Friday, June 30, 2023

Masaaki Saito, Jepun: Lihat gelombang gugat pemerintah M'sia.



Kaunselor Politik Kedutaan Jepun bertemu PAS P Pinang

KEPALA BATAS: PAS Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan daripada Kaunselor Politik Kedutaan Jepun, Masaaki Saito yang diadakan di Pejabat PAS Negeri Pulau Pinang, Pongsu Seribu, di sini hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff yang mengetuai pertemuan tersebut telah ditanya pandangan mengenai perkembangan politik semasa di negeri ini dan negara amnya.

Menurut Masaaki, pihaknya melihat gelombang daripada perikatan pembangkang kini menggugat keupayaan pakatan pemerintah di mana pihaknya juga telah membuat pemerhatian di Kelantan, Kedah termasuk bertemu parti-parti dan tokoh politik lain.

Ustaz Fauzi dalam menjelaskan situasi ketika ini berkata bahawa gelombang diterima PERIKATAN NASIONAL (PN) semakin memuncak termasuk di Pulau Pinang di mana momentum tersebut tidak terhenti sejak PRU15 lalu.

“Kami lihat perkembangan positif ini memberi kebangkitan rakyat khususnya di kawasan-kawasan Melayu di mana di Pulau Pinang ini terdapat 15 DUN majoriti Melayu dan gelombangnya begitu terasa.

“Hinggakan ia mempengaruhi kerusi DUN campuran (penduduk pelbagai kaum). PAS dan BERSATU akan ‘cover’ (bertanding) di kerusi-kerusi majoriti Melayu ini dan parti kerjasama dari GERAKAN akan bertanding di kerusi campuran,” ujarnya.

Menurut beliau, dengan kerusi DUN Pulau Pinang mempunyai keseluruhan 40 kerusi, calon dari sayap bukan-Islam PAS iaitu Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) juga akan bertanding di tiga DUN campuran selain ahli bersekutu BERSATU.

Yakin beliau, PN dengan mengandungi komposisi yang mewakili masyarakat majmuk Pulau Pinang mampu meraih majoriti mudah bagi mengambil alih pemerintahan kerajaan daripada DAP-Pakatan Harapan.

Katanya, selama 15 tahun DAP telah gagal memberikan khidmat sepatutnya kepada rakyat berbanding pelbagai perkara mereka laungkan, oleh itu PN beriltizam mengambil alih bagi melaksanakan amanah dan keadilan.

Beliau turut menjelaskan beberapa isu ditanya Masaaki melibatkan pandangan terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sokongan orang muda menerusi media sosial serta aspek kewangan.

Hadir sama adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Bukhori Ghazali dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pulau Pinang, Mazlina Jamaluddin dan Ahli Jawatankuasa Lajnah Tarbiyah PAS Pulau Pinang, Abd Rahaman Kassim. – HARAKAHDAILY 28/6/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Masaaki Saito, Jepun: Lihat gelombang gugat pemerintah M'sia.

Ini sedikit ulasan dari pelbagai sumber..

(i) 'Gelombang Hijau' dalam PRU15.

a. Keputusan pilihan raya umum (PRU) ke-15 sudah pun diketahui. Buat pertama kali dalam sejarah politik tanah air, tidak ada gabungan parti yang melepasi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Akhirnya, kerajaan perpaduan atas muafakat antara gabungan parti politik dibentuk dan diterajui Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-10.

b. PRU ke-15 memberi perspektif yang jelas dalam beberapa perkara.

Pertama, riwayat Umno-BN seperti telur di hujung tanduk. Kedua, Pakatan Harapan (PH) mampu mengekalkan momentum namun tidak mampu mempertahankan kubu kuatnya. Ketiga, Perikatan Nasional (PN) dapat menarik pengundi dan mengempur kubu kuat PH dan BN.

Sudah pasti perspektif ketiga itu mengejutkan ramai. Dalam diam, PN menjadi pesaing hebat kepada PH dan BN meskipun ia baru dua tahun berada dalam arena politik.

Berbeza dengan kempen di kawasan-kawasan lain di Semenanjung Malaysia, persaingan di Pantai Timur Malaysia, sebahagian Johor dan utara negara dihangatkan dengan perang saraf politik dipanggil ‘Gelombang Hijau’.

c. Jika PRU ke-14 gelombang itu meletakkan PAS sebagai kerajaan sekali lagi Terengganu, kali ini PAS berjaya menyapu bersih kerusi parlimen di Terengganu dan Kelantan.

Malah, berjaya PAS - bersama PN - membentuk kerajaan negeri di Perlis setelah enam dekad diperintah BN. Ledakan Gelombang Hijau juga meningkatkan jumlah kerusi PN di Perak dan Pahang, sama ada di peringkat parlimen mahupun dewan undangan negeri (DUN).

Lebih mengejutkan lagi apabila PN berjaya menumbangkan kerusi asas PH sejak 2008 di Selangor dan Pulau Pinang pada kali ini. 

(ii) Apa istimewa PAS.

a. Pertama, PAS dilihat sebagai parti pilihan utama di kawasan demografi majoriti pengundi Melayu. Kecelaruan Umno yang terpalit dengan isu integriti, dan pengaruh PH yang kurang menonjol di situ, membolehkan PAS menggempur kawasan seperti Padang Terap, Baling, Permatang Pauh, dan Pokok Sena.

PAS dan PN mengukuhkan tapaknya di kerusi lebih 70 peratus majoriti Melayu melangkaui wilayah Pantai Timur pada PRU ke-15.

Kedua, penguasaan pemimpin PAS di wilayah Pantai Timur dan utara negara memperkukuh pengaruh mereka. Populariti figura seperti Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor; dan Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu) memainkan peranan utama dalam menarik pengundi Melayu atas pagar untuk mendekati PN.

Kepimpinan yang ditonjolkan oleh Sanusi dan Ahmad Samsuri yang mesra rakyat dan berkebolehan menerajui negeri memudahkan PAS menyantuni pengundi dengan lebih santai.

Berbeza dengan pemimpin PH dan BN yang tidak mempunyai figura menonjol bagi memberi persaingan di wilayah Pantai Timur dan utara.

b. Ledakan Gelombang Hijau juga meningkatkan jumlah kerusi PN di Perak dan Pahang, sama ada di peringkat parlimen mahupun dewan undangan negeri (DUN).

Lebih mengejutkan lagi apabila PN berjaya menumbangkan kerusi asas PH sejak 2008 di Selangor dan Pulau Pinang pada kali ini. Soalnya, bagaimanakah fenomena itu berlaku?

Pendirian Sanusi dan Ahmad Samsuri yang tidak menjadi calon parlimen memberi kelebihan buat PAS memfokuskan sumber yang ada memenangkan calon di kawasan-kawasan strategik.

Juga PAS hampir mendominasi kempen di media sosial. Penguasaan itu dikesan sejak awal apabila terdapat trend ustaz-ustaz menyampaikan tazkirah di platform seperti YouTube dan Facebook live.

Meskipun mesej disampaikan tidak menjurus menyokong parti politik secara langsung, ia membantu rakyat terbanyak memahami konteks yang lebih luas berkenaan nilai-nilai yang dekat dengan PAS, khasnya soal memilih pemimpin dan kerajaan serta isu-isu lain.


(iii) Gelombang Hijau menurut Presiden PAS. 


Menurut Presiden PAS, mereka yang memberi jenama gelombang hijau terhadap kemajuan PAS dalam PRU-15 khususnya DAP, ternyata mempunyai tujuan yang nyata songsangnya terhadap Islam. 

"Hal ini demikian kerana, Islam itu menjadi dasar dan matlamat perjuangan PAS, sebagaimana yang telah dinyatakan kepada umum dalam Perlembagaan PAS bahawa hukum tertingginya ialah al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas yang nyata." jelas beliau.

Menurut beliau lagi, kejayaan PAS dianggap negatif kerana Islamnya, sehinggakan PAS boleh mencapai kerusi terbanyak dalam kalangan semua parti politik, di samping berjaya menawan dan mentadbir beberapa kerajaan negeri, walaupun dalam bidang kuasa yang terbatas mengikut konsep federalisme yang banyak kecacatannya. 

Begitulah kira-kira sedikit suntingan dari tulisan Presiden PAS Abdul Hadi Awang melalui  HARAKAHDAILY hari ini.

Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

7 comments:

Anonymous said...

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dengan mengajak untuk bersama hayati dan mengambil ibrah dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS kepada Allah SWT

Katanya, kisah ini menjadi satu manifestasi ketaqwaan seisi keluarga yang mempamerkan ketabahan seorang ayah, kepatuhan seorang anak dan redhanya seorang isteri dan ibu di dalam mentaati perintah Allah SWT.

“Semestinya hari ini kita raikan dengan bermuhasabah sejauh manakah kesediaan dan semangat kita untuk berkorban demi kebaikan ummah merupakan nilai yang teramat berharga di dalam membangunkan masyarakat Madani,” katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia sempena perutusan Aidiladha menerusi laman Facebooknya.

(C&P)

Petikan tu bagus. Cuma yang memetik tu, cakap tak serupa bikin. Ada 47 kes.

Anonymous said...

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar

Laa ilaaha illallahu wallahu akbar

Allaahu akbar walillaahil hamd’

Ulang 3 kali

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar

Allahu akbar kabiiraa Walhamdulillaahi katsiiraa

Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa

Laa ilaaha illallallahu Walaa na’budu illaa iyyaahu

Mukhlishiina lahuddiin Walau karihal kaafiruun

Laa ilaaha illallallahu wahdah Sadaqa wa’dah

Wanashara ‘abdah Wa a’azza jundahu Wahazamal ahzaaba wahdah

Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar

Allaahu akbar walillaahil hamd’

Anonymous said...

Cepat koyak rupanya pahmi. Pi la hantaq radio kar. Tanda ameno nak pupus. Tinggal spesis macam pahmi dlm ameno. Tinggal 47 kes. Dan mentri yg pointer tinggi.

Anonymous said...

“Lawak Lim Guan Eng ni, apa yang orang buat atau kata semua salah. Semuanya mengancam dan membahayakan negara. Kalau apa yang dia buat menjaga keselamatan negara,” katanya lagi.

Tambah beliau, walaupun kononnya pemimpin DAP itu pernah memetaforakan dirinya sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz tetapi apa yang dilakukan bercanggah dengan ciri-ciri khalifah Islam.

“Nak ikut Islam. Akhirnya yang kita dengar, kes terowong, beli banglo dan lain-lain. Khalifah Islam apa macam tu? Perlu sokong lagikah?” soal beliau lagi.

(C&P)

Anonymous said...

Orang jepun pun dapat rasa gelombang hijau. Pelabur Jepun dah banyak kali cabut dari malaysia. Nanti bila pn menang, pelabur jepun kembali yakin. Sebab pimpinan kerajaan baru tiada terlibat rasuah.

Bmx sekarang pun dah kurang waras. Jogetlah dia. Seksis lah dia. Sebuk menyaman, kerja tak buat. Sebuk berjalan sana sini, kerja tak buat. Sebuk naik helikopter jet, kerja tak buat.

Rakyat pun dah meluat. Dah jemu. Belum sampai setahun.

Anonymous said...

Jepun pernah beri kemerdekaan pada Negeri² Tanah Melayu samada negeri² Melayu bersekutu, Negeri² Melayu Tidak Bersekutu yg dikira telah Merdeka dengan Sultan² ”Negeri Berdadaulat" aka "Nations State" dan Melaka, manakala daerah pulau pinang dan daerah prai serta pulau temasik diserahkan kepada pemilik asal masing², begitu juga "enclaves" dinding dan pangkor.
Jepun sangat baik dengan orang Melayu islam pada dasarnya, dan malahh p.ramli telah belajar dengan Jepun dan ada beberapa anak melayu telah dihantar belajar ke Jepun termasuk penulis memori "pengeboman hiroshima" yg menjadi rekod arkib sejarah di Oxford, USM, UM dll universiti., (tun) razak bin hussain juga telah menyertai kadet tentera jepun.
Ada juga melayu yg menjadi mangsa keadaan iaitu mereka itu telah terfitnah oleh golongan liberal pada masa itu yg memfitnah samada orang tersebut jahat, bersengkokol dengan komunis dsb.
Walaubagainanapun seperti yg terdapat pada dokumen sejarah yg cuba dipadamkan oleh golongan sekular dan liberal dan komunis adalah bahwa Jepun telah melantik Dr Burhanuddin alhelmi sebagai ketua menteri Negeri² Tanah Melayu bersekutu manakala negeri² melayu tidak besekutu diterajui terus pentadbiran dengan Sultan berkuasa mutlak seperti Negara Brunei Darussalam.

untuk rekod adalah bahwa Jepun hanya mengiktiraf segala pelbai ras pribumi sebagai warganegara setiap Negeri² Tanah Melayu.

Untuk rekod juga Dr Burhanuddin adalah )pakan yaang dipertua Parti Islam seTanah Melayu
فارتي اسلام ستانه ملايو.
atau ringkasnya فاس .
ejaan baru huruf alphabet hijaie untuk "p" = ف adalah = ڤ.

.Jepun pada hakikatnya dalam beberapa ehwal adalah "kawan" kepada orang Melayu.

Anonymous said...

BMX suka kata pembangkang kuat menyakau.
Apa pandangan kau orang.

BMX bawak wak, sorang kaki sakau.
Tubuh kerajaan perpaduan.

BMX pun sakau jawatan PM.
Bila Agung mintak beri sd pada 5 ptg Selasa.
BMX lewat 2 hari serah sd.

Kemudian BMX sakau royalti.
Sakau geran peruntukan negeri pembangkang.
Sakau peruntukan mp pembangkan.

Sakau jawatan.
Beri pada anak yg tewas pru.
Sepatutnya pada bukan anak yg menang pru.
Sakau jawatan menteri kewangan.
Sakau jawatan senator.
Beri pada nasution yang tewas pru.

Rakyat berdepan dengan kes kecurian.
Hampir setiap hari.
Tabung masjid pun selalu kena sakau.
Belajar dengan pimpinan kerajaan perpaduan.
Kerajaan sakau.

Ternyata kaki sakau itu
Berada dalam kerajaan perpaduan.
Dasarnya menyakau.
Demi meneruskan kelangsungan penyakau.
Merosakkan demokrasi sihat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails