Saturday, July 17, 2010

Teoh Beng Hock, Terburuk Dlm DAP -ADUN A/Hitam

PULAU PINANG JUL 17 10: Kematian Teoh Beng Hock dianggap perkara terburuk pernah berlaku kepada DAP. "Sebelum ini, yang terburuk dikenakapan pada kita ialah ISA, atau ditahan di pusat tahanan Kamunting atau Kajang."

Demikian kata ADUN DAP daripada Ayer Hitam Wong Hon Wai dalam sambutan ulang tahun pertama kematian Teog di Speakers Square Pulau Pinang malam tadi. Kata pengarah pendidikan politik DAP itu lagi, "Tetapi kematian, seperti apa yang berlaku pada Teoh Beng Hock, anggota DAP dan kawan yang baik, tidak dapat dibayangkan, ia melampau dan sesuatu yang tidak boleh kita terima."

"Masih belum ada keadilan untuk Teoh. Masih banyak double standard (pilih bulu) diamalkan oleh pemimpin dan institusi," tambah Wong yang juga exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap perancangan bandar dan negeri. "Jadi marilah kita berikrar. Kita mahu lihat pihak yang bersalah dihukum."

Selepas berucap, Wong meminta orang ramai mengangkat lilin dan menangisi supaya keadilan diberikan kepada Teoh, seorang pembantu politik semasa hayatnya. Kata-kata itu menyentuh perasaan kira-kira 100 orang yang hadir di majlis yang berlangsung tenang kira-kira sejam. Suasana diselebungi cahaya lilin dan semangat persaudaraan orang ramai untuk Teoh dan keluarganya.'

Mereka melaungkan slogan seperti "keadilan untuk Teoh Beng Hock", "hentikan kekejaman" dan "reformasi". (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails