Friday, December 17, 2010

JAIS Serbu Ajaran Sesat Syiah Di Gombak?

Mereka yang diserbu..
SERBU...pegawai Jais menyerbu pengikut Syiah ketika mengikuti ceramah  yang disampaikan seorang lelaki warga Iran, kelmarin.

GOMBAK 17 DIS 10: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berjaya membongkar satu kumpulan ajaran sesat yang dipercayai mengamalkan fahaman Syiah dalam satu serbuan di Taman Sri Gombak di sini malam kelmarin.

Antara ajaran kumpulan tersebut dikatakan menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak dan membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa. Pengikut ajaran tersebut juga percaya bahawa dosa mereka akan terhapus jika sanggup memukul dan mencederakan diri sendiri dengan rantai besi.

Ajaran yang dipercayai aktif sejak dua tahun lalu itu dikatakan lebih berbahaya daripada ajaran Al-Aqram (pertubuhan haram) kerana pengikutnya menganggap darah orang Islam yang lain adalah halal dan jika dibunuh dianggap sebagai jihad.

Dalam serbuan pukul 10.15 malam di premis kedai empat tingkat di Taman Sri Gombak itu, seramai 200 pengikut kumpulan tersebut termasuk wanita dan kanak-kanak warga tempatan sedang taksub mendengar ceramah yang disampaikan dalam bahasa Iran oleh seorang penceramah jemputan dari negara itu.

Turut serta dalam ceramah tersebut ialah seorang lelaki yang merupakan penterjemah. Lebih mengejutkan, ada di kalangan pengikut ajaran tersebut terdiri daripada kakitangan awam serta pensyarah. Lapor Kosmo! Online hari ini.

Sementara itu, myMetro melaporkan akibat terlalu taksub dengan fahaman diikutinya, seorang pengikut ajaran Syiah mengukir kalimah Allah di lengan tangannya sedangkan tindakannya menyimpang daripada ajaran Islam yang melarang sebarang bentuk ukiran berupa tatu.

Ketika penguat kuasa Jais hendak menahan pengikut lelaki yang bertatu itu, dia langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, sebaliknya tegar mempertahankan fahaman dianutinya dengan menceritakan kegiatan dijalankan mereka. Suasana bertambah tegang apabila seorang pengikut lain bangun dan melaungkan selawat sambil disambut pengikut lain selama beberapa minit.(AK)

9 comments:

Anonymous said...

syiah tu sesat ker, saper kata sesat, kalau sesat camana lak jemput syiah iran musabaqah saban tahun, entahler, sesat dissbkan politik ker sbb per , mintak penjelasan

Anonymous said...

kat Mekah, ramai syiah ....tak pun orang Wahabi berani panggil mereka kafir...

Anonymous said...

Jika berlakulah perdebatan one to one antara Sunni dan Syiah scholar menggunakan sumber-sumber Sunni yang sahih...kalah Sunni...

Anonymous said...

Kenapa JAIS bersikap babarian??seoalah macam jahat sangat puak syiah ini..
Asyura ini adalah majlis memperingati syahid imam hussain. Kalau kata bantai sampai luka mana bukti? Adakah jumpa benda tajam atau senjata di haudzah gombak.
Sebenarnya JAIS ini jahat. Sepatutnya banyak lagi kerja yg perlu JAIS selesaikan. Isu gay, rumah urut, kedai judi, arak berleluasa dikalangan anak melayu. Tarbiyah mat rempit,

Unknown said...

Hati-hati dengan orang yang nak pelaris surat khabar...

Syiah di Gombak adalah Jaafariyah

Anda boleh mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah atau Syiah Jaafari atau Syiah Zaidiah atau Ibadiyah sesat kalau anda tidak termasuk pengikut dalam 8 Mathahib yang diendorsekan dalam Deklarasi Amman.

Mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah atau Syiah Jaafari atau Syiah Zaidiah atau Ibadiyah sesat adalah menghina Deklarasi Amman yang di endorse lebih 500 ulama dunia, raja-raja Arab, Mufti-mufti termasuk menghina persetujuan DSAI, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman, Khairy Jamaluddin dll.

Mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah atau Syiah Jaafari atau Syiah Zaidiah atau Ibadiyah sesat adalah juga menghina fatwa yang dikeluarkan oleh Shaikhul Azhar, Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Mufti Besar Mesir, Professor. Dr. Ali Jumu'a, Pengarah Majlis Sunna dan Sira Qatar, Shaykh Dr. Yusuf Abdallah Al-Qaradawi dan ulama-ulama dari Akademi Fiqh Islami Saudi Arabia.

Mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah, Syiah Jaafari, Syiah Zaidiah dan Ibadiyah sesat menjadikan anda wakil/ejen tidak langsung zionis dan musuh Islam yang memprovokasikan perpecahan umat Islam. Banggakan?

Yang paling saya takutkan .... mengatakan mereka sesat terpulang pada kita... Nauuzubillah

Point 1 Deklarasi Amman
-----------------------------
Whosoever is an adherent to one of the four Sunni schools (Mathahib) of Islamic jurisprudence (Hanafi,Maliki, Shafi‘i and Hanbali), the two Shi‘i schools of Islamic jurisprudence (Ja‘fari and Zaydi), the Ibadi school of Islamic jurisprudence and the Thahiri school of Islamic jurisprudence, is a Muslim. Declaring that person an apostate is impossible and impermissible. Verily his (or her) blood, honour, and property are inviolable..

http://ammanmessage.com

Triplei said...

ada bukti ke yg shiah kat Gombak dari jaa'fariah dan zaidiah?
klu betul kenapa terdapat gambar2 Imam2 mereka kat dinding tu?Sy penah keje di salah sebuah university dicyberjaya yg mana saya pasti most of shiah yg kat Malaysia berpegang pada ajaran shiah yg sesat lagi menyesat kan. Bukti nya waktu diorg solat dan jugak pada bulan puasa. It very clear itu bukan ajaran ahlul sunnah wal jamaah.

Anonymous said...

syiah tetap syiah dan darah mereka halal di tumpahkan.... allahuakbar...!!!!!!!!!!

Anonymous said...

margeemar: pro umno mca is anti buddhist in malaysia
敬爱的佛教伩徒,
有关马來西亜,吉隆坡,甲洞帝沙再也 (暹寺) 三宝寺 Samnak Sambodhi Buddhist Association No.19-21 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia. 所发生的纠纷, 经过阅读了,Venerable Phra Piya Thammo 和尚及叶金福律师 (Yip Kum Fook) 的双方书信之后, 再经实地旁听了觧,做为中间人,我要客观实事的说:
1.当一个和尚、初出道 (小学生),在修行, 若有缺点, 那是难免.他马华公会鹅唛區会主地席叶金福律师(Yip Kum Fook),却心眼看不顺,就电招警万到耒佛教之圣地要扣畄和尚耒耻唇出家人, 这是绝对不许可, 除非是殺人放火之大罪悪.
2.他身为马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook),却反其道而行, 在佛寺不依佛法而軽视佛教的精神, 以傲慢的手段,帶领一般黑社会的人耒挑衅和尚打架, 这也是不该有、更不是佛教修行者的行为.
3.佛教的圣地, 其主要的目地, 是让眾生修佛道, 不是政治争執的地方. 他马华公会鹅唛区会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook), 却利用佛教之圣地当政治活动的场所。如此果敢冒犯佛陀的教誨,更是大大的罪悪。
囯有囯章,彿有佛法,家有家规. 如果出家人有何不对之处, 他叶金福律师 (Yip Kum Fook), 为何不向主持和尚投?让出家人自依和尚的條规处理、却强权一味要显示他是马华公会鹅唛区会及三宝寺理事会主席, 无法无天的应用霸道手段践踏佛教之圣地.为什么。。。。。为什么.
至今, 他叶金福律师 (Yip Kum Fook),不当不歉愧,还要狡辩, 这又证明了他说一套, 做的又是另一套, 囗是心非, 所谓的两舌, 相当阴险. 身为律师, 受高深教育, 却应用如此悪毒, 横蛮无礼的作风污辱和尚, 相等于是耻辱佛教伩仰者。他叶金福律师(Yip Kum Fook)不向主持和尚投诉, 却自承英雄,电招外耒者.请问,身为將近20年的三宝寺主持和尚兼顾问,也是第一位 自筹建寺的大功臣,在大马南傳泒中,是闻名遐邇的高僧.其脸要放在那裡?同样的,要是台湾星雲大师的佛寺沙彌犯錯, 理事会没有礼貌自作主张,电招警方要扣畄其沙彌.我敢请问!星雲大师的自尊是怎样的感受?他叶金福律师(Yip Kum Fook)是后耒者,担任理会主席也不久, 竟敢应用如此,目无尊長的方式对待住持,间接的就是告大家,强迫住持和尚必远離,雀巢鸠要佔。这种用心不良, 有老千之谋, 的确令人不敢恭维。
縱观以上几项重点,我不是盲目的護持三宝, 而是要坦白的说;他叶金福律师 (Yip Kum Fook) 身受高深教育, 为律师者,本应通情达理才是,但遗憾的是, 却令人惊觉, 他厡耒就是彿书裡所讲的狡猾且残忍的此颣人。他叶金福律师 (Yip Kum Fook),利用他的专业知識, 懂得包裝自己的道德守則,以宗教为幌子手,到处募款,商业经营, 政治活动为重, 并没依循佛教宗教守则行事, 也没对人道作出任何貢献, 只不过借宗教之名捞取权和私利而己。
在此, 我奉劝, 他马华公会鹅唛区会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook), 好自为之, 免因果報应.

Anonymous said...

x pyh nk cakap byk...asl je nma syiah..dh confirm2 sesat..kat mlysa ni plak hnyalah syiah2 jadian,kesiaannn..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails