Sunday, June 11, 2023

Buli RM, bagaimanaa mengajar sistem mata wang AS?

 


1. Kenaikan mata wang AS buli Ringgit Malaysia 
Ahamed Kameel

KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar mata wang dolar Amerika Syarikat (Dolar AS) kini telah ‘membuli; matawang-matawang lain termasuklah Ringgit Malaysia.

Dekan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat, Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak, Prof. Dato’ Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera berkata apabila AS menaikkan kadar faedah, ia turut melemahkan mata wang negara ini.

“Ia akan menarik pelabur dari luar untuk melabur ke dalam pasaran kewangan Amerika Syarikat tetapi secara tidak langsung, negara-negara lain dijadikan (akan terkena) tempias termasuklah Malaysia,” katanya.

Beliau mengulas perkembangan terkini yang menyaksikan Ringgit Malaysia terus lemah atas paras 4.50 berbanding dolar AS pada awal minggu ini.

Menurut Ahamed Kameel, kewangan AS adalah terlalu tinggi kerana negara tersebut mempunyai hutang yang amat tinggi.

“Ini menyebabkan AS terpaksa menaikkan siling hutangnya; dan seperti yang kita tahu, setiap hutang negara perlu dibayar semula berserta kadar faedah.

“Kesannya, hutang tersebut yang terkumpul tidak mungkin dapat dibayar hasil daripada kenaikan kadar faedahnya bukan sahaja pada tahun ini, malah juga tahun-tahun sebelumnya,” jelasnya.

Beliau menyatakan bahawa walaupun dasar tersebut telah menaikkan nilai dolar AS tetapi hanya bersifat sementara kerana ianya berpotensi menyebabkan kerosakan matawangnya sendiri.

“Ia akan menuju ke hiperinflasi seperti mana berlakunya di Zimbabwe yang menyebabkan hilangnya kepercayaan orang ramai terhadapnya,”

“Oleh sebab itu saya menggelarkan dolar AS sebagai pembuli kerana naik turunnya tetap menyebabkan negara-negara lain termasuklah Malaysia menjadi mangsa keadaan,” tegasnya.

Apabila ditanya mengenai langkah yang boleh diambil, beliau menasihatkan seluruh rakyat agar menjalani kehidupan yang bebas hutang.

“Ini bertujuan supaya ekonomi mereka tidak akan terjejas dengan teruk dan sambil itu, mereka juga boleh mengumpul sedikit aset seperti emas sebagai perlindungan daripada setiap masalah inflasi,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/5/2023 


2. Jadikan FELDA Gedung Makanan Negara  

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta melihat semula idea mengaktifkan program Gedung Makanan Negara (GMN) dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sebagai peneraju utama.

Dato’ Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) berkata, idea menjadikan tanah rancangan FELDA sebagai Gedung Makanan Negara dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri ketika sambutan Hari Peneroka peringkat kebangsaan di FELDA Maokil, Johor, pada Julai 2009.

Katanya, antara matlamat GMN ialah untuk memastikan keterjaminan makanan dan mengurangkan kebergantungan kepada makanan import makanan.

“Program itu juga sudah pasti untuk mengoptimumkan penggunaan tanah,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, kementerian sentiasa terbuka terhadap kerjasama antara kementerian dan agensi berhubung isu keterjaminan makanan yang melibatkan penggunaan dana milik pelbagai agensi.

Bagaimanapun, katanya butiran terperinci bagi projek Felda akan dijawab secara bertulis. – HARAKAHDAILY 24/5/2023  


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Buli RM, bagaimana mengajar sistem mata wang AS?

Rakyat Malaysia perlu tukar PMX sekarang, gantikan dengan pemimpin Islam yang terbukti tidak terlibat rasuah. Bukan pemimpin yang terpaksa berkerjasama dengan musuh-musuh Islam demi mempertahankan jawatan PM dan TPMnya. Demi pertahankan pemimpin rasuah parti-parti mereka, seperti terowong dan lain-lain.

Beri peluang Islam memerintah Malaysia, kali ini. Hanya sistem perekonomian Islam yang mampu mengajar dan menggeggarkan sistem matawang AS. Rakyat Malaysia, kembalilah kepada Islam yang syumul.

Insya Allah!


16 comments:

Anonymous said...

Mana Pakar Formula Malaysia... Dah masuk gua ka...!?

Ringgit merundum lagi, kali nih dah dekat dengan 4.6rm per 1usd, lebih teruk dari masa krisis ekonomi 1997,

Masa tu nilai dollar adalah tinggi berbanding nilai kebanyakan duit utama dunia dan sangat dominan, sekarang nih nilai dollar adalah lembab dan tidak lagi dominan, dah dibawah sangat dari yen, reminbi, ruble, british pound dan euro,

Mana menteri Formula..

Formula mana..!?

Anonymous said...

Hari ni jadi kerajaan esuk harga minyak turun.
Hari ni jadi kerajaan esuk nilai ringgit naik.
Hari ni tayang the untold story, esuk dah box office.
Hari ni pmx dengar ceramah habib omar, esuk dah jadi ulamak.
Hari ni rompak royalti, esuk sedeqah kat sekolah swasta cina.
Hari ni jadi kerajaan, esuk tak payah buat sumpah lahanat.

Anonymous said...

Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi - SPRM

SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu ini.

"Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Fitnah fitnah dan fitnah lagi.. Itulah senjata PMX kita punya Brother Anwar Bin Ibrahim..!

Inilah sebabnya sejak menjadi PMX, Anwar menyebarkan cerita bohong tentang kerajaan PN menyalahgunakan wang rakyat.

Rakyat melihat seorang pemimpin korup seperti Zahid diangkat menjadi TPM. Rakyat melihat nepotisme Anwar dalam lantikan Nurul Izzah yang kalah dalam PRU-15 sebagai penasihat khas PMX.

Cerita dongeng Al Jubori ini bermula dengan jumlah ajaib RM600 bilion kemudian turun kepada RM530 bilion, dan jatuh menjunam kepada RM92.5 bilion, kemudian jatuh merudum lagi ke hanya RM300 juta.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin mengetahui status siasatan terhadap dakwaan parti di dalam PN mendapat sumbangan daripada dana judi ketika kempen pilihan raya umum yang lalu.

Anonymous said...

Hari ni dengar ceramah habib omar, esuk jadi ulamak.
Esuk jadi ulamak, lusa dah lulus kalimah Allah boleh dipakai oleh orang bukan Islam.
Tulat dah ramai kena lanyak oleh non muslim.

Anonymous said...

Parlimen Israel, Knesset semalam meluluskan belanjawan negara baharu untuk dua tahun akan datang, termasuk melabur 3.5 bilion syikal (RM4.3 bilion) bagi memperluaskan penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki.

Majoriti dana akan disalurkan ke arah menurap jalan baharu dan menambah baik jalan sedia ada, termasuk lebuh raya untuk memintas kawasan Palestin yang mengasingkan lagi peneroka haram Israel dan Palestin, lapor Times of Israel.

(C&P)

Tu kat palestine. Kat sini ada juga yang dapat dana tu. SPRM tak nak siasat ker.

Anonymous said...

Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew, dan ahli perniagaan Phang Li Koon mahu tuduhan rasuah terhadap mereka, membabitkan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta, dibatalkan.

Peguam RSN Rayer memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau akan memfailkan permohonan supaya kes itu dibuang.

Katanya, pihak pendakwaan menggunakan keterangan daripada kes jenayah terdahulu, membabitkan pembelian banglo oleh Lim di Jalan Pinhorn, walaupun dia dibebas dan dilepaskan pada 2018.

(C&P)

Ni beza. Sekutu dengan bukan sekutu. Hampa pikiaq la.

Anonymous said...

Sebuk pasai mahiddin.
Yang eng guan mohon batal, takkan tak rasa perit kat hati.


Anonymous said...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan siasatan kes berhubung dana judi yang dikaitkan dengan Perikatan Nasional (PN) belum dihentikan atau digugurkan.

Sebaliknya jelas beliau, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya telah menyatakan bahawa tiada fail siasatan dibuka memandangkan maklumat yang telah diperoleh setakat ini adalah bersifat umum.

(C&P)

Parti azalina pun banyak dapat dana. SPRM tak nak siasat ker.

Anonymous said...

Ni yang dikatakan politik tempang. Guna kuasa buat tibai ikut suka. Habib omar boleh. Coldplay pun boleh.

Anonymous said...

Ringgit dah jatuh lagi khabarnya, dah jadi rm4.7 = Us$1.00 dan bakal menjunam lagi yg berkemunkinan akan menjadi rm5.5 per Us$1.0 dalam waktu terdekat hasil "kebijakan" menteri kewangan & menteri ekonomi menguruskan perdagangan negara.
Adalah tidak heran kalau ini berlaku dan malah tidak mengherankan jugak kalau nilai ringgit akan jatuh menjunam lebih teruk dari itu,
Dan jugak tidak akan jadi hal yg mengherankan jika nanti ada pehak yg menuntut supaya nilai ringgit dipulihkan akan menerima bahana ancaman dari pehak mad dah ni.

Anonymous said...

Dan terbaharu ada aktivis parti lawan membongkar surat yang dianggap sulit, namun strategi itu tidak mengena kerana pemberian saguhati kepada kakitangan dan ahli Lembaga merupakan amalan biasa mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Isu yang diviralkan tersebut mendedahkan keadaan sebaliknya di negeri-negeri diterajui Pakatan Harapan, di mana elaun ahli Lembaga Pengarah syarikat GLC antara RM70,000 sehingga RM300,000 setahun.

(C&P)

Anonymous said...

Rakyat Terengganu diajak berkongsi pandangan dengan golongan profesional mengenai pembangunan negeri melalui Konvensyen Pendemokrasian Cendekiawan dan Umarak Teknokrat Terengganu 2023.

Program itu diadakan dengan kerjasama Darul Iman Training Centre (DITC), Universiti College TATI dan EPIC akan diadakan bermula esok dan Ahad ini.

Pengarah Program Mohd Shuhaimi Embong berkata, program itu akan dihadiri Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah.

(C&P)

Anonymous said...

Dolu masa reformasi rakyat gelar Anwar Pembohong, sekarang sudah jadi PM ke 10 tetap juga digelar PMX Pembohong...!!

Jawapan bertulis Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat semalam satu pengesahan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Perikatan Nasional (PN) adalah rekaaan dan pembohongan semata-mata.
Menurut Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, rakyat perlu menghukum secara total terhadap ‘fitnah’ berkenaan terutamanya dalam pilihan raya di enam buah negeri yang bakal berlangsung tidak berapa lama lagi.
Semalam, Azalina memaklumkan Dewan Rakyat bahawa SPRM sudah menjalankan kajian terperinci berkaitan dakwaan penerimaan dana syarikat judi oleh PN, namun maklumat itu terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkannya.
Perkembangan ini menimbulkan tanda tanya dari mana Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat maklumat PN mungkin memperoleh dana politik dari syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya.

Tunanku Abd Rahman - Bapa kemerdekaan
Tun Razak - Bapa Pembangunan Malaysia
Tun Mahathir - Bapa Pemodenan Malaysia
Anwar Ibrahim - Bapa Pembohong Malaysia

Anonymous said...

Sin Chew melaporkan seorang Menteri Kabinet telah mengesahkan kepada Sin Chew bahawa Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan arahan memberhentikan operasi menahan jam tangan berjenama Swatch koleksi Pride.”

Teringat saya pada tahun 2008 dahulu ketika PAS dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Exco Agama mengarahkan pihak PBT (MBSA) merampas arak di premis Seven Eleven yang terletak di kawasan majoriti Melayu.

Serta merta Exco PBT dari DAP campurtangan dan keluar arahan baru agar arak yang dirampas itu dikembalikan.

(C&P)

Anonymous said...

Dulu pmx kata tghh terima 90 juta. Hari ni pmx dok kata pas terima dana dari syarikat judi.

Expert bohong ni.

Anonymous said...

Bercakap ketika sidang media di Pejabat Perdana Menteri, Anwar berkata dana pilihan raya untuk parti “Melayu” dan parti “Islam” datang dari syarikat perjudian.

Celah jubo mana dana Judi tu datang mai..!?

Kikikikiki .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails