

Sebaliknya, bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini berkata, Kita yang sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) mempunyai dasar perjuangan yang berbeza, yang akan memberikan tumpuan kepada kepentingan rakyat.

Kita juga akan bertindak sebagai parti pelbagai kaum, kata Zaid.

“Kita parti bebas, ada ideologi dan ada dasar. Kita tidak akan sertai Pakatan Rakyat.

“Tapi kalau ada perkara-perkara yang kita rasa penting kita akan sokong sahaja,” kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan Akim di sini yang disertai sekitar 200 perwakilan.

Zaid menerajui parti itu selepas genap sebelum meninggalkan PKR ekoran isu kecacatan dan kelemahan dalam sistem pemilihan parti itu. Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, PAS dan DAP. Menurut Zaid, Kita yang kini mempunyai keanggotaan kira-kira 300 orang akan menjadi sebuah parti yang kuat sekiranya mendapat sokongan daripada semua barisan kepimpinan parti.

“Saya harap parti kecil ini boleh maju ke depan, saya percaya kita boleh.

“Politik negara memerlukan perubahan termasuk nilai politik itu sendiri. Kalau kita lihat sekarang ada parti politik yang gunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya.

“Dan, ada juga pihak yang satu lagi cuba untuk mengambil alih kuasa itu tapi kita tidak kerana kita tolak politik yang macam ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada mesyuarat agung Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) yang kini ditukarkan nama sebagai Kita.

Tambah Zaid, beliau mahu Kita menjadi sebuah parti yang menghormati demokrasi dan berjuang untuk kepentingan rakyat.

“Kita mahu ahli parti ini bersatu, kita mahu parti ini menghormati demokrasi dan kita mahu melakukan perubahan.

“Walaupun jumlah kita kecil tapi kita mampu untuk beri sumbangan besar kepada rakyat.

“Jangan bimbang kepada tohmahan pihak lain, kita berjuang untuk rakyat,” katanya.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu turut meminta supaya ahli tidak mempedulikan serangan dan tuduhan yang dilemparkan. Zaid juga berkata, Kita tidak memerlukan mana-mana pemimpin yang terkenal untuk menyertai parti itu.

“Kita tidak mempunyai jumlah ahli yang besar, tapi apa yang penting kita mahu melakukan perubahan kepada sistem pentadbiran negara.

“Kita akan cuba cari pemimpin untuk menyertai Kita. Kita tidak perlu pemimpin yang masyhur, orang jahat juga masyhur, orang ada skandal juga masyhur.

“Kita terima pemimpin yang ikhlas, kita tidak perlu orang besar tapi kalau pemimpin itu bagus boleh,” katanya.

Beliau juga berkata kewujudan Kita bukan untuk bersaing dengan PAS dan Umno.

“Kita bukan nak bersaing dengan sesiapa, tapi berkawan dengan semua parti... tetapi berkawan atas prinsip dan landasan yang sama,” katanya yang berharap parti baru itu dapat menarik ahli-ahli yang komited terhadap perjuangan dan ideologi parti. (Sumber The Malaysian Insider)

2 comments:

otaklunyai said...

Sawan nak jadi presiden rupanya natang nih... dah puaslah hati dia dah dapat jadik ketua...

Anonymous said...

Apa sebenarnya matlamat Zaid?
Semasa dalam kabinet Pak Lah beliau melakukan beberapa tindakan rstik yang dianggap berani melawan tuan dan menongkah arus.
Selepas bertindak gagah dengan meninggalkan kerajaan Pak Lah dan seterusnya menyertai PKR beliau keliahatan hero dan orang yang ditunggu-tunggu oleh PKR.
Selepas tidak puas hati dengan kekalahan serta tuduhan penyelewengan dalam pemilihan PKR sendiri belaiu berindak nekad keluar parti.
Lebih menghairankan selepas itu bertindak menyertai sebuah parti nyamuk dengan tujuan untuk mengambil alih dan mengubah kepimpinan dan nadi perujuangan parti tersebut.
Soalan cepu mas adalah apa matlamat sebenar Zaid?
Benarkah Zaid hanya bertujuan memporak perandakan suasana politik agar BN boleh terus kekal?
Atau adakah Zaid sendiri Trojan Horse yang ditaja oleh Daim Zainudin bagi memastikan semua harta karun Daim tidak hilang atau dirampas oleh kerajaan kelak?
Dan apa pula padangan Zulkifli Nordin yang sanga taksub kepada keadaan orang Islam di Malaysia?
Bukankah AKIM ini satu platform yang paling sesuai kepadanya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails