Sunday, June 07, 2020

Ini, Skandal Syed Saddiq B/Menteri PH Dibongkar?


Cabar Mahathir Arah Saddiq Dan GF Buat Laporan Polis Salahlaku SPRM

Semuanya bermula bila Syed Saddiq membuat lapuran polis tentang kehilangan duit tunai RM250,000 yang beliau simpan dalam peti tunai di dalam rumah beliau (BACA DI SINI).

Ibarat membuka pekong di dada, akhirnya satu persatu salah laku Syed Saddiq terbongkar.

Bermula dari netizen persoalkan macam mana Syed Saddiq boleh mempunyai duit tunai hingga RM250,000 sampai ke skandal seks Syed Saddiq didedahkan.

Sedikit komen tentang selera Syed Saddiq, nampaknya beliau bernafsu pada perempuan berkulit putih, muka bujur sirih dan berambut panjang.

Boleh tahan juga selera budak nie, asal ada 3 ciri WAJIB tu, tak kira Melayu, Cina atau lain-lain bangsa, pasti jadi habuan nafsu serakah Syed Saddiq...😋😋😋

Tapi admin tidak mahu fokus sangat dengan skandal-skandal Syed Saddiq.

Macam yang admin tuliskan, segalanya bermula bila Syed Saddiq buat lapuran polis mengenai kehilangan tunai RM250,000 dari peti tunai dalam rumah beliau.

Dia tuduh orang gaji, janda Setiawangsa yang pada awalnya Syed Saddiq dakwa kononnya 'Bibik' sebab hendak 'cover' bersekedudukan serumah.
'Bibik' Syed Saddiq yang rasa teraniaya dan tertipu buat pendedahan video tentang hubungan beliau dengan Syed Saddiq.

Bila siasat dimulakan tentang duit RM250,000 itu, lagi banyak yang terbongkar.

Bagi membantu siasatan berkenaan duit Syed Saddiq yang didakwanya hilang itu, SPRM telah menahan Bendahari Armada, Rafiq Hakimi Razali.

Maka terbongkar, selain dari sumber duit RM250,00 itu diragui, Armada juga telah menipu orang awam dengan mengutip derma dan disalurkan ke dalam akaun syarikat Armada Bersatu walau pun selepas syarikat tersebut ditutup operasinya (BACA DI SINI).

Jadi dakwaan Syed Saddiq yang kononnya duit RM250,000 itu adalah simpanan dari kecil dan kemudiannya tukar pulak kepada simpanan bersama ayah dan ibu beliau hanyalah hiburan semata-mata...😂😂😂

Syed Saddiq juga dakwa dia beli rumah dengan duit mak bapak dia dan kononnya dia tidak ada rumah.

Dari sumber yang dipercayai, Syed Saddiq sebenarnya rumah yang Syed Saddiq duduk itu adalah rumah beliau sendiri dan Syed Saddiq membelinya secara tunai!!!

Banyak juga duit Syed Saddiq nie sebab itu SPRM mahu melakukan siasatan menyeluruh supaya dapat dibongkar sehingga ke akar umbi.

Sama ada Syed Saddiq dan Armada terlibat dalam penyelewengan duit Kementerian Belia dan Sukan atau ada penaja dari taikun-taikun tertentu atau kedua-duanya sekali.

Salah seorang taikun yang dikatakan sponsor Armada ialah kroni Dr Mahathir, Vincent Tan.

Biasalah, ada ubi, ada batas (BACA DI SINI).

Tapi khabarnya duit tidak masuk ke dalam akaun Armada tapi terus ke tangan Syed Saddiq, mungkin sebab itulah dalam peti tunai Syed Saddiq saja ada RM250,000!!!

Kita tunggu sahaja apa kesudahannya siasatan SPRM mengenai dakwaan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram (AMLA) terhadap Armada.

Sebab Ulya yang dikenali sebagai broker untuk Maszlee Malik dengan angkuhnya kata tidak takut dan siasatan yang dilakukan itu adalah siasatan yang tidak berasas kerana tidak mempunyai sebarang bukti.

Cuma admin hendak ingatkan, jangan nanti bila SPRM cekup seorang demi seorang, kau orang mulakan balik ratib Najib, UMNO dan Barisan Nasional!!!


Tapi dari sidang media yang Dr Mahathir buat pada wartawan asing, jelas Dr Mahathir sudah risau dengan hasil siasatan itu nanti.

Punyalah hendak 'cover' dan memburukkan kerajaan pada wartawan asing, Dr Mahathir siap menipu kononnya Nurul Hidayah, pegawai Syed Saddiq disoal siasat dalam bilik gelap.

Sedangkan dalam sidang media Nurul Hidayah, tidak pula dia beritahu yang dia disoal siasat dalam bilik gelap!!!
SPRM juga sudah jawab tuduhan Nurul Hidayah dan mengesahkan apa yang dikatakan Nurul Hidayah adalah fitnah (BACA DI SINI) dan (DI SINI).
Abe Lim Tak Ada Dalam Gambar Nie Sebab Gambar Lama
Mungkin Masa Tu Belum Kenal Lagi Kut...😂😂😂

Kalau betul apa yang Dr Mahathir dakwa itu, suruhlah Syed Saddiq dengan 'girl friend' baru dia itu, Abe Lim, buat lapuran polis atas salah laku SPRM.

Abe Lim pun bukan kaleng-kaleng (BACA DI SINI).

(http://theunspinners.blogspot.com/2020/06/cabar-mahathir-arah-saddiq-dan-gf-buat.html)

Hibur Hibur Sikit

Bongkar-Iwan Fals


Iwan Fals - Tikus-Tikus Kantor (1986)

Halau babi-babi yang mahu rosakkan tanaman-tanaman ini -Edwin Michael,


Kerajaan Tanpa DAP Umpama Kebun Tanpa Babi, Pensyarah UTAR

KAMPAR – Pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional yang diteraju oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini terlalu jauh lebih bagus berbanding dengan kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.
Edwin Michael, Pensyarah Sains Politik dan Kewartawanan di Universiti Tunku Abdul Rahman, membincangkan perkara itu laman Facebook miliknya.

Berikut merupakan tulisan beliau yang diterbitkan hari ini:
UMNO dan PAS membentuk Muafakat Nasional. Tindakan bijak ini bukan sahaja memberikan kelebihan dalam mendapatkan undi orang2 Melayu tetapi juga berjaya kukuhkan politik Melayu yang selama ini retak teruk.
Gabungan MN bersama PPBM dan membentuk PN ini dilihat akan terus mantapkan politik Melayu di negara ini. Dalam erti kata lain, hak dan kepentingan masyarakat Melayu akan lebih terjamin tanpa menafikan hak kaum minoriti.
Kekuatan politik Melayu adalah akar kestabilan sosioekonomi negara ini. Ini terbukti sepanjang 60 tahun negara dibawah BN. Dibawah PH pula ketegangan kaum adalah yang paling teruk dalam sejarah politik negara. Maka dibawah PN kita jangkakan Malaysia akan dapat kekalkan kestabilan politik dan sosioekonominya.


Apakah prestasi PN mengecewakan? Saya kata tidak berdasarkan kepada dua perkara utama iaitu kejayaan kerajaan PN dalam mengawal Covid19 dan juga keprihatinan kerajaan PN dalam menjaga kebajikan rakyat melalui pakej2 rangsangan ekonomi yang ternyata disambut baik oleh rakyat. Walau ada kelemahannya yang tersendiri, itu tidak membantutkan usaha kerajaan PN dalam menjaga rakyat.
Adakah rakyat protes secara terbuka dibawah kerajaan PN? Tiada. Rakyat berasa selamat, tidak gusar dan meletakkan kepercayaan penuh kepada pemulihan ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan PN. Tidak seperti ketika PH memerintah, saban hari ada saja rungutan rakyat tentang sesuatu keputusan kerajaan yang hanya untungkan kroni dan mereka yang rapat dengan pemerintah.
Perdana Menteri PN yang berkerja untuk rakyat. Bukan Perdana Menteri PH yang bekerja untuk kroni dan melabelkan rakyat pemalas.

Kerajaan PN bersama-sama MN telah membentuk satu perikatan politik yang stabil dan tiada apa-apa konfrontasi dengan kuasa asing yang memberikan pulangan positif dalam sektor pelaburan negara.
Perikatan parti politik yang stabil, diterima secara terbuka oleh rakyat dan mengutamakan kebajikan rakyat adalah perikatan yang pastinya akan menang dalam PRU15 nanti. PH telah buktikan ianya gagal dalam soal menjaga rakyat dan telah jahanamkan aset-aset negara serta Petronas.
Hanya satu masalah PN iaitu rakyat terpaksa hadap wajah-wajah seperti Azmin Ali, Zuraida, Rina Harun, Saifuddin Abdullah yang dilihat tiada ‘wow factor’ sebagai menteri PN.
PRU15 ini lebih kepada menjaga kebun yang bakal berikan hasil tanaman yang baik dan halau babi-babi yang mahu rosakkan tanaman-tanaman ini.
Suara TV

Lebih Seminggu Rusuhan Di Lebih 140 Bandar AS..


Kematian George Floyd, penipuan demokrasi AS


SUDAH lebih seminggu dunia melihat porak peranda demokrasi Amerika Syarikat. Sudah lebih seminggu juga dunia melihat pergolakan perkauman dan rusuhan yang berlaku dilebih 140 buah bandar di seluruh Amerika Syarikat.
Detik ini juga menjadi sejarah kerana ia adalah insiden terburuk yang mencetuskan tunjuk perasaan dan rusuhan yang membabitkan isu perkauman sejak dari zaman Martin Luther King Jr. pada tahun 1960an dahulu yang mencetuskan kebangkitan kaum kulit hitam di Amerika Syarikat.
Semuanya berlaku gara-gara tersebarnya video dimedia sosial tentang keganasan empat orang anggota polis dari bandar Minneapolis yang menahan George Floyd dan rakannya setelah mendapat panggilan kecemasan di talian 911 daripada sebuah kedai serbaneka yang menuduh George Floyd membeli sebungkus rokok menggunakan wang palsu USD20.00.
Setelah menahan George Floyd, empat anggota polis tersebut menekan tubuh George Floyd ke permukaan jalan raya sambil salah seorang daripadanya yang bernama Derek Chauvin menekan lututnya ke leher George Floyd dalam tempoh yang lama hingga mengakibatkan kematiannya.
Kematian George Floyd telah mengakibatkan kemarahan kaum kulit hitam Amerika Syarikat yang selama ini memperjuangkan hak mereka yang ditindas dan diperlakukan sesuka hati oleh pihak polis di Amerika Syarikat terutamanya oleh kaum kulit putih.
Lebih mengeruhkan keadaan, setelah beberapa hari kematian George Floyd, tiada satu pun tindakan diambil ke atas anggota polis tersebut melainkan buang kerja. Namun setelah kebangkitan berlaku di seluruh pelusuk Amerika, barulah pihak berkuasa menahan Darek Chauvin diatas pertuduhan membunuh kelas ketiga.
Penahanan dan pertuduhan jenayah tersebut tidak memuaskan hati ramai pihak, maka tunjuk perasaan dan rusuhan menjadi lebih buruk hingga terpaksa ditenangkan oleh keluarga George Floyd. Akhirnya saat penulisan ini, baki anggota polis yang terbabit ditahan dan menghadapi tuduhan jenayah bersubahat dan pertuduhan ke atas Derek Chauvin diubah kepada membunuh kelas kedua.
Amerika Syarikat Tidak Layak Bercakap Soal Keadilan dan Demokrasi.
Selama ini dunia termasuk Malaysia dihidangkan dengan gambaran bahawa Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang memperjuangkan kebebasan, keadilan dan penuh skala demokrasinya.
Jentera propaganda Amerika Syarikat seperti industri hiburan, akhbar berpengaruh dan kempen-kempennya menggambarkan bahawa Amerika Syarikat adalah peneraju kepada demokrasi dunia.
Sejak perang dunia pertama, kempen-kempen dan propaganda tersebut telah mula memperdaya dunia dan umat manusia. Demokrasi ciptaan Amerika Syarikat digambarkan sebagai pembawa kemajuan, keadilan dan kemakmuran dunia. Suntikan propaganda dan kempen Amerika Syarikat telah berjaya memperdaya dunia sehingga ke hari ini.
Maka majoriti negara di dunia telah mengikut jejak langkah dan saranan Amerika Syarikat untuk berubah selaras dengan peredaran zaman. Dunia Islam ketika itu turut terpedaya dengan tipudaya licik Amerika Syarikat. Namun akhirnya jelas hari ini, demokrasi tajaan Amerika Syarikat hanyalah untuk mengaburi niat sebenar mereka iaitu untuk menguasai dunia.
Dunia makin sedar saat ini bahawa tujuan Amerika Syarikat menjaja demokrasi ke serata dunia adalah untuk mendominasi dunia. Tidak dinafikan jika diteliti, terdapat banyak aspek dalam demokrasi membawa kebaikan kepada dunia dan umat manusia namun tujuan asalnya buat Amerika Syarikat sangat berbeza dengan konsep hakiki demokrasi.
Berakhirnya perang dunia kedua menyaksikan demokrasi mula menyelaputi ke seluruh isi dunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) ditubuhkan selepas itu disampaing beberapa agensi utama dunia seperti WTO, Bank Dunia, WHO dan IMF, semuanya untuk menjadikan keadilan dan demokrasi teras keamanan dan keadilan dunia.
Namun disebalik semua itu, kesemua badan dan agensi berkenaan dikawal oleh Amerika Syarikat dan sekutunya seperti British untuk meletakkan dunia dibawah telunjuk dan kekuasaan mereka. Seperti yang kita lihat saat ini, agenda asal keamanan dan keadilan dunia tidak berjaya dikotakan. Badan dan agensi-agensi tersebut digunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan Amerika Syarikat dan sekutunya.
Dunia hari ini telah menjadi medan pertembungan untuk memperluaskan pengaruh dan kekuasaan. Yang lemah dan miskin akan dijajah, yang kuat dan kaya akan terus menindas dan menguasai dunia. Walau dikecam dan dijauhi, Amerika Syarikat masih lagi dijulang oleh majoriti negara dunia sebagai ketua mahupun peneraju kepada demokrasi dunia.
Apa yang berlaku ke atas George Floyd baru-baru ini telah membuka pekung yang selama ini cuba disembunyikan oleh Amerika Syarikat kepada dunia sejak sekian lama. Amerika Syarikat sebenarnya bukan juara demokrasi dunia tetapi adalah perosak kepada demokrasi dunia. Keadilan dan kebebasan yang diperjuangan hanya tipudaya untuk mengaburi sikap sebenarnya dimata dunia.
George Floyd bukanlah kisah pertama ketidakadilan dan rasis perkauman yang berlaku di Amerika Syarikat. Februari 2020 sebelum George Floyd terbunuh, Ahmad Aubery telah ditembak oleh kaum kulit putih ketika beriadah di kawasan kejiranannya. Mac 2020, Breonna Taylor, juruteknik wad kecemasan telah ditembak berulang kali setelah pihak polis merempuh masuk rumahnya dengan alasan yang cukup tidak kukuh.
Bukan itu sahaja, terdapat banyak kejadian sebegini yang menyasarkan kaum minoriti terutamanya kaum kulit hitam sebagai mangsa oleh kaum kulit putih di Amerika Syarikat termasuklah orang Islam. Selepas kebangkitan kaum minoriti terutamanya kaum kulit hitam ketika era Martin Luther King Jr. pada tahun 1960an, telah banyak berlaku “ civil discourse “ untuk merapatkan jurang antara kaum di Amerika Syarikat.
Harapan tinggi diletakkan ketika itu untuk memulihkan kembali keyakinan dan kepercayaan antara kaum terutamanya kepercayaan dan keyakinan kaum kulit putih terhadap kaum lain. Hakikatnya dari saat tersebut hingga ke hari ini, hanya terdapat sedikit sahaja perubahan yang berlaku sebenarnya. Ketenangan yang dipaparkan selama ini hanyalah bersifat sementara dan memendam perasaan.
Pasca peristiwa 9/11 menyaksikan orang Islam menjadi sasaran di Amerika Syarikat. Malah baru-baru ini umat Islam dari beberapa negara Islam telah disekat dan dihalang untuk menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat akibat sikap perkauman dan prejudis pentadbiran Donald Trump terhadap umat Islam.
Saat menularnya wabak pendemik Covid-19 menyaksikan orang Asia terutamanya kaum Cina menjadi sasaran di Amerika Syarikat. Kaum pribumi di Amerika Syarikat iaitu kaum Red Indian pula telah sekian lama menjadi sasaran, dimanipulasi dan dirampas tanah-tanah mereka untuk kepentingan pihak tertentu.
Namun yang menjadi sasaran utama ialah kaum kulit hitam, yang sebenarnya telah bermula sejak sekian lama iaitu di zaman perhambaan pada kurun ke 16 dan 17 dahulu. Walaupun pelbagai undang-undang telah dibuat untuk menghilangkan kesan perkauman antara kaum kulit putih dan kulit hitam, ianya tetap berlaku sehingga ke hari ini.
Era moden ini, kaum kulit hitam bersolidariti disebalik pertubuhan Black Lives Matters yang memperjuangkan nasib kaum kulit hitam. Nasib kaum kulit hitam dikatakan menjadi lebih buruk ketika Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat akibat polisi dan sikapnya yang memberikan kelebihan kepada kaum kulit putih dan menindas kaum kulit hitam.
Benar, Donald Trump boleh dikatakan seorang rasis dan menyokong white nationalist yang membenci bangsa, agama dan kaum lain. Tindakan dan polisi dalam negara Donald Trump banyak menaikkan kemarahan kaum kulit hitam yang dilihat menindas mereka.
Namun sebenarnya tidak kira siapa Presiden Amerika Syarikat, prejudis dan kebencian terhadap kaum kulit hitam malah kaum lain tidak pernah berubah.
Salah seorang yang bertanding untuk menjadi calon Presiden bagi parti Demokrat, Micheal Bloomberg dikiritik hebat kerana ketika menjadi Datuk Bandar New York dahulu, beliau memperkenalkan polisi “ stop and frisk “ untuk Polis New York yang menyasarkan kaum kulit hitam.
Seorang lagi calon, Senator Amy Klobuchar turut dikiritk hebat kerana ketika menjadi pendakwaraya di Minnesota dahulu, beliau dikatakan mendakwa beberapa orang kulit hitam dalam kes kendaliannya tanpa bukti dan alasan yang kukuh.
Jika dilihat dari beberapa statistik atau dapatan yang diperolehi di Amerika Syarikat, jelas kaum kulit hitam senantiasa menjadi mangsa akibat sikap perkauman dan prejudis kaum kulit putih di Amerika Syarikat. Teratas dalam dapatan umum di Amerika Syarikat ialah prejudis oleh pihak berkuasa terutamanya pihak polis terhadap kaum kulit hitam dengan hanya 14 peratus kaum kulit hitam benar – benar yakin dengan pihak polis.
Di penjara Amerika Syarikat, hampir 40 peratus penghuninya adalah kaum kulit hitam walaupun mereka hanya mewakili 13 peratus daripada rakyat Amerika Syarikat. Kadar pengganguran dikalangan kaum kulit hitam adalah tertinggi dikalangan semua kaum iaitu sebanyak 7.7 peratus. Kadar pendapatan perkapita bagi setiap isi rumah kaum kulit hitam adalah terendah di Amerika Syarikat iaitu sebanyak USD 40,100.
Daripada jumlah tenaga kerja di Amerika Syarikat, hanya 12 peratus sahaja dari jumlah tenaga kerja di Amerika Syarikat terdiri daripada kaum kulit hitam dan hanya 34 peratus kaum kulit hitam yang mempunyai simpanan persaraan, yang terendah berbanding kaum – kaum lain.
Dari sudut politik dan pentadbiran negara pula, daripada 100 kerusi Dewan Senat Amerika Syarikat, hanya dua daripadanya diwakili oleh kaum kulit hitam iaitu Senator Cory Booker dan Senator Kamala Harris. Daripada 435 kerusi di Dewan Kongres, hanya 44 sahaja yang diwakili oleh kaum kulit hitam seperti Maxine Waters dan Ayanna Pressley
Semua ini menunjukkan bahawa kaum kulit hitam cukup terpinggir, ketinggalan dan teraniaya di Amerika Syarikat dalam pelbagai sudut baik politik, ekonomi, pentadbiran, pekerjaan dan pelbagai sektor lagi. Tidak hairanlah jika mereka ini bangkit menentang ketidakadilan yang berlaku kerana sudah cukup lama terkesan dan terseksa.
Jelasnya, penindasan terhadap kaum kulit hitam oleh kaum kulit putih bukan hanya terdiri daripada beberapa aspek, malah ia boleh dikatakan hampir meliputi kesemua aspek kehidupan baik dari sudut “ social justice”, ekonomi, kehidupan mahupun kepercayaan. Hakikatnya, bukan sahaja kaum kulit hitam malah kaum-kaum lain juga turut menempuhi nasib yang sama di Amerika Syarikat termasuk orang Islam.
Namun peristiwa kebangkitan rakyat Amerika Syarikat akibat pembunuhan George Floyd kali ini menyaksikan sedikit kelainan kerana bukan sahaja kaum kulit hitam dan lain-lain kaum minoriti bangkit menyuarakan bantahan, malah ramai kaum kulit putih juga turut membantah, berarak dan menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perlakuan sedemikian.
Adakah dengan peristiwa ini situasi perkauman di Amerika Syarikat akan berubah dan menjadi lebih baik ? Adakah dengan peristiwa ini juga polisi antarabangsa Amerika Syarikat juga akan berubah ?
Adakah dengan peristiwa ini juga akan menyaksikan berlakunya peralihan kuasa selepas pilihanraya Presiden Amerika Syarikat yang akan menyaksikan Amerika Syarikat akan berubah selepas itu ?
Jawapan yang pastinya mungkin tidak sama sekali malah cukup mustahil untuk Amerika Syarikat berubah. Hakikat sebenarnya, Amerika Syarikat tidak layak menjadi peneraju demokrasi dunia akibat sikapnya bukan hanya di dunia malah terhadap rakyatnya sendiri.
Acuan demokrasi Amerika Syarikat wajar ditinggalkan malah tidak salah untuk mencorak demokrasi sendiri yang benar-benar berpaksikan keadilan, keamanan dan kebebasan.
Namun sebagai umat Islam, panduan atau hukum yang terbaik adalah dari Allah SWT. Ia diciptakan bukan sahaja untuk keberkatan, keadilan dan kesaksamaan kepada umat manusia di dunia malah juga diakhirat. Jadikan panduan daripada Allah SWT sebagai pedoman dan rujukan, nescaya umat manusia tidak akan sesat dan ketinggalan.
Sejarah pernah membuktikan Islam menerajui dunia dan tiada manusia yang dizalimi, ditindas dan ketinggalan. Bukan itu sahaja malah ia mampu mencapai kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan yang meliputi seluruh umat manusia samada umat Islam mahupun bukan Islam. Semoga Islam bangkit demi kesejahteraan umat manusia dan kesepakatan Dunia Islam.
Islam Memimpin Perpaduan.

Pasar terbuka, malam, pagi dan Bazaria di WP dibenar beroperasi

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO Bernama.
Sikit Tazkirah Ekonomi:
PASAR terbuka, pagi, malam dan Bazaria di Wilayah Persekutuan (WP) akan dibenarkan beroperasi mulai 15 Jun, dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, waktu operasi yang dibenarkan bagi pasar pagi dan terbuka adalah dari 6 hingga 11 pagi; manakala pasar malam dari 4 petang hingga 10 malam.
Sementara, Bazaria dibenarkan beroperasi dari 5 petang hingga 11 malam.





"Mesyuarat hari ini kita mendengar pembentangan daripada Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai cadangan permohonan pembukaan semula pasar terbuka, pagi, malam, serta Bazaria dan kita bersetuju dengan SOP yang dibentangkan.
"Antara SOP yang dipersetujui adalah kedudukan gerai ditetapkan antara 1.5 hingga dua meter dan lokasi kawasan perlu terbuka dan berpagar bagi mengawal laluan keluar masuk sehala.
"Pemeriksaan suhu badan akan dilakukan di laluan masuk dan pengunjung perlu menggunakan pensanitasi tangan selain digalakkan memakai pelitup muka.
"Bagaimanapun, peniaga tidak boleh menyediakan meja atau tempat makan, dan pelanggan hanya boleh membawa pulang makanan dibeli," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.
Ismail Sabri berkata, peniaga juga perlu memakai sarung tangan dan pelitup mulut.
Menurutnya, peniaga yang akan memulakan perniagaan boleh melihat SOP ini menerusi laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan DBKL.
Menurutnya, SOP ini boleh diguna pakai oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk pasar di seluruh Malaysia. "Tindakan penutupan serta-merta akan dilakukan sekiranya gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.
"Peniaga dan pengunjung juga diwajibkan untuk menggunakan aplikasi MySejahtera," katanya.

Saturday, June 06, 2020

Tun M+Anwar Lwn Muhyiddin/Najib -DAP.


Tun M, Anwar perlu bekerjasama lawan Muhyiddin dan Najib: DAP
Tun M, Anwar perlu bekerjasama lawan Muhyiddin dan Najib -DAP 

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bekerjasama melawan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong berkata, sekiranya kedua-dua pemimpin itu tidak bekerjasama, jumlah kerusi dimiliki Pakatan Harapan dan sekutunya (PH Plus) akan berpecah. 

Menurutnya, selain Dr Mahathir dan Anwar, Parti Warisan Sabah (Warisan) yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut memainkan peranan penting dalam gabungan tersebut. 

“Pakatan Harapan (PH) mempunyai 91 kerusi selepas pembelotan Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat Jugah Muyang. Bersama kumpulan Bersatu yang menyokong Dr Mahathir dan dua ahli Parlimen Bebas pro-Mahathir, PH Plus kini memegang 109 kerusi.
“Apa lebih penting, mengelakkan perpecahan dan menstabilkan 109 kerusi itu. Tidak kira sama ada Dr Mahathir atau Anwar yang akan menjadi calon Perdana Menteri,” katanya menerusi laman sesawang liewchintong.com, hari ini. 

Menurut bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu, kedudukan Muhyiddin akan terancam sekiranya PH Plus yang terdiri daripada tiga komponen iaitu PH, Warisan dan kumpulan Dr Mahathir berjaya mempertahankan jumlah kerusi tersebut. 

Ujarnya, DAP memahami kepentingan penyatuan kekuatan antara Dr Mahathir dan Anwar. “Kita mesti bersedia untuk pilihan raya umum (PRU). Sekiranya kita sudah bersiap sedia, kita mungkin dapat menangkisnya kerana pihak lawan juga takut kalah PRU. DAP mesti mengelak daripada dijadikan ‘bogeyman’ oleh pihak lawan yang mahu meningkatkan ketegangan kaum. 
“Bagi mengelakkan lawan kita memanipulasi sentimen perkauman untuk berkuasa, DAP perlu melakukan lebih banyak lagi dengan berada di barisan hadapan bagi memimpin dalam mempromosikan perpaduan nasional,” katanya. - sinarharian 
Posted by tungkaran hati.blogspot at 6:18 PM

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sanggup dua-dua pemimpin jadi barua DAP? Itulah PH..

PN Menang Lagi! AP B/Gantang Pula.. PH Tunggu Ajal?


Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (kanan) menyerahkan borang permohonan keahlian PPBM kepada Muhyiddin Yassin sambil disaksikan Hamzah Zainudin (kiri).
(Gambar Facebook)
Ahli Parlimen Bukit Gantang serah borang sertai PPBM

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menyerahkan borang menyertai PPBM kepada Presiden parti itu, Muhyiddin Yassin hari ini.

“Ya, beliau menyerahkan borang masuk PPBM pagi tadi,” kata wakil PPBM yang turut hadir ketika penyerahan borang itu, kepada FMT.

Hadir sama Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Redzuan Md Yusof.

Keputusan Syed Abu Hussin menyertai PPBM memperkukuhkan lagi kedudukan Muhyiddin menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Akhir Februari lalu ketika krisis politik tercetus yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan, Syed Abu Hussin menafikan dirinya menyokong pencalonan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri baru seperti dalam senarai 114 ahli Parlimen yang didedahkan PH.

Beliau sebaliknya menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri ke-8.

Pada Pilihan Raya Umum lalu, Syed Abu Hussin memenangi kerusi Bukit Gantang atas tiket BN, menewaskan calon PH dan PAS sebelum mengumumkan dirinya menjadi wakil rakyat bebas pada Jun 2018.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH tunggu ajal?

PRK Chini. Belum Lawan PH Sudah Kalah.


Nasib baik ada alasan covid-19, PH tak bertanding di Chini


PKR mengumumkan bahawa parti itu tidak akan meletakkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) di dewan undangan negeri Chini.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memberitahu Malaysiakini bahawa ia juga bermakna Pakatan Harapan (PH) tidak akan meletakkan calon.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, partinya membuat keputusan itu dibuat selepas mengambil kira masalah Covid-19 yang masih belum ditangani sepenuhnya dalam negara.

"Pada masa yang sama, dalam konteks kebiasaan baharu, prosedur operasi standard (SOP) sedang dirangka berhubung perjalanan pilihan raya, namun aspek keselamatan dan kesihatan para pengundi pada ketika ini masih menjadi satu kerisauan.
"PKR berpandangan SOP yang bakal dikeluarkan akan mendatangkan kesan kepada cara berkempen dan gerak kerja di lapangan.
"Contohnya, larangan lebih dari 20 orang berhimpun untuk ceramah umum perlu diteliti, dan kita juga belum diberitahu prosedur untuk kempen rumah ke rumah, pondok panas serta perkara-perkara lain yang amat penting dan menjadi kelaziman dalam konteks persiapan gerak kerja pilihan raya," katanya dalam kenyataan media hari ini.

PRK Chini di Pahang akan menjadi yang pertama diadakan ketika negara menghadapi pandemik Covid-19.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Veteran Umno, Mustapha Yaakub menyarankan agar Pakatan Harapan (PH), gabungan yang dianggotai PKR, tidak meletakkan calon.
Mustapha berkata ini kerana PH tidak mampu untuk menandingi kekuatan gabungan BN dan PAS, selain Chini telah sekian lama menjadi kubu kuat BN.
PAS pula sebelum ini telah mengumumkan tidak akan meletakkan calon di PRK itu dan akan menyokong calon Perikatan Nasional (BN), gabungan baru yang dianggotai BN.
Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad sebelum ini mencadangkan PH bertanding demi "mempertahakan prinsip".
Menurut Khalid, adalah menjadi tanggungjawab PH membawa mesej kepada rakyat untuk mewujudkan pentadbiran bersih dan bebas rasuah menerusi setiap pilihan raya termasuk PRK Chini.
Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini telah menetapkan tarikh hari penamaan calon pada 20 Jun dan pengundian awal diadakan 30 Jun, manakala hari mengundi pada 4 Julai.
Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun sebelum ini berkata pihaknya sedang menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi melaksanakan PRK Chini dalam melindungi kesihatan dan keselamatan semua pihak termasuk pengundi.
PRK Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas.
Pada PRU14 DUN Chini, Abu Bakar yang mewakili BN menang dengan majoriti 4,622 selepas mendapat 10,027 undi atau 47.2 daripada jumlah keseluruhan undi.
Kerusi DUN itu mempunyai 21,251 pengundi terletak di bawah parlimen Pekan yang disandang oleh bekas perdana menteri Najib Razak.
MR (Mindarakyat):  Kalau bertanding pun nak kempen isu apa? Manifesto baharu ke? 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH kalah lagi kerana 'PKR mengumumkan bahawa parti itu tidak akan meletakkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) di dewan undangan negeri Chini.' Mengapa tak letak calon DAP barua dari Melayu? Puak penakut juga rupanya.. tanda PH sudah dekat ajal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails