Thursday, June 15, 2023

Air berat nuklear Iran diburu.. Saudi sasar makanan, M'sia bila? & seks.

 

Behrouz Kamanvandi

1. Air berat buatan Iran jadi ‘buruan’ dunia

TEHRAN: Banyak pelanggan sedang mencari air berat buatan Iran dan kebanyakan negara dunia sanggup beratur untuk membeli produk itu, menurut jurucakap Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI), Behrouz Kamanvandi, lapor Agensi Berita IRNA.

Beliau membuat kenyataan itu semasa bercakap kepada pemberita selepas pertemuan antara saintis nuklear Iran dan pegawai yang berlangsung di luar lawatan oleh Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Ayatollah Seyyed Ali Khamenei ke pameran mengenai pencapaian nuklear terbaru Iran di Tehran.

Mengenai rundingan pembelian air berat Iran, beliau berkata pelanggan mencadangkan ia dijual lebih US$1,000 seliter.

Pegawai itu juga menyatakan bahawa, penghasilan 20 peratus bahan api tulen dan derivatif air berat dan farmaseutikal nuklear yang lebih cekap daripada ubat lain menunjukkan Iran mendahului dalam teknologi nuklear. – BERNAMA-IRNA  


2. Saudi sasar RM93 bilion pelaburan industri makanan  

Pelaburan berjumlah RM93 bilion disasarkan Arab Saudi bagi menyokong pembangunan industri makanan di negara itu menjelang tahun 2035. (FOTO: AP)

RIYADH: Kementerian Perindustrian dan Sumber Mineral Arab Saudi mengumumkan bahawa ia menyasarkan untuk menarik pelaburan bernilai AS$20 bilion (RM93 bilion) dalam industri makanan menjelang tahun 2035. 

Pelaburan itu akan digunakan untuk menyokong pembangunan industri makanan di negara itu yang termasuk tenusu, sektor roti, gula-gula dan minuman, lapor Saudi Press Agency (SPA).

Kementerian tersebut merancang untuk memaksimumkan nilai beberapa tanaman pertanian di mana Kerajaan mempunyai kelebihan perbandingan. Kementerian itu juga menyasarkan untuk menggandakan nilai eksport daripada AS$3.7 bilion pada 2022 kepada AS$10.9 bilion menjelang 2035.

Matlamat tersebut adalah selaras dengan objektif Strategi Perindustrian Kebangsaan, yang bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan mampan industri makanan.

Menteri Perindustrian dan Sumber Mineral,  Bandar Al-Khorayef berkata kementerian itu kini sedang mengusahakan beberapa projek, termasuk projek pembesaran bernilaiAS$1.2 bilion oleh Syarikat Almarai untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran ayam itiknya; sebuah kilang produk ayam AS$120 juta oleh Arab Seara Food Industries, anak syarikat kumpulan GBS Brazil di Timur Tengah dan Afrika Utara; dan projek tuna dalam tin bernilai AS$133 juta, yang merupakan yang pertama seumpamanya di Saudi.

Al-Khorayef berkata pelaburan baharu itu akan mewujudkan lebih 4,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor itu. 

“Pelaburan berkenaan juga akan membantu membangunkan kandungan tempatan dalam industri makanan dan menggalakkan eksport produk makanan Arab Saudi ke pasaran serantau dan global,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/6/2023  

3. Jurang ketidaksamaan jantina tidak bertambah baik 

NEW YORK: Ketidaksamaan jantina kekal tidak berubah selama sedekad yang lalu, impak budaya berat sebelah dan tekanan yang berterusan menghalang pemerkasaan wanita dan hasrat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyamaratakan hak lelaki dan wanita menjelang  tahun 2030.

Hasil penyelidikan PBB dikeluarkan pada hari ini, Isnin (12 Jun) berkata, walaupun terdapat lonjakan dalam kumpulan hak asasi wanita dan gerakan sosial seperti Time’s Up dan MeToo di Amerika Syarikat, namun norma sosial yang berat sebelah dan krisis pembangunan manusia yang lebih luas yang dipertingkatkan oleh pandemik Covid-19, menyebabkan ramai wanita kehilangan pendapatan, dan telah menghalang kemajuan dalam ketidaksamaan jantina.

Dalam laporan terbaharunya, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) menjejaki isu itu melalui Indeks Norma Sosial Gendernya, yang menggunakan data daripada program penyelidikan antarabangsa Kajian Nilai Dunia (WVS).

Tinjauan itu diambil daripada set data yang merangkumi 2010 hingga 2014 dan 2017 hingga 2022 daripada negara dan wilayah yang meliputi 85% daripada populasi global, lapor Reuters.

Analisis terkini menunjukkan hampir sembilan daripada 10 lelaki dan wanita mempunyai asas (isu) berat sebelah terhadap wanita.

“Tahap peningkatan dari masa ke masa ke arah usaha menyamaratakan hak jantina agak  ‘mengecewakan’,” kata penasihat penyelidikan dan perkongsian strategik di UNDP dan pengarang bersama laporan itu, Heriberto Tapia.

Tinjauan itu juga menyatakan bahawa hampir separuh daripada penduduk dunia berpendapat bahawa lelaki adalah pemimpin politik yang lebih baik, manakala 43% berpendapat lelaki adalah eksekutif perniagaan yang lebih baik berbanding wanita.

“Kita perlu mengubah berat sebelah gender, norma sosial, tetapi matlamat utama adalah untuk mengubah hubungan kuasa antara wanita dan lelaki, antara manusia,” tegas Aroa Santiago, pakar gender dalam ekonomi inklusif di UNDP  kepada Reuters.

Walaupun pendidikan sentiasa dipuji sebagai kunci untuk meningkatkan hasil ekonomi untuk wanita, tinjauan itu mendedahkan hubungan terputus antara jurang pendidikan dan pendapatan, dengan purata jurang pendapatan pada 39% walaupun di 57 negara, di mana wanita dewasa lebih berpendidikan berbanding lelaki.

“Lebih banyak bahaya langsung kepada kesejahteraan wanita boleh dilihat dalam pandangan mengenai keganasan, dengan lebih daripada satu daripada setiap empat orang percaya adalah wajar bagi seorang lelaki untuk memukul isterinya,” kata UNDP. – HARAKAHDAILY 12/6/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Air berat nuklear Iran diburu.. Saudi sasar makanan, M'sia bila? & seks.

Nampaknya kerajaan sekarang tak mampu buat apa-apa untuk membangunkan ekonomi negara dan rakyat. Saudi sasar makanan, M'sia bila? Telur ayam pun terpaksa import dari India dengan harga 'sembeleh hidup-hidup'?

Celeklah mata wahai rakyat tertindas. Simpan apa lagi kerajaan macam ni. Tumbangkan segera melalui peti undi. Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam Insya Allah! Jom bangun bersama Islam.

10 comments:

Anonymous said...

Ada ketua parti terpaling hebat cakap, negeri lain sudah menunjukkan perubahan, terenganu, kelantan, kedah, perlis; melaka dengan johor ketinggalan. tapi herannya ramai rakyat pantai timur ada di negeri yang kjetinggalan tu, agaknya ni la sebab ponteng ke parlimen, takut nanti kena tanya apa yang ketinggalan, tercabut gigi nok jawab...

Anonymous said...

Cer tanya pmx, ada ker dia bagi peruntukan kat mp pembangkang. Kat mp kerajaan, dia bagi full. Ada ker pmx bagi peruntukan kat negeri pembangkang.

Pmx memang mahu negeri pembangkang miskin, supaya senang bagi politik wang kat pengundi. Tapi pengundi perikatan nasional tak makan rasuah. Ini amalan orang melayu Islam.

Beza dengan liberal. Bagi tiket pun boleh nonton untold story. Kemudian ungkit boxoffice. Belum lagi yang lain. Seperti jamuan raya. Kat negeri lain nyambut raya juga. Tapi tiada jamuan raya.

Anonymous said...

Ada pm tu dia seronok pergi parlimen. Sebab boleh bercakap banyak. Dan seperti biasa semua dapat duga kontentnya. Dahlah kosong tak praktikal, bohong pun banyak.

Falsafahnya. Bohong jika selalu diulang, orang akan percaya akhirnya. Mungkin tidak bagi penyokong pn. Mereka payah nak dirasuah. Juga sudah kenal susuk yang banyak cakap bohong. Hari ni jadi kerajaan, esuk harga minyak turun.

Anonymous said...

Petikan dari kata kata cikgu bard.

Anwar cerdik orangnya. Katanya gunakan tiga prinsip ini.
- Jika sudah melakukan kesalahan, jangan sekali kali mengaku.
- Pindah kesalahan itu kepada orang lain. Atau buat satu tuduhan ke atas orang lain.
- Create isu baru. Supaya isu asal dilupakan.

Anonymous said...

Kata yb jidin: dalam 47 saat pm bercakap, berapa yang betul.

#Setelah diteliti, tiada satu pun fakta yang betul. Semuanya bohong.#

Begitulah pm. Banyak sangat bohong. Tak buat kerja. Tak cari fakta. Kemudian klentong tak sudah sudah.

Anonymous said...

Cerdik nik ada 2 perkara
1 cerdik membawa kebaikan dan kemajuan
2 cerdik yang menipu setelah buat kerja tipu...kira tipu dalam tipu

Tuh sebab dia nih kerja menipu tapi yang kena tipu sedap dibuai tipu

Terbaru dia kata 30,000 murid tidak ambil SPM prihatin konon siap kata menteri pelajaran sekarang yang mengambil perhatian...selang berapa jam Radzi Jidin tibai PM belakang main tuh nanti dia buat pekak atau dia tolak kat orang tuh cerdik penipu.
...

Anonymous said...

- Beliau kata hari ni jadi kerajaan, esuk harga minyak akan turun.
- Akhirnya beliau kata beliau akan ambik gaji.
- Beliau kata 30000 tak ambik spm, sebenarnya 14000. Itu pun bawah menteri pkr.
- Beliau kata parti ambik dana judi.
- Beliau kata tak kan bergabong dengan hoi hoi ya hoi.
- Beliau janji akan bebaskan najib bila jadi pm.
- Beliau boleh buat muka selamba bila bohong. Kata orang dah sebati.
- Beliau layak dapat gelaran raja bohong.

Anonymous said...

Ahli umno beriman ngan rasuah. Banyak rasuah parti merudum. Presiden sekarang pun ada 47 kes. Itu pun pimpinan umno masih perasan parti mereka bersih. Kalau guna ungkapan hoi hoi ya hoi, orang dah tahu, itu merujuk parti apa. Yang dalam penjara pun ada kaitan ngan rasuah. Itu pun dituntut supaya bebas. Kalau marhain kejam bukan main. Tiada pengampunan.

Anonymous said...

Dah 6 bulan.
Harga minyak tak turun lagi.
Ringgit jatuh lagi.
Harga makanan masih naik.
Orang banyak duit mewah makan, orang miskin ikat perut.
Bursa saham terus turun, pelabur cabut lari.
30000 tak ambik spm, bukannya 14000.
Yang bukan ulamak pulak memandai jer tafsir Quran, yang bukan Islam ikut join.
Sempadan negara makin susut.
Tanah rizab melayu terjual, sebab nak kumpul duit buat simpanan.
Naik jet ke sana ke mari, kurang duduk pejabat.
Makin terhimpun koleksi auta.
Last last setuju ambik gaji.

Anonymous said...

Jom kita sokong kerajaan PERIKATAN NASIONAL.
Nanti kita majukan sektor pertanian kat semua negeri. Bukan kedah jer.
Kita kembalikan royalti kepada kerajaan negeri. Tiada lagi rompakan royalti.
Kita berikan peruntukkan mp kepada semua mp. Tiada rompakan peruntukan.
Kita ambik semula tanah rizab melayu yang terjual.
Kita berhentikan segala auta.
Kita kembalikan keyakinan pelabur, terutama pelaburan modal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails