HALAMAN HIBURAN
'Dialog Rakyat' melaporkan:
"Sungguh mengejutkan. Konsert K-Pop yang bertajuk "Let’s Fly! with B1A4 & Acer" yang diadakan di Kulala Lumpur malam tadi telah menyaksikan beberapa insiden dimana gadis-gadis Melayu yang rata-ratanya bertudung telah naik ke pentas dan dicabul oleh anggota-angota K-Pop.
Anehnya, gadis-gadis Melayu tersebut seperti membiar dan merelakan diri mereka dicabul dan dipeluk setra diperlakukan dengan perbuatan tidak senonoh tersebut di depan khalayak ramai. Bukan seorang tetapi jika ditonton di dalam video berkenaan terdapat beberapa gadis Melayu bertudung melakukan perbuatan sumbang tersebut.
Apakah ini kesan peng'koreaan' oleh kerajaan UMNO BN dan media-media yang begitu menonjolkan artis K-Pop di Malaysia?
Apa kata Majlis Agama islam? Dan apa pula kata ngo-ngo Islam seperti PEKIDA dan ISMA? Anda suka?"
Demikian Dialog Rakyat.
Kalau nak tahu, itulah didikan dan tarbiah yang dihasilkan oleh UMNO. Mereka perlu melonggarkan pegangan hidup rakyat kepada agama, supaya UMNO yang tidak Islamik boleh bertapak kukuh dalam jiwa rakyat. Disitulah kekuatan politik mereka.
Jadi tidak hairan, bila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pura-pura menyindir gadis-gadis yang meminati artis K-Pop yang mereka sogokkan, agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding berkulit putih pucat, kurus dan 'cantik'.
Dengan mengambil rujukan video beberapa gadis negara ini yang bercumbuan di atas pentas bersama artis K-Pop dari Korea Selatan, B1A4 semasa sesi perjumpaan bersama peminat di KL Live pada Sabtu yang sedang viral di media sosial, Khairy di dalam tweetnya menyifatkan artis berkenaan bukanlah ciri lelaki sejati. Itu saja.
Rupanya, mereka dayus melihat gadis-gadis Melayu Islam dan maruah agama dicabul!
Ini videonya..
Lihat..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis






