Monday, June 26, 2023

DAP dah gelabah.. Ini 'kain buruk' lap kaki DAP..

 


‘Saya lihat yang paling gelabah ialah DAP’

KOTA BHARU: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, DAP dilihat paling menggelabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti. Ini, menurutnya, DAP meletakkan jenama gelombang hijau untuk menakutkan orang ramai dengan Islam.

“Saya lihat yang paling gelabah ialah DAP. DAP letak jenama gelombang hijau. Itu Islamofobia, untuk menakutkan orang dengan Islam, itu tak betul,” ujarnya pada sidang media selepas majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN di Dataran Warisan, di sini malam tadi. 

Hadir sama ialah Setiausaha Agung PERIKATAN NASIONAL (PN) Dato’ Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Beliau menambah, sepatutnya pemimpin DAP datang ke Kelantan untuk melihat suasana masyarakat bukan Islam yang hidup dengan aman.

“Patut dia datang ke Kelantan tengok orang bukan Islam, aman, di Terengganu, Kedah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Menurutnya, perkembangan rakyat dan anak muda menjelang PRN di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak lama lagi sangat menarik dan positif kepada PN.

“Perkembangan anak muda dan rakyat sangat menarik. Sokongan orang mudah makin bertambah dan sangat menarik, orang tua berubah termasuk kalangan orang Umno sendiri.

“Ini menunjukkan momentum itu sangat positif untuk kita,” ujarnya.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan peratusan kemenangan yang akan diperolehi pada PRN tersebut.

“Peratusan untuk menang di enam negeri itu saya tak boleh buat andaian,” katanya.

Beliau juga memaklumkan Majlis Syura Ulamak akan mengadakan mesyuarat untuk menapis senarai calon PAS yang akan bertanding pada PRN di enam negeri itu.

Tapisan calon berlangsung terus MSU akan bermesyuatrat minggu depan

Mengenai sama ada Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dicalonkan atau tidak, begitu berkata: “Tunggu hari penamaan calon, tengok nama dia naik ke tidak,”. – HARAKAHDAILY 25/6/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP dah gelabah.. Ini 'kain buruk' lap kaki DAP..

(i) ‘Penyokong Umno jangan jadi ‘kain buruk’ DAP’. 

Ahmad Fadhli ketika berucap dalam Konvensyen Perikatan Nasional Negeri Selangor di Pusat Konvensyen Ideal, di sini pada 24 Jun 2023. (FOTO: Facebook Ahmad Fadhli Shaari)

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari berkata, parti Umno-Barisan Nasional (BN) hanya dijadikan ‘kain buruk’ untuk ‘mengelap kaki’ DAP yang merupakan salah satu parti dalam kerajaan madani ketika ini. 

“Percayalah kita sedang berdepan dengan musuh yang amat lemah pada saat ini. Semalam (kelmarin, 23 Jun), bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menggelarkan Barisan Nasional (BN) sebagai ‘pakatan korup’. 

“Tony Pua juga  menyebut bahawa kalau mereka (Pakatan Harapan) ada kekuatan, mereka akan membentuk kerajaan tanpa BN. Ertinya apa? Bagi pandangan DAP, BN hanya ‘kain buruk’ untuk mengelap kaki (DAP) ketika ‘basah’.

“Apakah bahasa saya kasar? Itu cuma kiasan. Saya tak nak bermusuh dengan ahli-ahli Umno. Yang menjadi masalah ialah Umno di peringkat atasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Perikatan Nasional Negeri Selangor di Pusat Konvensyen Ideal, di sini, malam tadi. 

Menurut Ahmad Fadhli, ada juga kenyataan DAP yang boleh dipersetujui apabila secara terang-terangan Tony Phua melabelkan Umno-BN sebagai korup. 

“Saya nak tanya kawan-kawan Umno tidak malukah nak undi DAP di Selangor? Maknanya apa? Maknanya kamu (Umno) tunggu masa hendak dibuang ke longkang,” tegasnya.

“Ketika PN sedang mengadakan konvensyen malam ini (malam tadi), Pakatan Harapan (PH) juga mengadakan ceramah di  Dataran Shah Alam, dan baru sebentar tadi Umno Selangor kata, mereka tak terlibat dengan jelajah madani pada malam ini ( malam tadi).

“Kerana apa? Kerana pertama, mereka tak dijemput untuk nak bincang bersama di majlis (ceramah PH itu).Yang kedua, jemputan itu sekadar untuk hadir semata-mata 

“Itu sebelum PRN 2023….maknanya apa? Maknanya ialah kamu (Umno) tunggu masa hendak dibuang ke longkang, selepas daripada ini,” katanya. 

Terdahulu, Tony Phua yang  juga bekas Ahli Parlimen Damansara ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, kelmarin (23 Jun) dilaporkan, telah menyuarakan harapan supaya PH  dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau juga menggesa Pengerusi PH  Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri perlu membuktikan sesuatu kepada rakyat berbilang kaum di negara ini bahawa pentadbiran PH jauh lebih baik dan tidak korup seperti BN.

(ii) Wajib pertahan kerajaan Islam. 


Di Kota Bharu, ribuan anak muda berhimpun di Dataran Warisan sempena petang tadi sempena pelancaran jentera pilihan raya PERIKATAN NASIONAL (PN) malam ini. Program santai anak muda turut menampilkan persembahan dikir barat menarik perhatian anak muda yang berhimpun sejak Asar.

Sebelum itu golongan wanita menghadiri persembahan busana muslimat yang diadakan di dewan Kelantan Trade Center. Hadir sama isteri arwah Tuan Guru Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Puan Sri Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Menjelang pelancaran jentera pilihan raya diadakan kuliah Maghrib disampai bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik.

Orang ramai memenuhi khemah besar tempat berlangsung program menunaikan solat Maghrib biarpun langit agak mendung menjelang Maghrib.

Ustaz Mokhtar berkata, rakyat Kelantan wajib mempertahankan kerajaan Islam yang diketuai ulama sejak tahun 1990.

“Kerajaan Melayu di kepulauan nusantara terdapat beratus pada zaman lampau, lebih banyak berbanding kerajaan yang ada di Eropah dan Tanah Arab ketika itu,” katanya.

Menurutnya juga kerajaan menjadikan kuat apabila menjadikan Islam sebagai tunjang utama pentadbiran. 

Kesimpulan:

Ya, sewajarlah kita semua kembali kepada Islam.  Celeklah mata wahai rakyat tertindas. Simpan apa lagi kerajaan macam yang ada ni. Tumbangkan segera melalui peti undi. Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam Insya Allah! 

Jom bangun bersama Islam.

4 comments:

Anonymous said...

Dulu pernah ada skandal lewat. Sekarang mintak pulak nombor telepon. Macam politik kat barat pulak.

Anonymous said...

Langgar amoi,
mintak no telpon budak,
ari tu berita kata ada order ganja shopee, dia nafi .. munkin ya munkin tidak..

perasan Nabi Yusuf (a.s.), perasan Omar ibn Abdul Aziz tapi nampak macam ehem ehem ehem je....

Anonymous said...

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf berikutan tindakannya meminta nombor telefon seorang pelajar tingkatan enam dalam satu program baru-baru ini.

(C&P)

Kalau dengan ameno, orang melayu merasa bangsanya terancam. Kalau dengan mr x tambah lagi. Orang melayu merasa bangsanya terancam, student pun merasa student's life terancam.

Patutlah beliau rajin ke majlis tersebut. Majlis dulu pun mintak no tel. Parah bila ada hidung belang.

Anonymous said...

Jom kita bantu TGHH melawan fitnah ameno dan bmx. Juga fitnah dari komunis dapig.

Bantu pas membenteras rasuah dan salah guna kuasa. Bantu pas mengagihkan pendapatan secara menyeluruh. Bukan masuk ke poket pimpinan ameno dan bmx dan komunis dapig.

Bantu pas mengangkat Islam. Supaya kalimah Allah hanya digunakan oleh orang Islam. Supaya masyarakat tidak diresap fahaman liberal bawaan bmx.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails