Tuesday, December 14, 2010

DAP Melayu Berdoa, Pertamakali...


GEORGETOWN, 13 Dis 10: BACAAN doa berkumandang sejurus selepas hampir 650 perwakilan yang menyertai Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam. konvensyen tersebut selesai dengan menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Pulau Pinang dan lagu rasmi parti.

Puluhan ahli-ahli DAP berbangsa Melayu yang hadir pada pada konvensyen sehari itu menadah tangan mengaminkan doa berkenaan di samping beberapa ahli PAS Pulau Pinang yang turut hadir sebagai tanda sokongan atas perjuangan bersama dalam Pakatan Rakyat.

Bacaan doa bagi memohon kesejahteraan para peserta persidangan tersebut selain meminta pertolongan dan rahmat Allah Taala agar memberkati majlis dan perjuangan parti berkenaan adalah sesuatu yang asing bagi mana-mana majlis DAP sebelum ini.

DAP yang kebanyakannya dianggotai oleh ahli-ahli berbangsa Cina sering dituduh sebagai cauvinis kaum itu kerana bilangan keanggotaannya yang lebih memihak kepada masyarakat Cina dan dakwaan cuba untuk meminggirkan orang Melayu serta India di negara ini.

Konvensyen kali ini turut menyaksikan seramai lapan calon Melayu daripada keseluruhan 88 calon bertanding bagi menawarkan diri untuk merebut 15 kerusi Jawatankuasa DAP Pulau Pinang dalam pemilihan dwi-tahunan itu, namun kesemua lapan calon itu kalah.

Namun, jawatankuasa DAP negeri memutuskan untuk melantik seorang Melayu, Zulkifli Mohd. Noor untuk menjadi ahli jawatankuasa itu bagi penggal 2010 hingga 2012. Selain Zulkifli, antara calon-calon Melayu yang bertanding ialah Kamarulzaman Mohd. Sharif, Mohd. Razali Abdul Rahim, Nurul Baizura Ismati, Yusof Mohamad, Rozaini Abdul Kadir dan Suhaimi Chee Mugther.

DAP sememangnya sukar untuk menarik orang Melayu bagi menjadi ahlinya setelah sering kali dituduh sebagai cauvinis sedangkan parti itu mendokong ideologi pelbagai kaum dengan berjuang untuk kepentingan rakyat tanpa mengira warna kulit, kaum, agama mahupun latar belakang.

DAP menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa berkumandang buat pertama kalinya dalam sebuah persidangan parti berusia 44 tahun itu di Pulau Pinang, yang selama ini diuar-uarkan sebagai parti cauvinis perkauman.

Bacaan doa selama lebih kurang 4 minit itu dipimpinkan oleh Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar yang turut menegaskan bahawa Islam adalah untuk semua umat manusia tanpa mengira kaum, fahaman politik mahupun darjat.

Dalam ucapan ringkasnya sebelum membaca doa tersebut, Yaacob berkata, tidak menjadikan satu kesalahan untuk mana-mana pihak untuk membacakan doa dalam majlis yang kebanyakannya dihadiri oleh bukan Islam kerana ajaran Islam itu membawa kebaikan kepada semua yang mengamalkannya. (AK)

2 comments:

Anonymous said...

yeh!!!! dah terbukti DAP bukanlah Parti Komunis atau Pati Chauvinist Cina!!!! marilah kita semua beramai2 join DAP!!! tinggalkan UMNO yg racist, tinggalkn PAS yg bjuang untuk negara Islam...

Lim Guang Eng adalah anugerah tuhan yg sebenar untuk negara kita!!! bukannya Anwar peliwat tu... walaupun dia dibuang oleh DAP Melaka, tapi berjaya jugak jadik CM Penang. hasil usaha pemilik DAP, tak lain & tak bukan, ayahnya Lim Kit Siang. walaupun dari awal2 Lim Guan Eng taknak btanding sebarang jawatan dalam DAP Penang, sebab apa? sebab takut kalah! sebijik ngan perangai Anwar peliwat yg penakut btanding jawatan Presiden PKR!!! kita semua mesti butakan mata hati, kita mesti sokong babi buta pada Lim Guang Eng, Khalifah jelmaan kita semua!!!

yeah!!! DAP bukan parti perkauman. walaupun Jagdeep Singh dapat undi terbanyak 348 undi lebih dari Chow Kon Yow 312 undi, tapi pasal Jagdeep Singh ni bukan apek, DAP angkat Chow Kon Yow jadik Pengerusi Negeri. Ni bukan racist maa!!!! yang perkauman tu UMNO!!! ni namanya tolak ansur....

walaupun ada Melayu calonkan diri dalam pemilihan UMNO, sorg pun tak berjaya, hatta nak dapat undi puluhan pun susah!!! tapi takpa maa... kami olang pandai pusing punya, lantik Zulkifli Mohd. Noor cam biasa jadik AJK lantikan.. aiyaa... macam tak pernah buat... baru nampak kepelbagaian kaum maa...

haiyaa, manyak mudah mahu kelentong itu Melayu punya olang... semua olang pon tau Melayu punya soft touch ialah agama Islam... sendili mau pikir leh... mali pakat lamai2 masuk DAP!!! (^__^)

Anonymous said...

hahahah! betul! mari naik roket pegi ke bulan! kalau tak naik roket pun, tolong doa biar roket boleh pegi ke bulan...sebab kat bulan ada tuttuttut yg lambang PKR tu....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails