Saturday, June 26, 2010

40 Kumpulan Pertama Masuk UMNO, Dr Asri Ke2.


KL.JUN 26 10: Anak bekas mufti Perlis - Fathul Bari Mat Jahaya adalah antara 40 ulama muda yang menyertai umno malam tadi, tanpa bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Borang kemasukan kumpulan pertama itu, telah diserahkan oleh ketua kumpulan tersebut, Fadlan Mohd Othman kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam ini.

Fadlan merupakan pensyarah fakulti pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 16 daripada mereka hadir malam ini. Manakala dalam sidang media yang diadakan selepas penyerahan borang tersebut, ahli MT Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidi , yang diura-urakan akan menyertai parti itu akan berbuat demikian "bila sampai masanya".

"(Kemasukan dalam Umno) ini berperingkat-peringkat. Dalam Umno ini ada ahli Umno, dan ada penyokong Umno... Melihat dari aspek tersebut, saya rasa (Asri) tak ada masalah. Ini peringkat pertama.

"Beliau (Asri) akan masuk dalam kumpulan yang kedua," katanya dalam sidang media itu.

Dalam sidang media itu juga, Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau, menjelaskan bahawa mereka akan dimasukkan melalui cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang dan selepas itu akan diserapkan ke negeri-negeri masing-masing. Katanya kebanyakkan ulama muda yang hadir pada malam tadi adalah berasal daripada Kelantan.

Tambahnya, kebanyakan mereka mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana dan PhD dari universiti dalam dan luar negara.

"Mereka tidak mengancam mana-mana pihak, sebaliknya menunaikan tanggungjawab menyebarkan agama yang murni dan menyeru perpaduan," katanya.

Menurut Shahidan lagi, kemasukan ulama muda ini ke dalam Umno bukan untuk merebut jawatan tetapi bagi membina pemuda yang positif dan mempunyai kerohanian yang mantap. (AK)

Sebelum ini..

3 comments:

mz said...

bro; aku ade pandangan lain berkanaan merka2 ini-semua yg masuk adalah golongan muda yg dipanggil salaf dan Dicop wahabi oleh golongan ulama konservatif.

mereka masuk umno sebab penarik dan penolak

faktor penarik- asal mereka adalah pendakwah bebas (dan aku pasti dlm
pilihanraya mereka sokong pas).tp sebab dicop wahabi dan tak jadi ahli umno mereka dikenakan tindakan@tak bg tauliah oleh jabtan agama islam negeri selain
perlis dan kelantan(sbb takyah tauliah).jadi utk teruskan dakwah dkt masjid direct kpd umum terpaksalah masuk umno. Tgk nanti jais mungkin akan bg tauliah.hehe

faktor Penolak- bukan shj di negeri bn selain perlis mereka dihalang , dinegeri PR juga dihalang.cth selangor-jais yg halang tp itu tak ada hal lagi.sebab sejarh masjid/surau dekat selangor ni walaupun jais halang tp kalau ajk masjid-atau surau masih panggil bg kuliah, masih lagi boleh jalan. Tp sejak akhir2 ini, ajk masjid sendiri enggan membenarkan mereka bg kuliah lagi. Cth dkt surau aku dkt shah alam-semua yg dicop wahabi tidak lagi dipanggil bg kuliah selepas ajk masjid bertukar tangan kepada golongan konservatif..

Kesimpulannya: tak masuk umno-mereka takleh bg kuliah. negeri pr atau ajk surau bawah pr pon tolak mereka-takde pilihan lain melainkan masuk umno-at least boleh bg kuliah kat surau lagi..kalau tak langsung tak boleh- sebab golongan konservatif dlm pas pon tolak mereka. dan yg rugi sebenarnya PAS dan PR juga..disebabkan sebilangan golongan konservatif pas tak boleh berbeza pandangan- bg aku memang ade golongan yg dicop wahabi yga agak eksterm-sama juga yg sunni ni-ada gak yg eksterm- tp ramai gak yg pemikiran sederhana.sepatutnya berlapang dada- sekrg org dah lari..sape yg rugi??dan mcm biasa golongan konservatif eksterm peduli ape pasal hal ni-sbb bg mereka, mereka saja yg betul.. aku open, yg baik aku ambil semua..:).. walaupun aku tak agreed mereka masuk umno-tp strategise wise mereka takde pilihan sbenarnya..

ISLAM BUKAN HANYA CAKAP said...

bersangka baik lah kita semua kepADA SESAMA ISLAM,MEREKA ADA ILMU DAN HORMATILAH PANDANGAN ORANG YANG TAK SEPENDAPAT DENGAN KITA,MUNGKIN MEREKA LEBIH BAIK DAN BENAR,TANYA DIRI KITA ALFATIHAH YANG DIBACA PUN TAK BERAPA BETUL

Anonymous said...

Logiknya kalau Imam Hasan Al-Banna, Syed Qutb, dan ramai lagi...masuk parti pemerintah waktu itu..tentu dakwah lebih bersemarak...dan mereka tidak kena bunuh?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails