Tuesday, July 13, 2010

Me'Nasional'kan PAS -Dr Mujahid.



KL JUN 13, 10: 'Me'Nasional'kan PAS. Itulah kesimpulan dari perbincangan serta bertukar-tukar fikiran antara beberapa penyokong juga pemikir dari ahli-ahli generasi baru dan veteran dalam PAS.

Pertemuan tersebut diadakan di Kampung Baru dengan YB ahli parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa kira-kira tengah malam tadi, selepas beliau pulang dari pertemuan dengan seorang pemimpin gerakan Islam antarabangsa Tariq Ramadzan, cucu kepada Allahyarham Tokoh Ikhwan Hasan Al-Banna.

"Kita perlu menketengahkan supaya PAS boleh diterima oleh seluruh kaum-kaum di Malaysia. Kita perlu memilih pendekatan yang sesuai dengan kehendak mereka seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SWT, supaya PAS menjadi 'milik nasional' rakyat, atau me'nasional'kan PAS.

Menurut Mujahid lagi "Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Timbalan Presiden PAS pernah dikagumi oleh Khaled Mashaal pemimpin HAMAS, kerana PAS satu-satunya gerakan Islam di dunia yang memiliki sayap bukan Islam. Bahkan kini sedang diikuti oleh Partai Islam (PKS) di Indonesia.." (Indonesia: 'PKS For All' Ikut PAS Malaysia.)

Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, pimpinan beliau sedang menggerakkan penerangan di gereja-gereja seperti di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan hujung bulan ini di Sabah. (Pendekatan Baru PAS, Dialog Islam-Kristian -Dr Mujahid).

Seorang generasi muda PAS bertanya, bolehkah wang zakat orang PAS atau orang Islam diberi kepada orang bukan Islam sebagai langkah menawan hati dengan berkhidmat kepada mereka? Dr Mujahid menjawab, kepada yang 'dijinakkan hati mereka', memang ada peruntukan dalam Islam.

"Siapa yang dijinakkan itu?" Ditanya balik..

Jawab Dr Mujahid, "Siapa lagi? Antaranya, tentulah ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS.. le!"

"Me'nasional'kan PAS boleh! Tetapi jangan me'nasinalis'kan PAS melalui UG (Kerajaan Perpaduan)!!" kata Ustaz Jamaluddin dari Perak yang turut hadir di majlis itu. "Kalau berlaku juga itulah tanda-tanda keruntuhan PAS, yang mengundanag kebangkitan gelombang baru!"

Komen Blog Ibnu Hasyim: Perlukah pendekatan baru ke arah kebangkitan gelombang baru PAS? Sila lihat tulisan-tulisan ini, apakah ia ada kena mengena dengan gelombang itu?

2 comments:

Anonymous said...

salam saudara..

minta saudara ulas pasal yb pulau betong tentang isu kg binjai bayan lepas.yb tu telah fitnah pr penang.penduduk kg tu pun skant tak puas hati pada yb farid sb tak nak minta maaf..sb nak jadi calon mp punya pasal la tu

Cik Lee said...

nasionalkan Pas supaya diterima oleh semua bangsa. Agaknya pemimpin Pas terlupa bahawa Islam itu sendiri adalah untuk semua pihak. Adakah kerana ingin memenangi hati bangsa lain dan menguasai Malaysia pada 2012 nanti, segala prinsip agama dinasionaliskan.

Sepatutnya kita lebih memperkasakan dakwah islamiah itu sendiri supaya lebih diterima oleh masyarakat bukan islam bukan menasionalisasikannya. Saya cukup kecewa kerana kebanyakan pemimpin PAS hari ini seolah-olah hilanga kemelayuan dan nilai2 islam mereka semata2 kerana baru terbau sedikit bau kemenangan. Apakah ini syarat sebenarnya pertolongan Allah akan turun sedangkan di masa yang sama pemimpin PAS lebih yakin akan pertolongan bangsa bukan Islam dari Allah itu sendiri. Wallahualam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails