Monday, June 12, 2023

Annuar Musa masuk PAS. Jom tinggalkan PMX tak cerdik..

 


1. Annuar Musa sah diterima masuk sertai PAS

SEREMBAN: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Tan Sri Panglima Annuar Musa telah sah menjadi ahli PAS di mana menerima serahan sijil keahliannya sempena Ceramah Perdana PERIKATAN NASIONAL (PN) di Senawang, di sini sebentar tadi.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan, permohonan keahlian beliau dan lebih 3,000 permohonan lain telah diluluskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, di Port Dickson hari ini.

Perkara tersebut diumumkan beliau itu disertakan serahan sijil keahlian yang disampaikan sendiri oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada Annuar di hadapan hadirin pada majlis ini.

Annuar Musa juga sebelum ini adalah Ahli Parlimen Ketereh daripada Barisan Nasional (BN) dan pernah memegang beberapa kementerian dalam Kerajaan BN dan PN tiga Perdana Menteri.

Terdahulu, Takiyuddin juga dalam ceramahnya itu membidas banyak kegagalan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dipimpin Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim selama tempoh enam bulan setakat ini.

Beliau menyifatkan Malaysia kini sedang ditadbir oleh kerajaan yang tidak tahu ke mana hala tujunya dan menimbulkan pelbagai resah gelisah lantaran dilihat tidak membawa sebarang idea dan penyelesaian masalah.

“Di dalam Parlimen, kami Ahli Parlimen PN membangkitkan tidak ada perancangan dibuat oleh kerajaan untuk menghadapi persidangan Parlimen yang masih lagi berbaki satu minggu. Tidak banyak undang-undang yang dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan. 

“Itu adalah tugas utama Parlimen meluluskan undang-undang, membawa Rang Undang-undang. Kami PN bangkitkan perkara ini, tidak dapat dijawab oleh pihak kerajaan sehingga ke hari ini.

“Apa yang dia bawa ke Parlimen oleh kerana kita bangkitkan isu ini ialah perkara-perkara yang sebenarnya tak perlu dibahaskan di Parlimen seperti laporan Ketua Audit Negara, yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara.

“Tak perlu dibahaskan mengikut Perlembagaan Persekutuan. Tetapi itu yang dibawa. Dia bawa laporan Ketua Audit Negara untuk dibahaskan, tetapi pada masa yang sama hampir 6 bulan Ketua Audit Negara belum dilantik oleh kerajaan PMX.

“Adakah beliau takut kerajaan mereka diaudit oleh seorang Ketua Audit Negara? Itu persoalannya,” ujar Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu mempertikai banyak kegagalan kerajaan Anwar.

Memandangkan PRN tidak lama lagi akan turut melibatkan Negeri Sembilan, beliau menyeru agar dijadikan referandum rakyat penolakan pentadbiran Anwar dengan memberi undi kepada PN. – HARAKAHDAILY 10/6/2023   


2. Kaum Cina, India isyaratkan sokongan kepada PN di N9 

SEREMBAN: Negeri Sembilan dilihat sedang dilanda gelombang perubahan apabila rakyat pelbagai kaum menyerlahkan isyarat sokongan kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) menjelang PRN tidak lama lagi.

Pengerusi PN Negeri Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengakui teruja melihat kehadiran ramai daripada kaum Cina dan India pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat di Senawang, di sini sebentar tadi.

“Ini membuktikan bahawa masyarakat Malaysia sama ada Melayu, Cina, dan India, mereka tidak lagi takut dengan PN seperti yang didakwa, dipropagandakan, didakyahkan oleh Tan Sri Lim Kit Siang bahawa ini adalah gelombang hijau.

“Orang-orang Cina dan orang-orang India jangan takut dengan PN. Mereka patut lebih takut dengan perompak perasuah dan mereka yang tidak boleh dipercayai yang memerintah negara pada hari ini.

“Di depan kita adalah gelombang rakyat, gelombang anak muda yang sudah bosan dengan gelagat dan sandiwara manusia yang ada di Putrajaya itu. Kadang-kadang kita tak tahu, siapa Perdana Menteri Malaysia ini. 

“Kita tak tahu dia nak jadi selebriti ke, dia nak jadi penyanyi ke, dia nak jadi pelari ke, apa lagi, dia nak jadi pelaku…. ha, ha,” ujarnya merujuk kepada pentadbiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Azmin turut mengulangi beberapa kegagalan kerajaan Anwar yang pernah disebutnya melibatkan pengurusan kewangan dan ekonomi serta pelbagai janji tidak tertunai berbanding pentadbiran Kerajaan PN sebelum ini. –  HARAKAHDAILY 10/6/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Annuar Musa masuk PAS. Jom tinggalkan PMX tak cerdik..

Mengapa dikatakan 'Jom tinggalkan PMX tak cerdik..'?
Nak kata cerdik macam mana, lain yang diminta lain dijawab. Jawapan putaq alam, porrah!

Lihat kenyataan YB DATUK HAJI AWANG HASHIM Ahli Parlimen Pendang Bertarikh: 9 Jun 2023   HARAKAHDAILY  9/6/2023, yang minta perinci kos, bukan bentang mengenai pesawat.. 

KAMI minta nyatakan berapa perincian kos, bukan minta briefing mengenai pesawat eksekutif kerajaan.
Jika benar Kerajaan Madani menjaga tatakelola, kenapa tidak menjawab soalan?

Sebenarnya berapa duit kerajaan yang telah dikeluarkan untuk perbelanjaan penggunaan jet peribadi Perdana Menteri ke-10 (PMX)? Semasa jadi pembangkang dulu, PKR dapat dedahkan secara terperinci kos sewaan, operasi, perjalanan yang digunakan Perdana Menteri Keenam, Najib Razak.

Mustahil sebagai kerajaan sekarang pimpinan PH-BN tiada maklumat. Kalau Kerajaan Umno guna RM40.8 juta dalam tempoh 6 bulan, Kerajaan Umno-PH guna berapa? Seandainya ia memang keperluan Perdana Menteri, bentangkanlah. Kecuali jika ada sesuatu yang cuba disembunyikan. 

PERHATIAN: Jom tinggalkan PMX tak cerdik..

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

3 comments:

Anonymous said...

Pmx kita hanya seronok berucap. Tapi buat kerja tak pandai.
Seronok berbohong. Bila ada yang masih percaya.
Seronok melakukan fitnah. Bila ada walanun yang turut serta.
Seronok jadi moderator. Bila dapat kumpulkan samseng politik.
Seronok mereka persepsi. Supaya nampak macam pakar.
Seronok merasmikan majlis. Sebab tak suka duduk pejabat.
Seronok pegang dua jawatan. Supaya boleh lantik anak jadi penasihat.
Seronok tak ambil gaji. Supaya nampak dermawan.
Seronok bekerjasama dengan wak. Supaya dapat jadi pm.

Semua pasal seronok.
Bukan pasal agama.
Bukan pasal bangsa.
Bukan pasal negara.
Kalimah Allah pun dah boleh sharing.
Jutawan melayu jadi bahan.

Anonymous said...

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menangani ekonomi dan kewangan negara.

Menurutnya, dahulu apabila nilai Ringgit jatuh, mereka menyerang kerajaan habis-habisan, tetapi kini memberi kenyataan sambil lewa dan tidak acuh apabila menghadapi kejatuhan nilai Ringgit.

(C&P)

Beliau mana ada masa. Sibuk rasmikan pau. Sibuk naik jet jumpa student usm. Sebab suka bercakap. Sembrono. Pejabat tinggal takpa. Ringgit merudum takpa. Ekonomi meracau takpa. Kalau macam ni baik buat comedy stand up. Cakap jer, kerja tak payah.

Anonymous said...

Apa perkembangan terkini wakil rakyat DAP yang merogol pembantu rumah warga Indobesia tu?

Saja nak tahu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails