Monday, January 12, 2015

Siapa Dayus? Gadis Melayu Bertudung Dicabul Artis K-Pop Korea.


HALAMAN HIBURAN
'Dialog Rakyat' melaporkan: 

"Sungguh mengejutkan. Konsert K-Pop yang bertajuk "Let’s Fly! with B1A4 & Acer" yang diadakan di Kulala Lumpur malam tadi telah menyaksikan beberapa insiden dimana gadis-gadis Melayu yang rata-ratanya bertudung telah naik ke pentas dan dicabul oleh anggota-angota K-Pop.

Anehnya, gadis-gadis Melayu tersebut seperti membiar dan merelakan diri mereka dicabul dan dipeluk setra diperlakukan dengan perbuatan tidak senonoh tersebut di depan khalayak ramai. Bukan seorang tetapi jika ditonton di dalam video berkenaan terdapat beberapa gadis Melayu bertudung melakukan perbuatan sumbang tersebut.

Apakah ini kesan peng'koreaan' oleh kerajaan UMNO BN dan media-media yang begitu menonjolkan artis K-Pop di Malaysia?

Apa kata Majlis Agama islam? Dan apa pula kata ngo-ngo Islam seperti PEKIDA dan ISMA? Anda suka?"


Demikian Dialog Rakyat.

Kalau nak tahu, itulah didikan dan tarbiah yang dihasilkan oleh UMNO.  Mereka perlu melonggarkan pegangan hidup rakyat kepada agama, supaya UMNO yang tidak Islamik boleh bertapak kukuh dalam jiwa rakyat. Disitulah kekuatan politik mereka. 

Jadi tidak hairan, bila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pura-pura menyindir gadis-gadis yang meminati artis K-Pop yang mereka sogokkan, agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding berkulit putih pucat, kurus dan 'cantik'.

Dengan mengambil rujukan video beberapa gadis negara ini yang bercumbuan di atas pentas bersama artis K-Pop dari Korea Selatan, B1A4 semasa sesi perjumpaan bersama peminat di KL Live pada Sabtu yang sedang viral di media sosial, Khairy di dalam tweetnya menyifatkan artis berkenaan bukanlah ciri lelaki sejati. Itu saja.

Rupanya, mereka dayus melihat gadis-gadis Melayu Islam dan maruah agama dicabul!
Ini videonya..
(IH)
Lihat..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Sunday, January 11, 2015

P'cis: Tiada Berita Muslim Diserang 15 kali Dalam 3 Hari Ini..

Setelah Charlie Hebdo, muslim diserang 15 kali dalam tiga hari Peta menunjukkan kekerasan terhadap Muslim di Perancis selepas peristiwa pembunuhan di pejabat Tabloid Charlie. tellmamauk.org

Paris: Sebuah organisasi khusus mengukur dan mengira kekerasan yang dilakukan pada Muslim, tellmamauk.org, menyiarkan sejak kes pembunuhan ke pejabat tabloid satir Perancis Charlie Hebdo, ternyata umat Islam mendapat balasan serangan sebanyak 15 kali.


Malangnya hal ini tak diungkap media. Mereka diam ketika aksi kekerasan terjadi pada Muslim namun melaungkan kuat-kuat kepada rakyat ketika umat Islam dituduh sebagai pelaku keganasan.  


"Penyerangan pada muslim membuktikan mereka juga diganasi," ujar kicauan redaksi Tell MAMA UK di akaun rangkaian sosial TwitterTellMAMAUK.

Penyerangan itu termasuk pembakaran masjid, penembakan pada warga Muslim, vandalisme (menulis kata-kata tak senonoh di masjid), serangan beramai-ramai pada seorang remaja Muslim, serta menaruh kepala babi di sebuah musala.

Menurut beberapa pengguna Twitter amat wajar serangan balasan itu sebab Muslim memulakan genderang perang lebih dulu. Namun pengguna lain tak sependapat. Akaun Twitter milikAndrewTJ menyebutkan serangan saling berbalas ini harus ada yang menghentikan.  


"Jika anda membalas serangan pengganas itu pada umat muslim, bermakna anda juga pengganas," dia menulis. 

Komen weblog Ibnu Hasyim: Yang penting kedamaian akan diperolehi bila penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW dan agama Islam atau mana-mana agama, dapat dihentikan. (IH)

Lihat sebelum ini..

Sokong Hina Nabi, Jangan Sampai Madonna Pun Dibom..

Solidaritas ke Charlie Hebdo sambil promo album, Madonna dikecam
Sokong Charlie Hebdo sambil promosi album, Madonna dikecam.
Madonna tampil Enerjik. REUTERS 


HALAMAN HIBURAN
PARIS: Dunia tengah berduka sebab pembunuhan ahli redaksi tabloid satir Perancis Charlie Hebdo. Namun ada saja yang memanfaatkan keadaan berkabung itu. Salah satunya diva pop dunia, Madonna.

Stesen televisyen Al Arabiya melaporkan, Ahad (11/1), wanita bernama lengkap Madonna Louise Ciccone ini memuatkan gambar sokongan bagi Charlie Hebdo di jejaring sosial Twitter miliknya. Namun foto dengan tulisan 'Je Suis Charlie' disertakan tanda pagar #RebelHearts, judul album barunya.

Madonna nampak agresif mempromsi album itu hingga tidak sedar kesalahan dia walaupun tak satu pun pihak pengurusan beliau mengingatkannya.  


"Tolong jangan menaruh promosimu di mesej sokongan," tulis seorang pengguna Twitter.

Bahkan seorang penggemarnya sudah menyukai Madonna sejak 1984 jadi kesal dengan kelakuan si diva ini dan bersumpah tak akan membeli album barunya. 


Ada yang mengingatkan, "Jangan menyokong penghina Nabi dan agama orang lain, nanti kau sendiri akan dibom!" (IH)

Lihat sebelum ini..

Pembela Penumpas Penghina Nabi Ini Pernah Berkunjung Ke M'sia.


Pasangan Boumeddiene (kanan) dan Clulibaly dikatakan pernah berkunjung ke Malaysia.

KL: Pasangan Hayat Boumeddiene (kanan) dan Clulibaly yang membela penyerang hina Nabi Muhammad SAW dilaporkan oleh media asing, pernah berkunjung ke Malaysia. 

Laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan tarikh lawatan mereka ke negara ini, tetapi memetik sumber yang memaklumkan kedua-duanya pernah bercuti di negara ini. 

Coulibaly, 32 dan Boumeddiene, 26 menetap di kawasan Bagneux dan disifatkan jiran mereka sebagai pasangan yang warak. Pasangan yang dikatakan pendiam dan dihormati ramai itu bagaimanapun menghilangkan diri daripada kediaman mereka sebulan lalu, tambah laporan itu. 

Pasangan suami isteri ini berkahwin secara legal di Perancis. Selepas berkahwin dengan Coulibaly, Boumeddiene tidak pernah sekalipun kelihatan tanpa hijabnya. Ia menjadi jihadis sejak itu. Sebelum jadi jihadis dan mengenakan hijab, Boumeddiene bekerja sebagai juruwang dengan gaji minimum di pinggir Bandar Juvisy, Paris pada 2009.  

Sebelum ini, pemeriksaan polis di kediaman Coulibaly menemui peluru, senjata dan gambar lelaki itu ketika bercuti di Malaysia termasuk dokumen palsu. Coulibaly ditembak mati selepas menyerang pasar raya di timur laut Paris pada Jumaat. Dia menuntut pembebasan dua bersaudara, Cheris, 32 dan Said Kouachi, 34 yang terbabit menyerang pejabat akhbar Charlie Hebdo dan membunuh 12 orang pada Rabu. 

Bagaimanapun, kedua-duanya ditembak mati di Dammartin-en-Goele. Setakat ini, Boumeddiene dipercayai masih bebas selepas keluar dari pasar raya dan kini menjadi dianggap 'penjenayah' wanita paling dikehendaki di Perancis kerana kegiatannya cuba membela penumpas penghina Nabi, dikatakan bersenjata dan berbahaya. (IH)

Lihat sebelum ini..

Suspek 'keganasan' di Paris Berjaya Lolos. Siapa Dia Dulunya Berbikini?

Anggota ISIS ikut sandera toko Yahudi dulunya gemar pakai bikini
Gambar pasangan penawan tebusan Perancis ini dulunya, sekarang anggota ISIS yang berhijab.

Paris: Hayat Boumeddiene adalah satu-satunya suspek yang disebut 'keganasan' di Paris, Perancis, telah berjaya lolos dan menghilangkan diri setelah penyerbuan polis malam tadi. Siapa sangka, ahli ISIS cawangan Eropah ini dulunya wanita sekular.

Dalam foto yang kini beredar, dia memeluk seorang lelaki dan memakai bikini. Inilah wanita yang paling dicari di seluruh Negeri Menara Eiffel itu. Selain tebusan kedai layan diri Yahudi, Boumeddiene dijangka terlibat dalam pembunuhan polis wanita dua hari sebelumnya bersamaan dengan serangan Tabloid Charlie Hebdo.

Suaminya, Amedy Coulibaly, adalah pendatang Senegal yang terlibat rangkaian ISIS. Dia pernah dipenjara pada 2007 kerana terlibat rangkaian teroris. Coulibaly mati ditembak selepas kes tebusan semalam. Dalam keadaan kacau penyerbuan polis itu, wanita keturunan Tunisia ini berjaya menghilang. 
 

"Boumeddiene berjaya lari kerana dia jadi salah satu tebusan, jadi polis bercelaru." ujar salah satu polis setempat seperti yang lapor dari Daily Mail, Sabtu (10/1).

Pasangan suami isteri ini berkahwin secara legal di Perancis. Selepas berkahwin dengan Coulibaly, Boumeddiene tidak pernah sekalipun kelihatan tanpa hijabnya. Ia menjadi jihadis sejak itu. Sebelum jadi jihadis dan mengenakan hijab, Boumeddiene bekerja sebagai juruwang dengan gaji minimum di pinggir Bandar Juvisy, Paris pada 2009.

Seperti diberitakan sebelumnya, dua bersaudara Cherif Kouachi dan Said Kouachi yang menyerang pejabat Charlie Hebdo, akhirnya tewas. Dua pelaku keturunan Algeria dan pernah dilatih Al Qaeda Yaman ini menembak polis, lalu dibalas balik.

Dalam waktu bersamaan, usaha penawanan dua orang tebusan satu pasar raya milik Yahudi juga berjaya diakhiri, walaupun orang awam ikut tewas dan terkorban. Insiden ini lebih berkaitan dengan Negara Islam Iraq dan Syam (ISIS). Total lima orang terbunuh, termasuk pelaku bernama Amedy Coulibaly.

Polis Perancis belum menyimpulkan dua insiden tebusan itu berkaitan kerana latar organisasi para militan berbeza. Tapi kepada perunding sebelum diserbu, Coulibaly menuntut Kouachi bersaudara dilepas hidup-hidup. (IH)
 


Lihat sebelum ini..

Hina Islam: Pengasas Web Free Saudi Liberals DiSebat.



JEDDAH: Seorang penulis blog Arab Saudi disebat 50 kali di hadapan orang ramai di sini sebagai sebahagian daripada hukuman kerana menghina agama Islam dalam forum internet kendaliannya, lapor MailOnline kelmarin.

Raif Badawi (gambar) yang merupakan pengasas bersama laman web Free Saudi Liberals ditangkap pada 2012 dan dikenakan hukuman sebat 1,000 kali selain dipenjara 10 tahun kerana menghina Islam.

Dia juga dikenakan denda sebanyak 1 juta riyal (RM948,430 juta) kerana kesalahan tersebut.
Badawi dilihat hanya berdiam diri ketika dia disebat pada bahagian punggung di pekara­ ngan sebuah masjid di sini baru-baru ini.

Dalam perkemba­ngan berkaitan, pertubuhan hak asasi Amnesty International (AI) menyatakan, dia menjalani hukuman itu dengan tangannya dirantai selepas tiba di pekarangan masjid berkenaan dengan menaiki sebuah bas.

“Hukuman tersebut berlangsung sekitar 15 minit. Selepas itu, dia dibawa ke dalam bas dan meninggalkan lokasi tersebut,” kata AI dalam satu kenyataan.

Baki hukuman sebat terhadapnya akan dilaksanakan dalam tempoh 50 minggu, tambah kenyataan sama. Menurut laman web mengenai hukuman sebatan, Corpun.com, cemeti, tali kulit atau rotan panjang boleh digunakan untuk menyebat pesalah di sini. – Agensi

E-Buku IH-98: Kisahku Di Negara Thai.

E-Buku IH-98: Kisahku Di Negara Thai.

Bab I

Bab 2
 Bab 3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails