Wednesday, June 14, 2023

Ini, pelakon/pengarah terkenal sertai PAS. Bukan Islam dialog. & Orang Asli

 

Eizlan di samping Takiyuddin dalam majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya di Senawang, Negeri Sembilan pada 10 Jun 2023. (FOTO: Alfiearth Studio)

Salah seorang tetamu bukan Melayu yang berdialog secara terbuka dengan Afnan Hamimi, Dr Halimah dan Mohd Syahir selaku ahli panel.

1. Bukan parti retorik, Eizlan sertai PAS 

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof mengesahkan telah menyertai parti PAS kerana yakin dengan perjuangan yang dibawa PAS bukan sekadar retorik dan parti tersebut bukan seperti yang digembar-gemburkan pihak lawan.

“Ya, saya sudah sertai PAS,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dibuat pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya sempena Gelombang Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan di Dataran D’Cattleya, Senawang, malam semalam.

Eizlan, 51, berkata demikian susulan kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agong PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di media sejak pagi semalam.

“Malah, selama bersama-sama Tan Sri (Annuar Musa) dalam Muafakat Nasional (MN), saya melihat kesungguhan beliau mahu menyatu padukan rakyat dan perjuangkan Islam dan Melayu tanpa mengenepikan perbezaan agama dan kaum,” katanya.

Selaku Ketua Penerangan Muafakat Nasional (MN) Negeri Selangor, Eizlan mengakui bahawa pengalaman politik lebih 50 tahun Pengerusi MN itu memberi aspirasi dan inspirasi kepada Eizlan untuk bersama-samanya.

Eizlan bersama-sama Annuar Musa selepas majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya di Senawang, Negeri Sembilan pada 10 Jun 2023. (FOTO: Alfiearth Studio)

Annuar yang merupakan Presiden MN sah menjadi ahli PAS secara rasmi  pada 10 Jun lalu,  yang menyaksilkan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditemani Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kad keahlian PAS kepada Tan Sri Annuar Musa (kiri) pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan di Senawang.

Dalam kenyataan akhbar pada ketika itu, Takiyuddin  berkata, PAS menerima keahlian bekas Ahli Parlimen Ketereh itu bersama 3,000 ahli baharu yang lain hari ini.

Gelombang kebangkitan rakyat

Sementara Annuar berkata, kemasukan selebriti seperti Eizlan ke dalam PAS dilihat sebagai satu kesedaran dari pelbagai lapisan masyarakat.

“Kalau dulu orang melihat yang menyertai PAS adalah golongan agamawan tetapi sekarang ini datang dari pelbagai latar belakang dan juga dokongan dari bukan beragama Islam sendiri.

“Kita akan ada beberapa sesi berasingan pengumuman menyertai PAS bersama Eizlan. Malam ini (semalam) adalah permulaan kepada gelombang kebangkitan rakyat,” katanya.

Selain Eizlan dan Annuar, PAS turut menerima keahlian baru lebih 3,000 orang dari seluruh negara, termasuk Dato Fyzal Fauzy, mantan Setiausaha Sulit kepada mantan Menteri Luar, PU Raihan dan Dayangku Intan. – HARAKAHDAILY 12/6/2023   


2. Bukan Islam sertai dialog Pemuda, PAS tak rasis  

Afnan Hamimi di samping tetamu yang hadir dalam Majlis Dialog Perpaduan Pemuda PAS Malaysia di Kelab Darul Ehsan, Ampang, Selangor pada 8 Jun 2023. (FOTO: HARAKAHDAILY/J Kemala)

AMPANG: “PAS bukan Tuhan kerana tidak terlepas daripada melakukan kesilapan,” demikian kata Ahli Parlimen Alor Setar, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Jelasnya, PAS sebuah parti politik yang bersifat terbuka dalam menerima sebarang teguran, jauh berbeza daripada gambaran negatif dilabelkan pihak parti lawan selama ini.

“Kami pihak PAS sendiri mengakui melakukan banyak kesilapan dan oleh sebab itu, dalam PAS dasarnya ialah Islam dan Islam itulah yang Tuhan bawa,” katanya.

Beliau mengakui bahawa ada kalanya pihak PAS sendiri melakukan kesilapan yang sememangnya perlu diperbetulkan.

Afnan Hamimi, Dr Halimah dan Mohd Syahir naik ke pentas sebagai ahli panel Majlis Dialog Perpaduan anjuran Pemuda PAS Malaysia ini.

“Kami (PAS) semua boleh (berfikiran) terbuka pada bila-bila masa untuk ditegur sebarang kesilapan kami, kerana kami tak semestinya betul sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Dialog Perpaduan Pemuda PAS Malaysia di Kelab Darul Ehsan, Ampang, Selangor malam tadi.

Majoriti tetamu ‘non-Muslim’

Apa yang menarik dan unik adalah majoriti tetamu majlis tersebut adalah dari kalangan bukan Melayu dan ‘non-Muslim’ (bukan Islam) termasuk wakil daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mereka terdiri daripada berbilang bangsa termasuklah pertubuhan Persatuan Penganut Agama Buddha, Christian for Peace & Harmony, dan banyak lagi.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali; Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman; dan Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat, Dr Balachandran Gopal Krishnan.

Bermatlamat mengadakan dialog perpaduan antara semua bangsa di negara ini sesi soal jawab secara terbuka dan terperinci tetapi secara santai, Afnan Hamimi, Dr Halimah dan Mohd Syahir dijemput naik ke atas pentas sebagai ahli panel.

Majlis Dialog Perpaduan Pemuda PAS Malaysia berjaya dalam menonjolkan elemen perpaduan dan keharmonian berbilang bangsa yang amat diperlukan demi keutuhan masa depan negara Malaysia yang tercinta ini.

Ketika ditanya mengenai PAS yang sering dan hangatdikaitkan dengan isu rasisme, Dr. Halimah menegaskan parti itu tidak mempunyai sebarang masalah tentang masalah perkauman di negara ini.

Beliau menyatakan bahawa dalam al-Quran surah Hujurat ayat 13 dapat menerangkan secara nyata mengenai hal tersebut.

“Dalam ayat tersebut, Allah SWT menciptakan kamu (manusia) daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, jadi tiada diskriminasi antara lelaki dan perempuan dalam Islam kerana setiap seorang daripada kita lahir daripada lelaki dan perempuan,” katanya.

Beliau menambah bahawa dalam ayat tersebut turut menerangkan penciptaan Allah SWT terhadap setiap manusia yang pelbagai kaum. 

Salah seorang tetamu bukan Melayu yang berdialog secara terbuka dengan Afnan Hamimi, Dr Halimah dan Mohd Syahir selaku ahli panel.

“Ini menunjukkan bahawa satu kaum tidak boleh kata dirinya lebih daripada kaum yang lain.

“Bagi kami pihak PAS sendiri, sememangnya tiada sebarang masalah terhadap pelbagai bangsa, pelbagai bahasa, pelbagai warna kulit,  sebagaimana semuanya ada (disebut) dalam ayat tersebut,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa PAS sendiri tidak boleh bersifat rasisme memandangkan dasarnya merupakan Islam, yang menyaksikan Al-Quran sebagai manual utamanya.

“Al-Quran sendiri melarang kami (orang Islam) daripada bersifat rasis, berlaku tidak adil kepada mana-mana kaum, warna kulit, bangsa, bahasa termasuk agama lain,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/6/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, pelakon /pengarah terkenal sertai PAS. Bukan Islam dialog. & Orang Asli

Telah disebutkan, ini gelombang rakyat di Senawang menjalar ke Kota Bharu. Di Kota Bharu, malam tadi gelombang rakyat yang membadai di Senawang dalam misi menawan Negeri Sembilan, malam ini pula menjalar ke Kota Bharu. 

Ribuan rakyat Kelantan memenuhi Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV biarpun hujan agak lebat menjelang Maghrib. Kehadiran begitu sendat tersebut disifatkan Ketua Pimpinan Bersatu Kelantan Dato Kamaruddin Mohd Nor sebagai peluang cerah untuk menang 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun). 

Ia terus berlanjutan kepada seorang pelakon dan pengarah terkenal di kalangan anak muda negara ini    sertai PAS. Bahkan juga program bukan Islam dialog dengan pemuda PAS begitu mendapaat sambutan.

Ia menjadi lebih menarik lagi, bila PN-Gerik YB Fathul Huzir Ayob yang begitu prihatin rakyat mengusulkan dalam sidang Dewan di Kuala Lumpur:

“Adakah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah berhasrat untuk mewujudkan satu kawasan pembangunan ekonomi yang sesuai untuk perkampungan Orang Asli seperti pasar tani khas supaya mereka dapat memasarkan hasil hutan dan sebagainya?

“Saya melihat potensi yang amat baik jika ia dapat dilaksanakan dan Gerik bersedia menjadi projek perintis bagi menjayakan rancangan ini kerana kawasan Pulau Banding amat sesuai dijadikan hub pengumpulan hasil hutan masyarakat Orang Asli.

“Terdapat lebih 30 kampung Orang Asli di kawasan itu,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, kementerian melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengutamakan pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli.

Al-hamdulillah.

PERHATIAN: Jom tinggalkan PMX Malaysia, sekarang! 

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

3 comments:

Anonymous said...

Lagi ramai yang berlatar belakang yang berbeza menyertai pas, makin luas bidang yang boleh diceburi oleh pas. Asalkan tidak melanggar syariah.

Anonymous said...

TGHH kekal bertanding di marang. Orang kampong percaya.

Beza dengan anuaq. Orang kampong dah tak percaya. Terpaksa bertanding kat luar. Port dikson. Tambun. Permatang pauh dah kena scam dengan anuaq.

Anonymous said...

Ia selepas Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2023) berkata MT bersifat terbuka atas saranan perwakilan untuk menerima kembali ahli dikenakan tindakan disiplin sama ada dipecat ataupun digantung oleh parti.

(C&P)

Ia cara zahid untuk pastikan masuk semula dan taat pada presiden.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails