Saturday, May 13, 2023

Cemerlang di mata rakyat. Ini, jika PN menang.

 


1. YB PAS cemerlang di mata rakyat

SITUASI semasa kemarau beberapa tempat di Rantau Panjang melibatkan tindakan segera Ahli Parlimen Rantau Panjang menggunakan pelbagai kaedah mendapatkan air untuk rakyat adalah sebahagian contoh kebijaksanaan dan kesungguhan pemimpin PAS dalam membantu rakyat.

Inilah kesan sekatan bantuan air oleh Persekutuan bermula penarikan semula peruntukan bagi projek BAKU 1990 di Kelantan dan sekatan-sekatan bantuan selepas itu dan malangnya diteruskan oleh kerajaan hari ini.

Cybertroper PH-BN tidak perlu meloncat di dahan yang rapuh dalam isu ini, dikhuatiri jatuh bersekali pokok.

Memperkecil usaha pimpinan negeri membantu rakyat ditindas Kerajaan Persekutuan yang terus-terusan berdendam politik adalah langkah sadis yang memualkan.

YB-YB PAS, teruskan usaha membantu rakyat dan ternyata kita tidak salah memberikan undi. 

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS 
Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 8/5/2023


2. Paling corot, tapi memenangi hati rakyat Kemboja 

Bou Samnang tetap menghabiskan larian dalam keadaan hujan lebat

Seorang atlet sukan Kemboja menyentuh hati rakyat negara itu dan peminat sukan secara keseluruhan apabila gigih menamatkan acara 5,000 meter wanita dalam hujan lebat pada Sukan SEA Isnin lalu walaupun pemenang acara itu menamatkan perlumbaan hampir enam minit lebih awal.

Apabila Bou Samnang berjaya melepasi garisan penamat, dia menangis teresak-esak, menyatukan telapak tangannya tanda terima kasih kepada penyokongnya.

Pemenang, iaitu bintang olahraga Vietnam Nguyen Thi Oanh, menamatkan perlumbaan itu, lima minit dan 54 saat lebih awal.

Atlet yang menduduki tempat kedua terakhir, Run Romdul, juga berasal dari Kemboja yang menganjurkan temasya tahun ini.

“Walaupun kalah, anda memenangi hati Kemboja,” tulis pengguna Facebook, Mao Vanthan.

Seorang lagi pengguna media sosial, Chanphal Ngy, berkata: “Kami menitiskan air mata bersama anda… Anda akan berjaya dalam hidup mengikut kehendak anda.”

“Ketahanan anda adalah inspirasi sebenar kepada kami semua,” kata Kong Dara.

“Komitmen anda untuk mengharungi cabaran, mengekalkan sikap positif dan tidak pernah berputus asa terhadap diri sendiri adalah bukti kekuatan dan perwatakan anda.

“Anda mungkin tidak memenangi perlumbaan, tetapi memenangi kekaguman dan penghormatan kami atas semangat anda yang tidak berbelah bahagi.”

Menurut seorang pegawai Kementerian Penerangan Kemboja, Bou menerima bonus AS$250 daripada Menteri Penerangan, Khieu Kanharith. – AFP


3. Jaminan PN jika menang PRN 


SHAH ALAM: Jaminan yang diberikan adalah kepimpinan yang bersih dan stabil sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, PN merupakan parti yang amat menekankan kepimpinan yang bersih dan tidak bersifat ekstrem berbanding dengan parti-parti lawan.

“Kami sebagai parti PN sangat menghargai semua kaum berbeza dengan Pakatan Harapan (PH) kerana lihat sendiri tuntutan PH dan Barisan Nasional sendiri (BN) yang bersimpang siur,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa buktinya adalah melalui sifat mereka (PH dan BN) itu sendiri, yang mana jika tidak menerima tuntutan, maka mereka akan lari ke pihak lain.

Tambahan pula, beliau menyatakan bahawa ini adalah satu daripada sifat mereka yang jenis berpolitik ikut cara ekstreme seolah-olah hanya mereka sahaja  yang perlu diberikan perhatian dalam apa sahaja keadaan.

“Berbeza dengan kami (PN) mempunyai cara memerintah kerana kami amat mementingkan kepentingan bersama dan bukannya peribadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media pada acara Rumah Terbuka PAS di Pusat Perniagaan Worldwide 2, di sini, semalam.

Sanusi turut memberi amaran supaya berhati-hati dengan amalan ekstrem yang dilakukan oleh PH dan BN.

“Tuntutan politik yang bersifat sebegitu amat berbahaya untuk negara kita dan oleh sebab itu, kita perlu menghalangnya daripada berlaku,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/5/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Cemerlang di mata rakyat. Ini, jika PN menang.

Jaminan yang diberikan adalah kepimpinan bersih dan stabil sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang.  Buktinya, lihat sifat mereka (PH dan BN), jika tidak menerima tuntutan, maka mereka akan lari ke pihak lain.

Oleh itu kembalilah kepada Islam dengan mengundi PN..

 INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  



Bersambung..

4 comments:

Anonymous said...

Cer buat perbandingan mudah.

Bmx kata dia bersungguh sungguh nak benteras rasuah. Beliau adalah bekas banduan jenayah salah guna kuasa. Kemudian beliau bersekutu dengan presiden 47 kes. Beliau bersekutu dengan trowong sepet. Kemudian beliau suruh menteri yang terbabit dengan sendiket pekerja asing terus menjalankan tugas. Beliau lantik juga yang tewas pilihan raya jadi penasihat ekonomi. Team beliau rata rata tak semiak. Tak senonoh. Tak boleh dipercayai.

TGHH kata dia nak benteras rasuah. Beliau bersih dan amalkan politik bersih. Beliau singkir yang bermasalah. Beliau punya team yang sifar banduan. Sifar rasuah. Sifar kluster mahkamah. Beliau boleh dipercayai.

Jadi nak pilih sapa.

Anonymous said...

Parti paling jahat ialah parti kencing rakyat. Kerana apa? Kerana dipimpin oleh seorang yang pernah berada di belakang jaring. Belakang jaring pasai jenayah dan pasai sex luar biasa.

Kebuloq. Pasai tu boleh ambik 47 kes. Boleh ambik geng trowong. Dia nak pecah belahkan orang melayu. Geng baik dengan geng jahat.

Anonymous said...

Guan Eng marah atau acah acah marah pasal OPR naik... Possible marah bebeno tu ado Le sbb orang orang kaya mata sepet ni suka pinjam bank...

Raja Formula Rafizi pulak kato sokong tindakan Bank Negaro.. ni acah acah pandai formula atau mme Dio sorang yang bangang

Sesama duduk dlm kerajaan pun tak sehalua

Bang Non pulak lansung tak bunyi..


Kikikiki

Anonymous said...

.Orang Melayu' dah sedar semua pemimpin Melayu' UMNo dolu dolu diciptakan untuk jadi barua LeeKwanYew melalui agen nya taikun taikun mata sepet bersama hidden hand MCA / DAP ..

Umpan Khairy, Shahril jadi PM petanda DAP tiada calon layak.. DAP dah tak ada calon Melayu' untuk dikudakan ...

Aljuboori adalah pemimpin Melayu' terakhir DAP kudakan sebagai barua tuannya LeeKwanYew @DAP..

Baru-baru ini, bekas Ahli Parlimen Bangi dari DAP, Dr Ong Kian Ming mengajak bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, menyertai DAP kerana parti itu tiada calon untuk diangkat menjadi Perdana Menteri (PM).

Lingkup kan barua Al Jubori PRN ini maka barua hapuslah semua barua barua DAP Singapura@LeeKwanYew Dan automatik melingkup juga negara Singapura sana

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails