Wednesday, June 23, 2010

Tol P.Pg Naik 34%, Johor-S'pura Turun 30% -Guan Eng


KL, 23 Jun 10: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoal tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengumumkan kenaikan 34 peratus kadar tol untuk jambatan kedua walaupun syarikat konsesi berwajib nyata mendapat untung berganda hasil jambatan pertama.

Ini kerana, beliau berkata, Najib pada masa yang sama sanggup menurunkan 30 peratus kadar tol di Jambatan Johor-Singapura Kedua walaupun kerajaan dan syarikat konsesi berwajib nyata mengalami kerugian dalam menguruskan prasarana jabatan tersebut.

“Saya nak tanya, mengapa Jabatan Johor-Singapura yang rugi diturunkan kadar tol, Jambatan Pulau Pinang Kedua yang menguntungkan konsesi dinaikkan kadar tol,” soal beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Kadar tol yang baru, menurut beliau, mengakibatkan pemandu untuk Kelas 2 terpaksa membayar sebanyak RM9.40, sedangkan kadar tol yang asal hanya RM7 untuk perjalanan pergi dan balik.

Pun begitu, beliau tidak mahu kadar tol di Jambatan Johor-Singapura Kedua yang baru diumumkan Najib itu dinaikkan kerana kenaikan kadar tol di jambatan tersebut turut membebankan rakyat.

“Sungguhpun begitu, kami DAP tetap mengalu-alukan pengumuman Najib untuk laluan kedua Jambatan Johor,” ujar beliau.

Disebabkan itu, beliau dalam nada menyindir menyifatkan tindakan berat sebelah Najib sebagai suatu bentuk pengurusan yang mengagumkan.

“Jambatan di antara dua negara, tol dikurangkan, tetapi jambatan di antara satu negara atas nama Satu Malaysia, kadar tol dinaikkan.

“Saya rasa agak kagum dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri bahawa kerajaan Malaysia sanggup mengurangkan kadar tol untuk laluan kedua itu, biasanya bila rugi, maka kadar tol akan dikurangkan,” beliau menyindir.

Melihat sikap tidak mementingkan rakyat itu, Najib dinasihatkan mengkaji semula kadar tol di kedua-dua jambatan tersebut. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: PM susukan monyet di hutan, anak sendiri dikehausan.

3 comments:

Anonymous said...

ini sifir amat mudah dirumuskan tol p.penang naik 34% mestilah wajib dinaikan siapa pentadbirnya?pakatan rakyatkan.tol johor-spore bukankah bn/umno/apco tokeynya.cuba pakatan rakyat tawan johor pastinya senasiblah ngan penang.

Anonymous said...

salam...
apa pendapat saudra ibnu tentang kenaikan tol jambatan penang ni.saudara kan oranbg penang.

Ibnu Hasyim said...

Sila lihat 'Tol J/PP: Demontrasi Bantahan Seluruh Negara!'

T.kasih pengomen di atas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails