Friday, July 16, 2010

3 Sebab UMNO Sesat: Hujah, Menang, Mukjizat -Nik Abduh


KL, 16 Julai 10: Anak lelaki Menteri Besar Kelantan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tuduhan Umno bahawa PAS sesat “amat berat”. Lapoiran The Malaysian Insider.

Sehubungan itu Nik Abduh turut mempertahankan pendirian PAS bahawa Umno adalah parti sesat kerana tiga faktor.

Pertama, Umno sesat dari sudut dasar. PAS konsisten berhujah bahawa dasar kebangsaan atau nasionalisme adalah sesat, salah dan terseleweng daripada agama. “Oleh kerana Umno secara jelas menjadikan kebangsaan sebagai dasarnya, maka Umno sesat dan menyesatkan rakyat Malaysia.

“Bagi PAS, dasar parti hendaklah Islam. Islam tulen sebagaimana dibawa Rasulullah,” katanya.

Kedua: Selain itu tegas beliau, Umno sesat dari sudut matlamat manakala PAS konsisten berhujah bahawa membina negara demokrasi sekular yang menjadi matlamat Umno adalah sesat, salah dan menyeleweng daripada agama.

“Maka, Umno sesat dan menyesatkan rakyat Malaysia. Bagi PAS, matlamat hendaklah Islam juga dan matlamat Islam adalah menegakkan khilafah dengan membina sebuah negara Islam,” kata Nik Abduh.

“Ketiga, Umno sesat dari sudut wasilah dan cara membangunkan negara. Menghalalkan riba, arak, judi, pergaulan bebas dan mengharamkan hukum hudud misalnya adalah gambaran cara dan wasilah Umno menyusun, membentuk dan menyelesaikan masalah negara yang jelas keluar daripada pengajaran agama dan sunah nabi.

Justeru jelas beliau, kesediaan PAS memuzakarahkannya adalah bukti pertanggungjawaban PAS atau tuduhannya itu. “Itu adalah persaksian yang sungguh gagah dan berani. Hujah adalah kemenangan dan mukjizat,” katanya. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails