Tuesday, May 09, 2023

Berkenalan dengan PAS Masabuchi Kana, Jepun.. & DAP lagi!

 


1. Dr Halimah rai undangan Pegawai Diplomatik Jepun

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Halimah Ali meraikan undangan Pegawai Diplomatik dan Protokol, Kedutaan Jepun, Masabuchi Kana yang mahu mengenali PAS lebih dekat.

Pertemuan tersebut diadakan di restoran halal makanan authentik Jepun di sini, semalam.

Dr Halimah menerangkan PAS adalah parti yang mempunyai prinsip yang jelas, bertindak di atas kesedaran bahawa Tuhan Yang Esa Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

Ahli Parlimen Kapar itu berkata, integriti dan akauntabiliti adalah perkara asas bagi PAS dan telah terbukti di bawah pemerintahan parti itu.

Katanya, pimpinan dan ahli PAS bergerak untuk kejayaan dunia hingga akhirat dan bukan memburu kejayaan dunia semata-mata.

Beliau menjelaskan bahawa PAS tegas dengan prinsip, tidak mahu berkompromi walaupun mungkin kalah atau rugi jawatan dan peruntukan.

Menurutnya, PAS telah membuktikan kebajikan dan keadilan rentas kaum di Kelantan, Terengganu dan Kedah serta komited untuk melebarkannya di mana jua jika PAS terus diberi kepercayaan memimpin dan mengurus tadbir.

Bagaimanapun katanya, sedikit kelemahan yang PAS akui dalam menyebarkan maklumat tepat mengenai tata kelola baik dan kebajikan inklusif parti di seluruh negara akan diambil tindakan sewajarnya. – HARAKAHDAILY 4/5/2023 

2. Kenyataan media sokong TG Abdul Hadi sebagai PM palsu 


KENYATAAN Media bertajuk ‘Sokongan Terhadap YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Ahli Parlimen Marang Sebagai Perdana Menteri Malaysia’ yang sedang tular pada masa ini adalah palsu dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang disebutkan.

Harap maklum. Terima kasih. – HARAKAHDAILY 4/5/2023 

3. Kerajaan Perpaduan DAP yang pungut laba 

SEMUA DAP, dah macam Selangor dan Malaysia milik mereka.

Dari kiri ke kanan (semua DAP);

1) ADUN Banting Lau Weng San. 
2) ADUN Kinrara – Exco Ng Sze Han.
3) Menteri KPKT Nga Kor Meng.
4) Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim.

Dalam majlis ini Menteri (DAP) umumkan:

1) RM5 juta untuk projek pembangunan 77 kampung baru Cina di Selangor.

2) Skim Pinjaman Mikro Kredit baru untuk peniaga kecil warga kampung baru Cina antara RM5,000 ke RM150,000 dengan kadar faedah hanya 2.25 peratus.

3) Peruntukkan RM104 juta untuk pengindahan dan promosi pelancongan kampung-kampung baru Cina.

Syabas DAP, dominasi kukuh anda dalam Kerajaan Campuran benar-benar berbaloi.

Terima kasih Umno kerana beri peluang DAP kembali duduk dalam kerajaan.

Apa lagi yang Melayu mahu?

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR 
Setiausaha 
PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 5/5/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berkenalan dengan PAS Masabuchi Kana, Jepun.. & DAP lagi!

Mengapa dengan DAP? Semua DAP, dah macam Selangor/Malaysia milik mereka. Senang-senang
menteri DAP umumkan:

1) RM5 juta untuk projek pembangunan 77 kampung baru Cina di Selangor.
2) Skim Pinjaman Mikro Kredit baru untuk peniaga kecil warga kampung baru Cina antara RM5,000 ke RM150,000 dengan kadar faedah hanya 2.25 peratus.
3) Peruntukkan RM104 juta untuk pengindahan dan promosi pelancongan kampung-kampung baru Cina.

Apakah PMX pun ikut jadi 'barua'DAP?

Tuan-tuan semua, marilah kita kembali kepada Islam. Blog ini mengharap dan merayu kepada pembaca-pembaca budiman terutama kawan-kawan kita yang bukan Islam supaya menyokong atau mengundi PAS/PN untuk bangunkan negara Islam yang bebas rasuah, merdeka, dan berkebajikan untuk semua agama. Insya Allah! 

 INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..

19 comments:

Anonymous said...

Dolu suka berjubo sekarang suka fitnah..!!

Mentaliti pH/UMNo tuduh dah fitnah dolu, fakta dan bukti kemudian cerita..!! Seperti fitnah Bossku dalam kes 1MDB masih di jaja.. tapi rakyat dah meluat fitnah jijik ini..!!

Brother Anwar Bin Ibrahim telah membuat tuduhan palsu mengenai penyelewengan dana awam sebanyak RM600 bilion, yang dikurangkan kepada RM530 bilion, dan kemudian kepada RM92.5 bilion, kemudian kepada RM4.5 bilion, dan akhirnya kepada hanya RM300 juta.

Lagi pelik bukan sahaja angka itu terus berubah, malah ceritanya juga terus berubah: daripada Muhyiddin Yassin mencuri wang rakyat kepada Muhyiddin menerima rasuah dan sogokan. Akhirnya, apabila Muhyiddin ditangkap didakwa, ia bukan kerana penyelewengan, rasuah atau rasuah, ia adalah kerana salah guna kuasa.

Muhyiddin yang di fitnah meluluskan inisiatif Kementerian Kewangan (MoF) yang dipanggil ‘Projek JanaWibawa’, yang merupakan rancangan ekonomi untuk membantu kontraktor Bumiputera yang berada dalam kesusahan daripada muflis. Muhyiddin tidak bertanggungjawab ke atas Projek JanaWibawa, MoF adalah, dan beliau juga tidak mempunyai kuasa kelulusan.

Jadi bagaimana Muhyiddin boleh menyalahgunakan kuasa yang dia tidak ada?

Muhyiddin selanjutnya didakwa kerana meluluskan rayuan Yayasan Al-Bukhary mengenai status pengecualian cukainya, yang telah dibatalkan oleh Menteri Kewangan ketika itu Lim Guan Eng semasa pemerintahan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, kedua-dua Anwar dan Guan Eng telah menafikan perkara ini. Dalam kes itu, bagaimana Muhyiddin boleh dituduh melakukan jenayah salah guna kuasa kerana meluluskan rayuan Yayasan Al-Bukhary terhadap status pengecualian cukainya jika status pengecualian cukai itu tidak pernah ditarik balik?

Perkembangan yang lebih menarik turut berlaku dalam Semakan Kehakiman yang melibatkan akaun bank BERSATU.

Pertama, SPRM merampas akaun bank BERSATU tanpa memaklumkan BERSATU. SPRM telah mendakwa BERSATU menerima wang daripada sumber rasuah dan atas sebab itu akaun mereka boleh dibekukan.

Bagaimanapun, sehingga hari ini BERSATU tidak didakwa atas sebarang kesalahan. Lebih menarik ialah hakikat bahawa SPRM kini terdedah kerana menghalang dan campur tangan dalam pentadbiran atau perjalanan keadilan.

Hanya dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia PH/ mentaliti korup fitnah Umno perkara sebegini boleh berlaku!

Celah mana yang dikatakan penyalahgunaan kuasa?

Anonymous said...

Walaupun berita itu palsu, tapi sangat berharap tghh jadi pm. Dibantu oleh menteri menteri yang bersih. Tiada bekas banduan. Tiada kluster mahkamah. Tiada tubuh kerajaan ikut pintu belakang. Yang penting tiada yang lewat.

Anonymous said...

Jepun adalah negara maju demokrasi Maharaja Berperlembagaan yg satu ketika dulu katanya kerap bertukar perdana menteri sehinggakan berlaku pertukaran PM sampai dua tiga orang dalam setahun,
diantara sebab perletakan jawatan tersebut adalah kerana didapati pernah didapati satu kali berucap perkara didapati tidak benar pada kempen pilihan raya.

Anonymous said...

Saiful telah bersumpah laknat, seorang lagi tak sumpah apa2 pun sebab takut? Tunggu lah tengok siapa yang kena nanti, ianya mengambil masa yang sangat panjang.

Anonymous said...

Jom kita pakat pakat sokong tghh jadi pm. Ramai pimpinan lain yang layak tubuh team yang bersih dan sihat. Mereka kurang bercakap tapi buat kerja. Mereka bukan kluster mahkamah. Mereka bawa virus pembangunan.

Cukup sudah dengan virus rasuah. Virus lgbt. Virus lewat. Virus jahiliah. Virus komunis dapig. Virus janji yang gagal dilunaskan. Hari ni jadi kerajaan, esok harga minyak turun. Hari ini jadi kerajaan, esok bantuan sekolah swasta cina lulus.

Anonymous said...

Umno kini hanyalah berfungsi sebagai pengampu kepada kerajaan DAP/PKR? Suatu ketika dahulu kedua2 musuh politik yang puluhan tahun telah memburukkan parti itu? Fungsi parti itu kini telah berubah. Jom orang kampung pakat ramai2 sokong gelombang hijau..

Anonymous said...

InsyaAllah tak lama lagi gelombang hijau akan menguasai kerajaan sesuai dengan fitrah dan sunnah alam. Jom istiqamah!

Anonymous said...

UMNO daripada pemerintah yang memiliki kerajaan kita telah bertukar kepada pengampu kerajaan DAP/PKR no.1. Salam takziah diucapkan.

Anonymous said...

Trending sekarang, bekas2 wakil rakyat yang tak terpilih pula yang berlebih2an bergitu vocal. Sehingga ada yang mendakwa ingin menumpang populariti orang lain... kesian, eloklah cermin diri dan terima hakikat anda telah ditolak oleh majoriti rakyat...

Anonymous said...

Barua versus Barua...

Kenapa 9 kan bagus kalau kasi 90 lagi.. kikikik

Sembilan tuntutan yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdasarkan writ saman saman berjumlah RM150 juta sepertimana dilaporkan oleh Astro AWANI:( Astro milik kroni Tun)

i. Ganti Rugi Am (“General Damages”) disebabkan penghinaan terhadap plaintif daripada kenyataan-kenyataan fitnah defendan tersebut berjumlah RM50 juta.

ii. Sejumlah Ganti Rugi Teladan (“Exemplary Damages”) disebabkan penghinaan terhadap plaintif daripada kenyataan-kenyataan fitnah defendan tersebut sejumlah RM100 juta.

iii. Perintah bahawa defendan dengan serta-merta menarik balik kesemua dan setiap satu kenyataan-kenyataan defendan tersebut.

iv. Perintah bahawa defendan menyebabkan kesemua perkongsian kenyataan- kenyataan tersebut di semua platform media sosial dan/atau media elektronik cetak yang telah tertular tersebut dipadam dengan serta-merta, yang mana telah dikongsi oleh pengguna-pengguna lain di atas kesalahan defendan sendiri.

v. Perintah bahawa defendan hendaklah membuat permohonan maaf secara bertulis kepada anak guam kami tanpa syarat dan secara terbuka termasuk dengan aku janji bahawa defendan tidak akan sama sekali membuat apa-apa kenyataan

vi. Perintah bahawa defendan mengadakan satu sidang media khas sempena permohonan maaf dan aku janji kepada plaintif

vii. Faedah ke atas ganti rugi di atas pada kadar lima peratus setahun dari tarikh writ saman ini difailkan sehingga penyelesaian penuh terhadap defendan;

viii. Kos tindakan ini ditanggung oleh defendan.

ix. Relif-relif lanjutan yang difikirkan suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.

Selamat bergaduh wahai barua barua LeeKwanYee@DAP... Bergaduh lah kau sampai mampos..!!

Pada orang Melayu' sekelian meh kita tepok tangan dan ketawa terbahak bahak saksikan semua barua barua DAP@LeeKwanYew bercakaran dan berbunuhan sesama sendiri...

Haah tepokkkk..!!

#haahtepokkk

Anonymous said...

Baru beberapa bulan, menteri menteri dah ada isu. Itu yang zahir. Yang belakang belakang entah berapa banyak pulak. Bmx pandai berlakon. Depan rakyat lain lakonnya. Belakang rakyat lain pulak. Depan lelaki lain, depan perempuan lain.

Menteri menteri pun berlakon jugak. Yang paling kuat berlakon presiden parti kris dan konco konconya. Berlakon innocent. Juta pungut khazanah negara. Udah menumpang kasih, masih boleh warning sekutu kerajaan perpaduan. Lanun warning lanun.

Jom sokong tghh dan teamnya. Mereka jujur dan tidak berlakon. Mereka laksanakan projek untuk rakyat. Langsung tak ambik komisen. Yang ada kes terus dipecat. Jaga kpi. Mereka betul betul jaga rakyat, jaga agama, jaga negara.

Anonymous said...

60 tahun parti kris memerintah, peribumi kekal miskin. Mereka buat banyak pembangunan, tapi peribumi kekal miskin. Sorang peribumi jadi jurutera, 50 bukan peribumi jadi jurutera. Sorang peribumi jadi doktor, 50 bukan peribumi jadi doktor. Pimpinan kris berebut jadi menteri. Dapat jawatan, hidup makin berharta. Harta haram.

Kerajaan perpaduan meneruskan legasi memiskinkan bumiputera. Hari ini jadi kerajaan, esok bantuan sekolah swasta cina diluluskan. Mana mana projek untuk membantu bumiputera, ditukar jadi rasuah. PSI membantu kapitalis kumpul khazanah, nelayan hilang mata pencarian. Rantaian projek tidak dikongsi dengan bumiputera, tapi berlegar di kalangan komunis dapig. 29 kampung melayu di pulau pinang lenyap tanpa pembelaan.

Beza dengan pas yang jujur memerintah. Pimpinan tidak bertambah kaya. Pembangunan membangun serasi dengan penduduk asal. Pengagihan yang berlegar secara adil. Tiada ujud kapitalis yang memeras bumiputera. Produk makanan halal. Jaga bersih zahir, jaga bersih batin.

Anonymous said...

Pakatan hancing kata pn jilat ludah sendiri bila bertemu atok.

Parti kencing rakyat lagi teruk. Makan kahak sendiri. Dulu kata no hoi hoi ya hoi. Last last jadi rakan perpaduan.

Parti kris pun sedut kahak sendiri. Dulu kata no anwar no dap. Last last jilat bontot bmx dan eng guan mohon jadi ahli perpaduan.

Kata orang lain. Last last ludah jatuh ke muka sendiri. Memang teruk betui. Lepas tu depa berlakon tunjuk baik.

Anonymous said...

Dsai sj brani lawan Madet.

Yg lain kecut

Anonymous said...

Dendam kut. Kisah lama. Bongkar lewat.

Anonymous said...

Bilamana gagal membantu menaiktaraf kehidupan orang2 Melayu, hartawan2 pula disalahkan... tugas membantu orang2 susah, miskin adalah tugas PM bukan tugas hartawan... kesian, suka menyalahkan orang lain, bila dah gagal tuding kegagalan kepada org lain pula. Ish..ish..pemimpin apa macam ni?

Anonymous said...

Naikkan OPR bukanlah cara untuk menolong rakyat yang sudah sedia susah.. ish..ish.. pemimpin apa macam ni?

Anonymous said...

Tanpa disedari oleh pemimpin2 mereka, UMNO kini ditunggang keras oleh kerajaan DAP/PKR untuk memancing undi2 Melayu, dah tak lama hayatnya... ish..ish.. kesian

Anonymous said...

Kerajaan DAP/PKR gunakan duit rakyat untuk buat 6 jamuan hariraya di 6 negeri dengan tujuan memancing undi pihanraya untuk parti? Ish..ish.. mana BERSHIT yang suatu ketika dahulu bergitu lantang menentang sapahguna kuasa?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails