Friday, July 16, 2010

Perbincangan Nik Azizi G to G, Boleh.. -S/U PAS


KL JUL 16 10: PAS sekali lagi mengulangi kesetiaannya kepada Pakatan Rakyat dengan menolak perbincangan dengan parti lawannya Umno. Bagaimanapun, perbincangan antara "G to G" (kerajaan dengan kerajaan) masih boleh diteruskan bagi kepentingan masyarakat dan umat Islam keseluruhannya.

"Kalau G to G, tidak menjadi masalah kerana kita (Malaysia) mengamalkan konsep federalisme," kata setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali.

"Pendekatan politik politik tetap bersama dengan Pakatan. Kamu boleh buat andaian (pendirian kami)" Sumber Malaysiakini.

Sementara itu, kelmarin Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata beliau sedia bertemu dan berbincang dengan Muhyiddin mengenai “apa juga perkara.” Menteri Besar Kelantan itu berkata tiada halangan untuknya bersua muka dengan Muhyiddin tetapi perjumpaan itu biarlah tanpa diatur mana-mana pihak ketiga sebagai orang tengah. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails