Saturday, July 01, 2023

DAP memalukan, tolak samseng perintah M'sia.

 


Campur tangan dan guna kuasa Menteri DAP memalukan

SALAH satu prinsip Rukun Negara adalah ‘Keluhuran Perlembagaan’ dan ‘Kedaulatan Undang-undang’ yang memberi makna rakyat Malaysia perlu taat, mematuhi dan menjunjung setiap peraturan dan undang-undang negara, termasuklah undang-undang dan peraturan negeri dan pihak berkuasa yang dibuat berdasarkan kuasa yang diberi Perlembagaan Persekutuan dan Negeri.

Rakyat Malaysia pelbagai kaum selama ini hidup aman dan damai, kerana setiap undang-undang dan peraturan dalam negeri dan negara dihormati dan dipatuhi rakyat. Yang melanggar akan dikenakan tindakan dan didakwa, itu satu norma yang diterima dan tidak pernah dipertikaikan.

Dalam satu insiden seorang peniaga wanita didenda oleh pihak penguatkuasa MPKB-BI baru-baru ini kerana berpakaian tidak sopan bertentangan dengan Seksyen 34(2)(b) Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKB-BRI) 2019. Cukup mengecewakan apabila isu ini dipolitikkan pihak DAP.

Difahamkan ayah angkat wanita berkenaan telah hadir secara sukarela ke Pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-BI) bersama Pengerusi Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan, untuk berunding dan akhirnya bersetuju membayar kompaun RM50 atas kesalahan berkenaan.

Selesailah kes, bermakna prinsip Rukun Negara dipatuhi rakyat Kelantan. Malangnya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerajaan PH-BN, Nga Kor Meng dari DAP telah mengutuk tindakan membayar kompaun itu.

Beliau mendakwa telah mengarahkan Yang Dipertua MPKB-BI untuk membatalkan kompaun berkenaan, malah DAP dilaporkan menyediakan peguam untuk mencabar kompaun itu di mahkamah.

Beginikah patutnya reaksi dan sikap seorang Menteri yang mewakili negara dan rakyat Malaysia?

Pimpinan negara sepatutnya mengajak rakyat mematuhi dan menghormati undang-undang selaras dengan prinsip Rukun Negara. Semua jenis dan bentuk undang-undang yang terpakai dalam negara diluluskan mengikut punca kuasa yang diberikan undang-undang induk negara atau negeri iaitu Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri.

Menggunakan kedudukan untuk mengarahkan dibatalkan satu-satu kompaun yang dikeluarkan kerana kepentingan politik adalah tindakan salah-guna kuasa dan Menteri mesti dipertanggungjawabkan.

Malulah pada rakyat Kelantan tidak kira bangsa Melayu, Cina atau India yang mematuhi dan menghormati undang-undang. Malulah pada rakyat Malaysia. Menteri gagal dan memalukan. 

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha
PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 30/6/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP memalukan, tolak samseng perintah M'sia.

Mengapa dikatakan begitu? Lihat perkara-perkara berikut.

(i) Malaysia, ada ekonomi ‘black markets’ sebesar 21% KDNK, DAP punya hal? 


Ekonomi gelap sebesar 21 peratus KDNK Malaysia
KL: Ekonomi gelap juga disebut sebagai ‘black markets’ di mana kegiatan-kegiatannya sampai ke peringkat industri yang tidak berperaturan atau tidak menuruti undang-undang sesebuah negara.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, ia juga dikenali sebagai ‘shadow economic’, selain gelaran ‘underground’ tetapi berselindung di sebalik industri yang berdaftar.

“Pelaksanaannya menyalahgunakan ataupun memanipulasikan sehingga melibatkan kegiatan-kegiatan yang haram dan lari daripada untuk membayar cukai dan apa-apa komitmen yang sepatutnya diberikan kepada sesebuah kerajaan.

“Contoh kegiatan ekonomi gelap ini antaranya disebut sebagai industri maksiat atau industri dosa. Ia juga melibatkan kegiatan seumpama perjudian sama ada perjudian online ataupun perjudian secara fizikal. 

“Ia juga melibatkan kegiatan seperti pelacuran, pemerdagangan manusia, menyeludup barang-barang secara tidak sah. Sama ada barang yang boleh digunakan seperti makanan, rokok dan seumpamanya.

“Ataupun barang yang diharamkan seperti dadah, senjata api dan seumpamanya. Kegiatan ekonomi gelap juga melibatkan kongsi gelap dan gengsterism serta Ahlong dan lain-lain yang dapat kita fahami ianya adalah kegiatan yang tidak sah,” jelasnya.

Menurut beliau, saiz ataupun ‘volume’ dagangan ekonomi gelap di negara ini dianggarkan sekitar 21 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ataupun sekitar RM300-350 bilion setahun.

Tegas Dr Zuhdi, ia jumlah yang sangat besar di mana memberikan kemudaratan kepada negara sama ada kepada ekonomi ataupun kepada sosial masyarakat antaranya menyebabkan berlakunya amalan sogokan dan rasuah.

“Ia juga membunuh ekonomi putih yang dilaksanakan oleh pemain-pemain ekonomi mengikut peraturan. Ia menghilangkan kepercayaan pelabur-pelabur terhadap negara kita serta mengurangkan daya saing ekonomi negara.

“Juga menimbulkan penyakit-penyakit sosial sehingga menyebabkan negara terpaksa mengeluarkan kos yang tidak perlu bagi merawat penyakit-penyakit ini,” ujarnya berjanji mengupas siapakah pemain-pemain ekonomi gelap ini pada siri seterusnya.  -HARAKAHDAILY 26/6/2023


(ii) DAP menentang Islam secara terbuka, punca PAS tolak kerjasama May 12, 2023 -Agenda Daily

DAP secara terbuka mencabar Islam, merendahkan dan mempertikai hak istimewa Bumiputera dengan meminggirkan bahasa kebangsaan.

Demikian kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika menjelaskan punca partinya meninggalkan kerjasama dengan DAP sebelum ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata DAP juga menjaja Islamofobia dan menjadikan gelombang hijau sebagai ancaman kepada masyarakat bukan Islam.

“Banyak yang mempertikaikan kerjasama PAS dengan pihak lain, mengapa ia boleh berubah? Malah, PAS dianggap mengkhianati kerjasama kerana sepatutnya tetap tidak boleh diubah khususnya kerjasama bersama DAP yang telah dibatalkan.

“DAP secara terbuka menentang negara Islam dan mendesak supaya menetapkan sekularisme dalam Perlembagaan Persekutuan. Tindakan ini sekali gus menyalahtafsirkan kedudukan Islam dalam Perlembagaan kerana ia ditafsirkan mengikut bahasa penjajah.

“Kemudian, mereka berlagak kononnya mereka ditindas oleh sifat perkauman Melayu. Laksana mendapat betis mahukan paha, setelah mereka diberikan hak kebebasan beragama, berbahasa dan berbudaya yang tidak diberikan oleh negara lain selain daripada Malaysia.

“Mereka menjaja Islamofobia dan menjadikan kemajuan PAS dalam PRU-15 dengan jenama Gelombang Hijau yang menjadi ancaman kepada masyarakat bukan Islam. Tanpa mereka mempedulikan kejayaan PAS memerintah beberapa negeri dalam keadaan majoriti besar Melayu Islam hidup aman dan harmoni dalam masyarakat majmuk,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Menurutnya, al-Quran tidak mengizinkan kerjasama hingga berwala’ (kesetiaan) yang meninggalkan prinsip dan konsep asas perjuangan Islam.

Malah katanya pemimpin DAP terus menerus menentang pelaksanaan Islam di negara ini meskipun ia hanya untuk penganut Islam.

“Banyak kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin utamanya yang menentang pelaksanaan Islam, walaupun pelaksanaan Islam itu hanyalah bagi penganut Islam sahaja sebagaimana mengikut Perlembagaan Persekutuan, tanpa memaksa golongan bukan Islam.

“DAP terlebih dahulu bersikap proaktif apabila bertindak keluar daripada Barisan Aternatif kerana sifat anti-Islamnya yang ditunjukkan kepada PAS dan DAP juga terlebih dahulu bertindak mengeluarkan PAS daripada PR dengan alasan yang sama.

“DAP juga merancang untuk mendapatkan kuasa politik negara setelah kaumnya menguasai ekonomi supaya mereka dapat memerintah negara melalui pilihan raya dengan meletakkan calon-calon di kawasan Melayu dengan calon-calon Melayu yang berfahaman liberal, sekular, oportunis dan jahil agama. Bahkan, ada kalangan Melayu yang diumpan menjadi ketua kerajaan bonekanya,” katanya.

Menyentuh soal PKR dan Amanah, Abdul Hadi berkata dua parti itu lebih mengutamakan hubungan dengan DAP kerana menganggap strategi boleh membatalkan prinsip aqidah perjuangan, berpandukan kaedah matlamat menghalalkan cara sehingga bersedia menjadi syaitan bisu terhadap kemungkaran yang nyata serta menjadi jurucakap DAP terhadap orang Melayu Islam secara percuma.

Tambahnya, “PAS menolak PKR dan parti-parti liberal yang bekerjasama dengan DAP termasuk UMNO yang meninggalkan asas perjuangannya untuk membela agama, bangsa dan tanah air semata-mata kerana ingin mengejar jawatan, harta serta kepentingan diri.”

Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam. Menolak samseng-samseng biadap memerintah negara ini, melalui peti undi.. 

Berambuslah mereka, insya Allah!

13 comments:

Anonymous said...

Tahniah kerajaan Kelantan! Semakin kasih dan sayang kepada kerajaan Kelantan. Terus dan perluaskan usaha2 murni ini... syabas.

Anonymous said...

PMX menteri yang terlalu gilakan populariti dan sanjungan? Mahu pergi solat pun diberi liputan media besar2an? Nak muntah tengok!!! Kah..kah..kah..

Anonymous said...

Difahamkan ayah angkat wanita berkenaan telah hadir secara sukarela ke Pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-BI) bersama Pengerusi Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan, untuk berunding dan akhirnya bersetuju membayar kompaun RM50 atas kesalahan berkenaan.

Selesailah kes, bermakna prinsip Rukun Negara dipatuhi rakyat Kelantan. Malangnya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerajaan PH-BN, Nga Kor Meng dari DAP telah mengutuk tindakan membayar kompaun itu.

(C&P)

Komunis dapig mengajar bangsanya jadi jahat. Sama macam bmx ajar rakyat jadi jahat. Lantik 47 kes jadi mentri. Habis tu macam mana nak selesai judi online. Macam mana nak selesai kes rasuah. Nanti pelajar nak lantik ketua kelas, pilih yang paling jahat. Yang paling kuat melawan cikgu. Kat unversiti pulak, lantik presiden yang ada kes macam wak. Contoh dah ada.

Gitulah bmx yang tak pandai buat kerja. Kerja tak betul. Contoh pun tak betul. Luar tabii. Harapkan sembang jer kencang.

Anonymous said...

Mencari Negari Kedah Lama.. jangan undi pemimpin 'poyo' barua DAP@LeeKwanYew...!!

Tidak mustahil Pakatan Harapan akan tumbang di Pulau Pinang...

Rakyat sudah tahu, perangai sesorang pemimpin begitu, tetapi masih undi dia. Kemudian tak sampai berakhir penggal PRU dan PRN, baru hendak komen itu ini. Jadi, dalam soal begini hendak dipersalahkan yang memilih atau dipilih?

Kebangkitan rakyat mampu menjadikan peralihan kuasa daripada DAP-Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN) sebagai sebagai sesuatu yang boleh berlaku pada PRN nanti termasuk di Pulau Pinang.

Pilihlah bakal pemimpin yang tidak ‘poyo’ supaya anda tidak kecewa. Pemimpin lama yang tidak capai indeks prestasi utama (KPI), tidak perlu lagi diberi undi. Berilah peluang kepada yang lebih berwibawa.

Jika tersalah memilih pemimpin, hasilnya memang dapat tahi. Perkara tersebut yang didakwa tidak mustahil berlaku kerana terdapat ramai pengundi bukan-Islam, hakikatnya telah berubah dengan perkembangan politik mutakhir ini.

Para pengundi dalam kalangan bukan-Islam telah semakin musykil dengan PH yang dirasakan mereka telah berbohong kerana berpakat dengan Umno-Barisan Nasional (BN).

Saya ulangggg..

Menuju PRN masih jangan undi pemimpin ‘poyo’?

Anonymous said...

Jawatankuasa Teknikal pembangunan Kedah Aerotropolis diketuai oleh Tan Sri Ir Dr Jamilus Husin, tokoh yang mengetuai pembinaan KLIA satu masa dulu. Beliau sangat memahami selok belok, keperluan dan kaedah membina dan mengendalikan projek itu. Beliau diberi jolokan ‘The Airport Man’ dalam dunia pembangunan lapangan terbang. Tan Sri Jamilus juga adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah KXP Airportcity.

(C&P)

Pelik ya. Ngapa dia yg dulu ketuai bina KLIA, bila dia buat untuk kedah, bmx tak lulus pulak. Bukan yg nak buat setakat tu sembang kedai kopi.

Jelas ada politik balas dendam. Dan ada nasihat dari komunis dapig.

Anonymous said...

Lihat dari sudut pelaburan masuk ke dalam Negeri Terengganu. Jika dianalisa data MIDA, dari tahun 2013-2017 (zaman Umno) pelaburan masuk ke Negeri Terengganu hanya RM5.337 bilion dan dari tahun 2018-2022 (zaman PAS) pelaburan masuk adalah RM11.84 bilion. Ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap Kerajaan Negeri Terengganu di bawah PAS.

(C&P)

Anonymous said...

adalah diceritakan sejak si kuli dan anwap memayungi dapigs banyak aktiviti komunis dan anti islam terjadi di Malaysia seperti lempar babi dimasjid & surau serta banyak kegiatan jenayah yg lain.
Dua2 ini gila jadi pm dan sanggup buat aoa saja untuk tujuan tersebut cuma tahap gila dan tatagila saja yg berbeza.
disebabkan mereka maka ada ramai melayu yang dai umno mengikut mereka samada nenjadi geng s46 dan yg kemudian wujud geng pkn/r dan yg terakhir adalah "geng pan" iaitu disebut oleh orang kampung sebagai "geng juborinas" iaitu pengikut seorang yg di anugrah dengan gelaran "aljubori" oleh "ketua geng pan" yg kemudianya menjadi presiden parti Pan atas tajaan dapigs..

(Copy & paste)
..............

Soalan saya: adakah cerita diatas itu benar 100% ??
Bertanya tu bukan apa,, cuma nampak macam memang benar² tekah terjadi, sedang terjadi dan munkin terjadi dengan yg lebih banyak dan parah lagi... jadi itu sangat merbahaya lah pada pendapat saya jika demikian.


Anonymous said...

Terdahulu, media melaporkan seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membebaskan pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pada Khamis.

Kejadian itu turut tular di media sosial apabila menteri terbabit dikatakan masuk ke ruangan itu tanpa memohon pas keselamatan.

(C&P)

Dah lah salah guna kuasa. Tuduh rasuah. Mana bukti.

Dulu mentri kdn pun macam tu. Batal keputusan ros. Sebab nak tolong kekal presiden ameno. Dan batal keputusan mahkamah. Pasal kalimah Allah.

Jom tolak bmx. Sebelum negara makin parah. Dan mentri makin mengganas.

Sokong pas dan sekutunya.

Anonymous said...

Betul tu bro , asal babi mesti lepas

Anonymous said...

Terimakasih banyak2 la kepada natizen yang merakamkan perbuatan kecoh tidak bertamadun oleh seorang menteri yang dikatakan berlaku disebuah pusat immigrasen. Tahniah sekali lagi! Harap pihak polis Dato Ayob dapat sisasat mereka yang menganggu tugas penjawat awam yang melakukan tugas2 mereka.

Anonymous said...

Dah sampai masa kita pilih pimpinan yg bersih.
Bukan yang pernah jadi banduan.
Bukan yang banyak bercakap, kerja tak reti.
Bukan yang ada 47 kes.
Bukan yang ada kes trowong.
Bukan yang cetus perkauman.
Bukan yang cetus islamafobia.
Bukan yang dari sperma komunis dapig.

Jom sokong pas yang kekal bersih.
Dan pandai buat kerja.

Anonymous said...

Komunis dapig semua urusan nak campur.
Kat airport.
Kat kelantan.
Kat perlembagaan.
Kat judi online.
Kat 1MDB.
Kat sistem pendidikan.
Sampaikan malaysia jadi pengeksport babi terbesar dunia.

Jom pakat pakat bantu pas menangani isu isu yang merugikan penduduk asal negara.
Harapkan bmx, dia banyak temberang.
Harapkan ameno, presiden pun corrupt.

Anonymous said...

Pemuda Umno hari ini membangkitkan beberapa persoalan yang perlu dijawab berkaitan campur tangan seorang menteri dalam isu pelancong dari China yang ditahan Jabatan Imigresen (JIM), di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

Ketuanya Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, persoalan itu dibangkitkan pihaknya agar rakyat dapat mengetahui kisah yang sebenarnya berlaku.

"Adakah notis NTL (not to land) yang dikeluarkan ke atas individu yang ditahan atas faktor dokumen tidak lengkap?

(C&P)

Tindakan ketua pemuda ameno disokong. Tapi adakah dia sanggup berdepan dengan presiden yang menyebabkan ameno punah. Jangan double standard. Jangan tunjuk hero berpilih tempat.

Mentri kecoh ditentang. Presiden banyak kes pun ditentang. Jika tidak masih hipokrit tahap mbx.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails