Saturday, April 15, 2023

Terrnak Landak Raya Komersial..

 I. Jadikan  ternak landak, sebagai suatu industri.. -Ibnu Hasyim.



Catatan Santai Ibnu Hasyim

RAMAI tertanya-tanya siri tulisan saya mengenai pengkajian ternakan landak. Saya berhenti mengkaji hal tersebut setelah berhenti keluar negara kerana serangan Convic 19. Masa itu saya berada di Pulau Pinang, baru pulang dari Kalimantan semasa melawat daerah Kebupaten Landak di sana. Terhenti penulisan saya sebentar.

Masjid terbesar di Kabupaten Landak Jadi Tempat Salat Id Warga Serimbu, Kalimantan. 

Peserta dari Kabupaten Landak, Kalbar, memeriahkan Karnaval Khatulistiwa, di Pontianak..

Kini, sejak beberapa hari lepas saya mula jelajah santai ke kawasan berdekatan di Selangor, Perak dan Pahang. Mulai melihat tempat-tempat pembiakan landak semula.

Secara rambang dan ringkasnya, boleh dibuat kesimpulan bahawa perniagaan dan pembiakan landak di Malaysia semakin menarik. 

Harga landak raya untuk pembiakan sekarang kira-kira RM4,800 atau RM5,000 sepasang. Tuan-tuan penternak sudah berpeluang menceburkan diri ke dalam industri ternakan landak raya secara sah di sisi undang undang, tidak perlu bersembunyi lagi.

Penternakan landak raya semakin menggalakkan disebabkan:

-Mudah penjagaan, tak ada penyakit macam lembu-kambing,

-guna ruang tempat yang kecil untuk memulakan projek,

-tempoh matang 14 bulan, lahir anak 2 kali setahun, kadang lahir kembar macam kambing, kadang lahir seekor.

-Daging landak berharga antara RM150 hingga RM180 sekilo.

-Semua landak yang dijual sebagai pembaka ada microchip yang telah disuntik.

Pemakanan: Makanannya dedak kambing, buah nangka, keledek, labu, timun, ubi kayu, roti, segala buah. Labu antara yang digemari. Boleh ditanam atau baki jualan di pasar malam atau pasar raya.

Musim jual-belinya cuma dari bulan Mei sampai 31 ogos setiap tahun, mengikut undang undang akta 716 perhilitan.

Bagaimana mendapat mendapat permit dari Jabatan Perhilitan? Terus ke pejabatnya yang berdekatan. Ada juga pihak pembekal yang mengurus dan membantu mendapatkannya. Sila kemukakan resit pembelian di Pejabat Perhilitan negeri, bayar fi RM20 seekor untuk setahun.

Dapatkan juga maklumat dari tulisan-tulisan ini.

Ini Keterangan Bela Landak. Nak Dapat Di Mana? 

II. PERHATIAN

Jadikan ternak landak, sebagai suatu industri.. mampu mengeksport dagangan ke luar negara. Kini kita sedang berusaha menubuhkan: 

Persatuan Penternak Landak Wilayah Persekutuan, dalam rangka melahirkan penternak landak bermula dari kecil-kecilan.

Sesiapa yang berminat, terutama golongan remaja, sila hubungi..

Ibnu Hasyim 
KL 31/12/2022
NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Bersambung..

Saja buat tak faham 2 perkara ini.. ICERD, M'sian M'sia & RUU355

 


1. Malaysiakini mempromosikan ICERD dan ‘Malaysian Malaysia’

MEDIA Malaysiakini melaporkan berita yang mempunyai maksud tertentu – bukan tanpa maksud – yang wajib diberikan perhatian oleh umat Islam, khususnya bangsa Melayu, kaum Bumiputera, dan kaum lain yang tidak ekstrem. Dua berita penting tersebut ialah:

  1. Keengganan Kerajaan Malaysia untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) adalah mengecewakan, kata pelapor khas Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ashwini KP.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/659522

  • ULASAN | Nasihat terakhir kepada Mahathir oleh Lim Kit Siang mempromosikan Malaysian Malaysia ala DAP dan merendah-rendahkan kegagalan Wawasan 2020.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/659510

Negara Malaysia yang berperlembagaan meletakkan Islam agama negara, di samping memberikan kebebasan beragama kepada penganut berbagai-bagai agama. Malaysia juga menerima konsep jus soli, menerima kewarganegaraan, dan menjadikannya negara masyarakat majmuk yang sebegini rupa.

PAS menerima konsep demokrasi dengan mempertahankan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengikut tafsiran bahasa al-Quran, bukan bahasa yang lain, termasuk perkataan ‘agama’ dalam bahasa kebangsaan yang juga tidak tepat maknanya.

Saya terus mempertahankan konsep Islam terhadap masyarakat majmuk tanpa menghapuskan aspek bangsa dalam kejadian manusia dan kebebasan beragama, dengan penegasan Islam satu-satunya agama yang sebenar dan tidak ada paksaan dalam perkara agama. Hal ini berbeza dengan konsep liberalisme yang menyamakan agama termasuk Islam, atau tidak ada agama, serta menghapuskan fitrah kewujudan bangsa dan kecintaan kepadanya.

PBB menemui kegagalan demi kegagalan tanpa kemampuan melaksanakan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. Perjuangannya yang lemah laksana sarang labah-labah tanpa kemampuan membela bangsa yang lemah dan tanpa kemampuan menentang kezaliman terhadap bangsa yang tertindas, termasuk terhadap kaum Red Indian di Amerika yang kononnya paling demokratik, bangsa Arab di Palestin, dan pelarian perang di Eropah.

Islam menolak perjuangan yang gagal dan mempertahankan penyelesaiannya yang tersendiri dalam perkara masyarakat majmuk dan hak asasi manusia. Penganut Islam berpegang dengan al-Quran Kalam Allah yang memberikan petunjuk, bukannya cakap kosong seperti Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat PBB.

Firman Allah SWT:

﴿وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفُ أَلۡسِنَتِكُمۡ وَأَلۡوَٰنِكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّلۡعَٰلِمِينَ ٢٢﴾

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasa kalian dan warna kulit kalian. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.” (Surah al-Rum: 22)

Firman Allah SWT:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣﴾

“Wahai manusia! Sesungguhnya, Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujurat: 13)

Firman Allah SWT:

﴿إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨﴾

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kalian menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kalian) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kalian menetapkan dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kalian. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah al-Nisa’: 58)

Firman Allah SWT:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencian kalian terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Hendaklah kamu berlaku adil, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Surah al-Ma’idah: 8)

Islam mengikat konsepnya dengan prinsip aqidah keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat serta sifat taqwa, yang tidak terdapat dalam Piagam PBB dan perisytiharan antarabangsa ciptaannya. Aqidah dan sifat inilah yang menjadikan bangsa Melayu yang beragama Islam tidak membakar jus soli dan perlembagaan sekular. Sekalipun tidak bersetuju, dengan penuh kesabaran menerima masyarakat majmuk dan menganggapnya satu keluarga Malaysia yang penuh bertoleransi.

Orang Melayu Islam yang fanatik Melayunya seperti Tun Mahathir Mohamad tidak sama dengan bukan Melayu dan bukan Islam seperti Lim Kit Siang yang katanya tidak fanatik kaum dan bangsa, tetapi hakikatnya tidak boleh menghapuskan fitrahnya yang tetap sayang akan bangsa dan keluarga tanpa kawalan aqidah.

Kita tidak terlepas pandang betapa bukan Melayu dan bukan Islam yang menguasai ekonomi menjadi penyumbang rasuah yang terbesar jumlah dan harganya. Sehinggakan, semua peringkat daripada rakyat Melayu Islam, sama ada pemimpin, raja, rakyat, mahupun parti kerajaan menjadi mangsa wabaknya.

Keadaan ini sehingga menjadikan diri lebih parah daripada kacang lupakan kulit, dengan meletakkan kepentingan pangkat dan harta lebih daripada agama, bangsa, dan negara bersama Islam.

Banyak lagi dalil kaum Melayu dan Bumiputera dihimpit sehingga kehilangan tanah dan kawasan, selain ketinggalan dalam pendidikan dan pelajaran akibat penyusunan masyarakat warisan penjajah terhadap umat Islam.

Walaupun saya berlainan kolam dengan Tun Mahathir, tetapi sama airnya dan hanya berbeza suhu kepanasan. Tidak sama dengan kolam yang direnangi oleh Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, pemimpin UMNO yang bersamanya, dan mereka yang dinamakan cendekiawan Melayu yang berendam bersama juga.

Maka, umat Islam yang peka dan bukan Islam yang tidak ekstrem wajib bersatu menentang agenda makhluk asing yang dipromosikan oleh media Malaysiakini. Mereka bersifat gula-gula beracun yang merosakkan masyarakat majmuk dan perlu diletakkan ke landasan yang betul. Jangan biarkan kita terpesong ke landasan yang sesat dan telah memakan mangsa di negara yang lain.

PAS ketika menjadi pembangkang yang tegar, tidak lupa akan peranan Tun Mahathir yang menyelamatkan negara ketika krisis ekonomi daripada diheret oleh Menteri Kewangan – yang dinobatkan paling hebat di Asia – masuk ke dalam mulut buaya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan beberapa peristiwa yang lain.

Tutupkanlah suara sumbang dan songsang seperti Malaysiakini yang menjadi khadam makhluk asing yang sangat halus. Selamatkanlah negara dengan petunjuk Allah SWT yang berfirman:

﴿وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَرَكَٰتٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَٰهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ ٩٦ أَفَأَمِنَ أَهۡلُ ٱلۡقُرَىٰٓ أَن يَأۡتِيَهُم بَأۡسُنَا بَيَٰتٗا وَهُمۡ نَآئِمُونَ ٩٧ أَوَ أَمِنَ أَهۡلُ ٱلۡقُرَىٰٓ أَن يَأۡتِيَهُم بَأۡسُنَا بَأۡسُنَا ضُحٗى وَهُمۡ يَلۡعَبُونَ ٩٨ أَفَأَمِنُواْ مَكۡرَ ٱللَّهِۚ فَلَا يَأۡمَنُ مَكۡرَ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡخَٰسِرُونَ ٩٩﴾

“Sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan apa yang mereka lakukan. (96) Maka, apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan seksaan Kami kepada mereka pada malam hari pada waktu mereka sedang tidur? (97) Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan seksaan Kami kepada mereka pada waktu matahari sepenggalah naik ketika mereka sedang bermain? (98) Maka, apakah mereka merasa aman daripada azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiada yang merasa aman daripada azab Allah kecuali orang-orang yang merugi. (99)” (Surah al-A‘raf: 96–99)

Jangan dipaksa untuk diulangi lagi peristiwa 13 Mei 1969 dan himpunan jutaan umat menentang ICERD. Hanya ubah fikiran yang sesat agar kembali kepada landasan yang betul dengan istiqamah dan aman.

Laksanakanlah petunjuk Allah SWT berikut:

﴿عَسَى ٱللَّهُ أَن يَجۡعَلَ بَيۡنَكُمۡ وَبَيۡنَ ٱلَّذِينَ عَادَيۡتُم مِّنۡهُم مَّوَدَّةٗۚ وَٱللَّهُ قَدِيرٞۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ٧ لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ ٩﴾

“Mudah-mudahan, Allah menimbulkan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (7) Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangi kamu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (8) Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawan kamu orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan sesiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” (Surah al-Mumtahanah: 7–9)

Janganlah terperangkap dengan kata-kata manis mereka tanpa hidayah, kerana Allah mendedahkan ketidakikhlasan dalam hati mereka. Firman Allah SWT:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةٗ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالٗا وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِي صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ ١١٨ هَٰٓأَنتُمۡ أُوْلَآءِ تُحِبُّونَهُمۡ وَلَا يُحِبُّونَكُمۡ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱلۡكِتَٰبِ كُلِّهِۦ وَإِذَا لَقُوكُمۡ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ عَضُّواْ عَلَيۡكُمُ ٱلۡأَنَامِلَ مِنَ ٱلۡغَيۡظِۚ قُلۡ مُوتُواْ بِغَيۡظِكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ ١١٩ إِن تَمۡسَسۡكُمۡ حَسَنَةٞ تَسُؤۡهُمۡ وَإِن تُصِبۡكُمۡ سَيِّئَةٞ يَفۡرَحُواْ بِهَاۖ وَإِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ لَا يَضُرُّكُمۡ كَيۡدُهُمۡ شَيْـًٔاۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا يَعۡمَلُونَ مُحِيطٞ ١٢٠﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaan kamu orang-orang yang di luar kalangan kamu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagi kamu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian daripada mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh, telah Kami terangkan kepada kamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya. (118) Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata, ‘Kami beriman,’ dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit hujung jari lantaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka): ‘Matilah kamu kerana kemarahan kamu itu!’ Sesungguhnya, Allah mengetahui segala isi hati. (119) Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepada kamu. Sesungguhnya, Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan. (120)” (Surah Ali ‘Imran: 118–120)

Tolaklah kumpulan ekstrem, liberal, komunis, oportunis, Muslim yang hanyut pegangan agamanya tanpa istiqamah, bangsa yang tidak berfitrah, dan lain-lain yang berada di luar tabii manusia ciptaan Allah SWT.

Selamatkanlah negara bersama konsep wasatiyyah bagi menangani masyarakat majmuk yang aman dan sejahtera, bersama politik matang dan sejahtera serta membawa konsep Islam adil walaupun majmuk pelbagai agama, bangsa, dan taraf hidup. Konsep umum kepada semua dalam satu keluarga besar ini telah dinyatakan oleh firman Allah SWT:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٖ وَٰحِدَةٖ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالٗا كَثِيرٗا وَنِسَآءٗۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا ١﴾

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri (Adam AS), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawwa’ AS); dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya, kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya, Allah selalu menjaga dan mengawasi kalian.” (Surah al-Nisa’: 1)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 1 Ramadan 1444 / 23 Mac 2023 – HARAKAHDAILY 23/3/2023


2. Menjawab soalan Anwar mengenai RUU355 


PERDANA Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 telah bertanya mengenai status RUU355,

“Kamu pegang tampuk kepimpinan kuasa termasuk kerajaan tiga tahun baru-baru ini, mana Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355)?”

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2174289

Walaupun persoalan itu sengaja ditimbulkan untuk mencipta provokasi, izinkan saya menjawab.

Untuk makluman Dato’ Seri,

Pada tahun 2020, 

Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil telah diberi arahan untuk membuat persiapan ke arah pindaan RUU355 dan telah bermesyuarat beberapa kali walaupun pada waktu pandemik.  

Pada 2021,

Draf RUU355 berjaya dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan seterusnya kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak dan Sivil Kali ke-27.

Pada 2022,

Jemaah Menteri telah bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggubalan RUU355.

Edaran Memorandum Jemaah Menteri kepada 5 agensi (AGC, JKSM, MSWP, JAWI dan JAPENSWP) telah dibuat.

Draf RUU355 juga telah disemak dan diluluskan oleh Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara.

Ketika itu, bacaan pertama RUU355 dijangka untuk dibentangkan pada akhir Oktober dan diluluskan pada bulan November 2022. Namun tidak berlaku kerana Parlimen telah dibubarkan awal.

Dengan kata lain, RUU355 sudah siap dan sedia dibawa ke Parlimen oleh pihak kerajaan untuk dibentang dan juga diluluskan. 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02TfKMyDY1EMM3ABnzSqxqScPbVBS7cTd3fPJsYhAkfMY4EWqLxKUrsU9syJuVe3BGl&id=100050311487174

Saya yakin Dato’ Seri Anwar selaku Perdana Menteri dan juga bekas Ketua Pembangkang tahu mengenai perkara ini, namun sengaja membuat dakwaan seolah-olah PAS serta kerajaan sebelum ini langsung tidak berbuat apa-apa. 

Jadi bagi mereka yang mempersoal apa usaha PAS sepanjang memegang jawatan Menteri dan Timbalan Menteri, inilah jawapannya.

Terima kasih juga kepada Kabinet kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Sri Ismail Sabri atas komitmen yang diberikan.

Memandangkan kami sudah melakukan tugas kami sepanjang 3 tahun ini, sekarang tibalah masa untuk Perdana Menteri ke-10 (PMX) buktikan bahawa beliau juga peduli mengenai RUU355. Atau terpaksa salahkan PAS kerana ada hati yang perlu dijaga?

RUU355 ini hakikatnya bukan isu politik, entah mengapa sengaja dipolitikkan oleh Perdana Menteri Kerajaan MADANI.

Draf telah siap, bawalah ke Parlimen. Bukan ke Kongres PKR.

NAZIR HELMI
Ketua Penerangan Pemuda PAS  – HARAKAHDAILY 23/3/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Saja buat tak faham 2 perkara ini.. ICERD, M'sian M'sia & RUU355

Antaranya: 

(i) kempen mempromosikan ICERD dan ‘Malaysian Malaysia’ yang wajib diberikan perhatian oleh umat Islam, khususnya bangsa Melayu, kaum Bumiputera, dan kaum lain yang tidak ekstrem.

(ii) Berikutan pertanyaan PMX dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 mengenai status RUU355..

Sekian. 

Friday, April 14, 2023

Jom kreatif. K'tan -Tek-C hibrid solar. Turkiye -kereta elektrik, & nuklear.

 


1. Kelantan perkenal Tek-C hibrid guna solar

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan memperkenalkan penggunaan Tek-C hibrid (beca solar) menjelang 2024 sebagai salah satu usaha untuk merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata, penggunaan Tek-C hibrid merupakan pembaharuan baharu sektor pengangkutan beca tradisional.

Katanya, setakat ini Tek-C hibrid telah diperkenalkan di Bandar Kota Bharu yang merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan ramai pelancong.

“Tujuan kita memperkenalkan Tek-C hibrid sebagai pembaharuan yang mana ramai pelancong dapat menggunakan pengangkutan tersebut untuk ke lokasi yang mahu lawati.

“Bagaimanapun, kita masih mengekalkan penggunaan beca tradisional yang mana menggunakan bateri,” katanya selepas majlis penyampaian bantuan sara hidup kepada 17 penarik beca, di sini hari ini.

Md Anizam berharap penggunaan Tek-C hibrid dapat memberi manfaat terutama kepada pengayuh beca dalam usaha menjimatkan tenaga dan masa.

Penggunaan Tek-C hibrid boleh dicas selain menggunakan solar bagi menghidup dan menggerakan kenderaan tersebut. – HARAKAHDAILY 11/4/2023

2. Erdogan jadi pemilik pertama kereta elektrik keluaran Türkiye 

Togg adalah model pertama kenderaan elektrik buatan Turki. - Foto AGENSI

ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menjadi pemilik pertama kereta elektrik keluaran negara itu semalam.

"Hari ini, kita menyaksikan impian 60 tahun negara kita direalisasikan.

"Togg adalah simbol kepada pembangunan teknologi, perkembangan ekonomi dan reputasi global negara kita," kata Erdogan pada majlis penyerahan SUV segmen-C kereta elektrik Togg di Ankara, lapor Xinhua.

Prototaip kereta itu telah diperkenalkan oleh Kumpulan Usahasama Automotif Turkiye (Togg) pada Disember 2019.

Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev turut menjadi antara pemilik terawal kereta elektrik keluaran negara itu.

Harga bagi model standard T10X bermula daripada 953,000 lira Turkiye (sekitar RM218,461) gga 1.05 juta lira, manakala model jarak jauh berharga hampir 1.22 juta lira, menurut statistik yang dikeluarkan oleh syarikat itu.

Syarikat itu merancang untuk mengeluarkan 1 juta kereta dalam lima model berbeza menjelang 2030.

Türkiye menyasarkan untuk mengeksport kereta Togg dalam masa dua tahun. - BERNAMA-XINHUA 


3. Loji tenaga nuklear pertama Turkiye sedia beroperasi

Loji nuklear di Zaporizhzhia, selatan Ukraine, kawasan dikawal Russia. - Foto hiasan AF

ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, rakan sejawatannya dari Russia, Vladimir Putin mungkin berkunjung ke Türkiye pada 27 April untuk menghadiri majlis perasmian loji kuasa nuklear Akkuyu.

Dalam temu bual dengan saluran berita ATV-A Haber pada Rabu, Erdogan berkata, Putin mungkin hadir sendiri di Mersin atau hadir menerusi telesidang, lapor Xinhua.

Projek itu yang terletak di wilayah Mersin, di tenggara Turkiye, ialah loji nuklear pertama Türkiye.

Loji itu dijangka menghasilkan 35 bilion kilowatt-jam (kWj) elektrik setiap tahun dan akan memenuhi kira-kira 10 peratus keperluan elektrik tempatan.

Itu projek loji tenaga nuklear pertama di dunia yang dilaksanakan melalui model bina-milik-urus.

Mengikut kontrak, firma dari Russia, Rosatom menyediakan pelan reka bentuk, pembinaan, penyelenggaraan, operasi dan penugasan operasi loji jana kuasa itu. - BERNAMA-XINHUA 

Berita Berkaitan







Komen Weblog Ibnu HasyimJom kreatif. K'tan -Tek-C hibrid solar. Turkiye -kereta elektrik, & nuklear.

Sejarah membuktikan bahawa ilmu Islam telah melahirkan ramai manusia-manusia kreatif yang berjasa kepada dunia. Al-hamulillah!

Wednesday, April 12, 2023

Serangan di Masjid N/Jersey & Toronto.. Suspek (bulatan merah) sedang menyerang..


Detik sejurus suspek (bulatan merah) bangun dar barisan jemaah di Masjid Omar sebelum menyerang Imam Elnakib. (FOTO: Aaj English TV)

1. Imam masjid di New Jersey parah ditikam

CHICAGO: Imam sebuah masjid di  bandar Paterson, New Jersey cedera parah akibat serangan pisau oleh  seorang suspek yang menyertai kira-kira 200 jemaah untuk solat Subuh.

Pendakwa raya Paterson, New Jersey berkata, mangsa, Imam Sayed Elnakib, 65, dari Masjid Omar, di 501 Getty Avenue, diserang oleh suspek yang berlutut bersama jemaah lain semasa solat di masjid itu pada subuh Ahad (9 Apr), waktu tempatan.

Imam Elnakib segera dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Saint Joseph di Paterson untuk rawatan kecederaan  yang diklasifikasikan sebagai ‘tidak membawa maut’, lapor Arab News.

Sementara, pejabat pendakwa  tempatan berkata bahawa suspek segera ditahan di masjid berkenaan yang dikenali sebagai Serif Zorba. 

Jemaah lain yang berada di lokasi kejadian berkata bahawa Zorba telah pergi ke masjid  itu banyak kali tetapi bukan ahli masjid tersebut.

Semasa kejadian, Zorba meluru ke arah Imam Elnakib semasa dia mengimamkan solat kira-kira jam 5.37 pagi. 

Selepas menikam Imam Elnakib beberapa kali, Zorba berpaling untuk melarikan diri dengan berlari di celah-celah jemaah lain yang dikatakan polis telah segera menahannya sehinggalah polis tiba di lokasi kejadian.

Masjid Omar di bandar Paterson, New Jersey lokasi kejadian Imam Elnakib diserang dengan pisau ketika mengimankan jemaah solat Subuh pada 9 Apr 2023. (FOTO: United States.K.News. MEDIA)

Pendakwa Raya Passaic County,  Camelia M. Valde berkata, sebaik tiba, anggota polis menemui suspek berusia 32 tahun itu di dalam masjid yang ditangkap oleh jemaah lain.

“Serif Zorba akan didakwa dengan sabit kesalahan cubaan membunuh tahap pertama; memiliki senjata untuk tujuan yang menyalahi undang-undang, tahap ketiga; dan memiliki senjata yang menyalahi undang-undang, tahap keempat,” tambahnya.

Menurut Valdes lagi, jika sabit kesalahan, Zorba berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun, yang mana atas kesalahan cubaan membunuh tahap pertama ialah 10 hingga 20 tahun di penjara negeri New Jersey dengan 85 peratus daripada tempoh itu akan meringkuk di dalam penjara sebelum kelayakan parol, menurut ‘akta tiada pembebasan awal’ dan lima tahun parol pengawasan selepas dibebaskan.

“Tuduhan untuk memiliki senjata yang menyalahi undang-undang boleh menambahkan lagi enam tahun tambahan kepada hukuman itu,” katanya. 

Zorba hadir di Mahkamah Pemprosesan Kehakiman Pusat di Paterson Perbicaraan itu diadakan di hadapan hakim mahkamah atasan New Jersey pada petang Isnin (10 Apr), yang mana pertuduhan difailkan secara rasmi dan ‘penahanan praperbicaraan’ telah diberikan, menafikan pembebasan ikat jamin suspek.

Dalam pada itu, pihak polis berkata, Imam Elnakib yang  telah berkahwin dan bapa kepada tiga anak lelaki itu  dijangka pulih sepenuhnya dalam masa terdekat. 

Rakaman litar tertutup menunjukkan suspek (dalam bulatan putih) turut menyertai jemaah solat Subuh yang diimamkan oleh Imam Elnakib. (FOTO: CBS News)

Polis tambahan kawal masjid

Datuk Bandar Paterson, Andre Sayegh, yang beragama Roman Katolik dari keturunan Arab-Amerika, dilaporkan telah melawat Imam Elnakib di hospital pada pagi Isnin (10 Apr).

Sayegh memberitahu pemberita pada sidang media bahawa beliau akan menugaskan polis tambahan bagi berkawal di semua masjid di wilayah itu untuk memastikan keselamatan orang ramai pada baki hari Ramadan ini.

“Anda tidak perlu takut untuk berdoa, anda harus berasa selamat untuk berdoa,” kata Sayegh.

Ahli Majlis Paterson, Al Abdel-aziz, yang menyertai jemaah di masjid pada malam Ahad (9 Apr) untuk berdoa untuk kesihatan dan kesembuhan sepenuhnya buat Imam Elnakib.

“Saya sangat sedih mendengar kejadian tikaman yang berlaku semasa solat di masjid Omar awal pagi ini, dan hati saya terharu kepada semua orang yang terjejas oleh peristiwa tragis ini,” tulis ahli majlis Abdel-aziz di laman Facebooknya.

“Walaupun tidak jelas apa yang mendorong penyerang, tidak ada justifikasi untuk sebarang jenis keganasan, terutamanya dalam ruang suci (masjid) ini.

“Saya berasa lega apabila mendengar bahawa Imam Sayed Elnakib berada dalam keadaan stabil, dan mendoakan agar beliau sembuh sepenuhnya dan cepat. Harap maklum bahawa fikiran dan doa saya bersama dia dan keluarganya semasa masa yang sukar ini.” tambahnya.

Menurutnya lagi, sebagai sebuah komuniti, adalah penting untuk semua bersatu untuk menyokong satu sama lain dan mengecam semua bentuk kebencian dan keganasan. 

“Saya menggalakkan semua orang untuk menghubungi satu sama lain untuk keselesaan dan sokongan, dan berusaha ke arah mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra untuk semua yang memasuki masjid anda,” ungkapnya.

Dari segi populasi, hampir satu pertiga daripada 158,000 keseluruhan penduduk Paterson, di New Jersey itu adalah beragama Islam dari keturunan Arab. – HARAKAHDAILY 11/4/2023 

Wajah suspek yang berjaya ditahan selepas terbabit dalam serangan pisau ke atas Imam masjid di Paterson, New Jersey ketika solat Subuh pada 9 April 2023. (FOTO: Pejabat Pendakwa Raya New Jersey/Arab News)


 2. 
Suspek ditahan lakukan jenayah kebencian di masjid Toronto 
Persatuan Islam Markham (ISM) mendakwa suspek telah menerjah masuk ke dalam masjid di Markham, Toronto, Kanada sebelum mengoyak al-Quran dan memaki hamun jemaah Toronto Kanada dalam kejadian pada 6 April 2023. (FOTO: Arab News)

ONTARIO: Seorang suspek lelaki telah ditahan pihak berkuasa Kanada selepas apa yang mereka labelkan sebagai ‘insiden bermotifkan kebencian’ di sebuah masjid di wilayah Ontario.

Dalam kenyataan pada Ahad (9 Apr), pihak polis berkata dalam kejadian pada Khamis (6 Apr) lalu, suspek didakwa telah memandu ke arah seorang jemaah dan menjerit yang berbunyi ugutan serta cemuhan terhadap agama Islam, lapor Arab News.

“Insiden itu berlaku di bandar Markham manakala suspek, Sharan Karunakaran, 28, kemudian ditahan di Toronto,” ujar Polis Wilayah York, di sini dalam satu kenyataan.

Sementara, Menteri Perdagangan Kanada, Mary Ng mengecam kejadian itu dan menyifatkan ia sebagai jenayah kebencian, dengan mengatakan perkara itu  tidak mempunyai tempat dalam masyarakat Kanada.

“Keganasan dan Islamofobia ini tidak mempunyai tempat dalam komuniti kami,” kata Ng Kanada, yang juga merupakan ahli parlimen tempatan, dalam reaksinya terhadap insiden itu.

Sehubungan itu, Persatuan Islam Markham (ISM) berkata seorang individu telah memasuki masjid di Markham, 30 kilometer di  utara Toronto, pada hari kejadian dan telah mengoyakkan kitab suci al-Quran dan memaki hamun jemaah. 

Kenyataan polis yang dikeluarkan pada Ahad bagaimanapun tidak menyebut kejadian  al-Quran dikoyak suspek di masjid tersebut.

Insiden itu berlaku semasa bulan suci Ramadan, ketika beribu-ribu jemaah berpusu-pusu ke masjid  di Markham.

Polis menambah bahawa mereka mendakwa suspek atas sabit kesalahan mengeluarkan ugutan, menyerang dengan senjata dan memandu secara berbahaya. 

Suspek dijadualkan dihadapkan di  Mahkamah Keadilan Tinggi Ontario di Newmarket pada  Selasa (11 Apr). – HARAKAHDAILY 10/4/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Serangan di Masjid N/Jersey & Toronto.. Suspek (gambar bulatan merah di atas) sedang menyerang..

Ini juga adalah sikap biadap antarabangsa seperti disebutkan. Sebenarnya ia adalah usaha Islamfobia puak-puak tertentu di barat untuk menghapuskan agama Islam. Contoh terdekat, sila lihat di Afghanistan sejak beberapa tahun lalu Islamfobia barat tetap diteruskan untuk hancurkan Afghanistan.  

Difitnahkan, konon 'Perhimpunan wanita Afghanistan dalam protes yang diluluskan Taliban'Tapi sebenarnya tuntutan wanita Afghanistan bila diteneliti adalah:

(i) 'tunjuk perasaan memprotes sekatan ke atas Taliban.'

(ii) 'menyeru Barat untuk membebaskan pembekuan aset negara ketika krisis kemanusiaannya semakin mendalam.'

(iii) Beberapa orang memegang sepanduk bertulis: "Kami wanita Afghanistan menyokong Emiriah Islam," (mahu kerajaan Islam)

(iv) Sepanduk juga menyeru Washington untuk membuka akses kepada AS$9.5 bilion (RM39.81 bilion) dalam aset bank pusat Afghanistan. 

(v) "Mereka yang bertindak bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kebangsaan negara bukanlah wakil wanita Afghanistan..."

Lagi Islamfobia 'syaitan barat' untuk hancurkan  Afghan  ..

Kesimpulan

Di Malaysia ada puak-puak anti Islam yang menyalin balik kegiatan Islamfobia di barat, melaksanakan di sini, untuk menutup kegagalan dan kejahilan mereka, yang bersembunyi dibawah tempurung sempit perkauman kecinaan komunis yang sia-sia..

Sekian, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails