Thursday, June 03, 2010

Halang Segera Gelek Gerudi Inul Daratista -Ibnu Hasyim

HALAMAN HIBURAN

Konsert 1 Inul Daratista yang sepatutnya berlangsung pada 29 Mei di Tawau, Keningau (31 Mei) dan di Sunway Hotel Resort & Spa pada 4 Jun diprotes lagi.- Foto oleh MOHD SAHAR MISNI

"Konsert Inul Bukan Lucah" - Nick Jordan
Nick Jordan tampil memberikan penjelasan

KL
mStar: KHAMIS JUN 3, 2010 : Penganjur Konsert 1 Inul Daratista, Apex Event Network, mempertahankan pendirian bahawa konsert melibatkan artis dari seberang itu tidak akan mendatangkan masalah kepada orang ramai kerana ia bukan berunsur lucah seperti mana yang digambarkan oleh sesetengah pihak.

Nick Jordan berkata, dia berasa kecewa apabila protes yang dilakukan oleh orang yang berkepentingan politik menganggap konsert berkenaan akan menjatuhkan akhlak muda-mudi sehingga ia dilarang dilaksanakan di Sabah pada hujung bulan lalu.

“Saya mendapat tahu konsert ini mendapat protes kerana bimbang ia akan menjatuhkan akhlak pemuda-pemudi di Tawau dan Keningau, Sabah. Atas sebab itu, pihak polis menasihatkan saya untuk menunda konsert ini sehingga hujung bulan ini.

“Kalau fikir secara logik, takkanlah persembahan selama tiga jam itu boleh mendatangkan masalah kepada penonton?.

“Apa salah Inul? Dia hanya seorang penghibur. Saya bertahan untuk mengadakan konsert ini bukan disebabkan wang, tetapi nak bersihkan namanya. Kalau orang kata konsertnya berunsur lucah, buktikan apa yang lucah?” soal Nick dalam nada tegas ketika hadir ke pejabat Mstar Online, di sini, petang semalam.

Akibat protes itu, Apex Event Network turut terpaksa membatalkan konsert berkenaan yang akan diadakan di Sunway Hotel Resort & Spa, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat ini. Kata Nick, akibat pembatalan dan penundaan konsert itu, pihaknya telah kerugian kira-kira RM240,000 kerana ia gagal dilaksanakan mengikut waktu yang ditetapkan.

Nick pertahankan Inul. Justeru, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang berkenaan akibat masalah tersebut.

“Saya mahukan keadilan. Jadi, selepas ini saya akan berjumpa dengan peguam untuk membincangkan tentang tindakan yang boleh diambil terhadap perkara seperti ini.

“Kalau tahun 2005, saya boleh mengadakan konsert Inul, kenapa tidak kali ini? Pada tahun 2008, saya masih boleh bersabar apabila konsert Inul terpaksa dibatalkan.

“Tetapi tahun 2010 saya sudah tidak tahan lagi,” luahnya yang berharap konsert tersebut dibenarkan untuk di adakan di negara ini.

Kali terakhir Inul beraksi di Malaysia pada Mei 2005 dan pada tahun ini sudah empat kali konsert artis tersebut mendapat bantahan. Inul juga sepatutnya beraksi di Tawau dan Keningau, Sabah masing-masing pada 29 Mei dan 31 Mei lalu tetapi ia mendapat bantahan daripada Dewan Pemuda Pas negeri dan Wanita UMNO Kalabakan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mari kita fakir tenang-tenang sejenak. Layakkah persembahan dan konsertnya atau yang sepertinya dipersembahkan di negara ini?

Pertama: Inul Daratista sendiri menjadi orang pertama yang menentang fatwa Pengurus Besar Nahdatul Ulama (PBNU) yang mengharamkan program tayangan infotainment di Indonesia.

Kata Inul, infotainment itu berita ‘main-main’. "Kalau infotainment dilarang, mahu jadi apa negara kita?" Jelasnya lagi, "Seperti saya, goyang saja sudah tak boleh. Saya mati gaya di Jakarta, terus mahu jadi apa kalau ini-itu dilarang. Kita tidak boleh berekspresi dalam explore diri.". Dia kesal fatwa PBNU itu. "Infotainment bukan hanya dinikmati orang-orang muslim saja. Masyarakat tidak lepas dari infotainment, walau jelik atau bagus tetap dinikmati,"

Majelis Ulama’ Indonesia (MUI) telah memfatwakan, bahawa ‘gelek gerudi’ Inul cenderung kepada aksi-aksi yang mengghairahkan serta penampilannya bertentangan dengan keputusan fatwa mengenai pornografi pada Julai 2002, di Indonesia. Pihak berkuasa Yogyakarta pula telah mengharamkan persembahannya kerana dikhuatiri akan menjatuhkan moral masyarakat yang berpendidikan dan bertamadun.

Nampaknya Inul yang menimbulkan masalah. Dengan biadap berlawan dengan majlis fatwa negara tersebut dan sepatutnya dhukum menurut syariat.

Kedua: Dua tahun lepas, pihak penganjur konsertnya di Malaysia terpaksa membatalkan hasrat untuk mengadakan konsert Inul kerana tunjuk perasaan beberapa pihak. Antara sebab-sebabnya, ialah nyanyian dan dangdut seperti itu adalah haram di sisi Islam. Dan mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat. Anda boleh lihat tulisan Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi dalam buku soal jawab agama dengan panjang lebar.

Juga kalau di Malaysia, sila lihat dalam web http://ulamak.pas.org.my , jawapannya terhadap hukum alat muzik, menyanyi bersama perempuan, dan dedah suara. Semuanya menjelaskan hukumnya adalah haram.

Ketiga: Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia: Agama bagi Persekutuan menyebutkan "Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan". Bahkan dikatakan Islam sebagai tonggak kesetabilan negara, dan ada yang menyebutkan Malaysia sebagai negara Islam seperti yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia.setahun dua lepas.

Maka adalah wajar, peraturan dan hukum Islam tidak boleh dilanggar, apalagi yang melanggar itu, adalah hasil dari pengemis iman kerdil berbanding majlis fatwa negara. Tegasnya, persembahan gelek gerudi Inul Daratista, memang tidak layak dipersembahkan di Malaysia, patut dihalang dan dihentikan segera. Tidak langsng membawa apa-apa keuntungan dan pembangunan kepada negara, samaada pembangunan jasmani, apalagi ruhani.(AK)

Ada kaitan...

3 comments:

Anonymous said...

Kenapa bangga mengaku anak Kiai kalau kerja sepanjang hayat menari di depan kalayak ramai.
Dah lah dengan keadan yang memalukan mak sendiri.
Kenapa Inul ni tak panggil semua pak kiai Nahdatul Ulamak sekali datang tengok show dia???

Anonymous said...

Nick pertahankan Inul?

Demikian maksiat akan terus di pertahankan. Kenapa mempertahankan krn hujah yg ada sudah nyata.

Memang, orang mungkin tidak bersetubuh di depan khalayak. Tetapi pasca persembahan akan menggawatkan masalah sosial yg sediada.

Mari jadikan negara bebas dari maksiat yg menurunkan maruah wanita. Inul tu wanita kan?

Adry said...

http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=%2F2010%2F6%2F5%2Fmstar_hiburan%2F20100604185552&sec=mstar_hiburan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails