Sunday, April 16, 2023

MB Kedah suntik PAS P/Pg. PH-BN bimbang.

 


1. PRN: MB Kedah suntik semangat PAS Pulau Pinang

KEPALA BATAS: Harapan tinggi Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dato’ Seri Muhammad Sanusi menyuntik semangat PAS Pulau Pinang bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Yusni Mat Piah berkata, keyakinan PERIKATAN NASIONAL (PN) mampu menawan 15 kerusi DUN pada PRN15 menjadi penyuntik semangat semua pihak.

“Kesemua hadirin terutamanya para amilin begitu kagum apabila Menteri Besar Kedah dengan bersahaja mengatakan bahawa kita yakin dapat menawan Pulau Pinang.

“Begitulah terserlahnya aura Datuk Seri Sannusi yang dikagumi semua rakyat Malaysia. InsyaAllah, PAS Pulau Pinang bersama-sama PN bersedia untuk menawan Pulau Pinang,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya.

Sebelum itu Sanusi dan pemimpin PAS Pulau Pinang menghadari Majlis Berbuka di Dewan Al Ansar, Masjid Muhajirin Seberang Jaya.

Seramai 300 tetamu hadir termasuk Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Mohamad, wakil-wakil rakyat, wakil Bersatu, NGO, Jabatan Amal Pulau Pinang dan pelajar Akademi Tahfiz Al Qur’an AsSyaamil (AQSA) Alma, Bukit Mertajam.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan qasidah oleh pelajar AQSA.

Sementara itu pada majlis lain iftar perdana PAS Pulau Pinang berjaya mengumpulkan sumbangan hampir RM100,000 hasil jualan meja bagi Dana Pembangunan Komplek PAS Pulau Pinang.

Program itu diadakan di Darul Hadis, Pokok Machang, Tasek Gelugor malam semalam.

Sumbangan diterima daripada badan-badan korporat, ahli-ahli Parlimen PAS serta pimpinan dari Perlis, Kedah, Perak, Terengganu dan Johor.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dan Pesurunjaya PAS Johor Abdullah Husin.

Sumbangan infaq itu akan digunakan untuk membiayai pembangunan kompleks PAS Negeri Pulau Pinang fasa 1 yang bernilai RM2.4 juta. – HARAKAHDAILY 18/4/2023


2. Kompetensi Sanusi membimbangkan PH-BN 

Tuan Guru Zulkifli Ismail

AYER KEROH: Kompetensi dan prestasi cemerlang Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhamad Sanusi Md Nor membimbangkan pemimpin PH-BN sehingga diserang dari pelbagai sudut.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Zulkifli Ismail, Sanusi merupakan seorang yang mempunyai visi yang sangat jauh di dalam kepimpinan beliau terhadap Kedah.

“Sehingga di bawah kepimpinan beliau kita melihat pelaburan begitu besar di negeri Kedah. Kemajuan Negeri Kedah sangat jelas di bawah pentadbiran beliau, kepimpinan yang mempunyai visi dan mempunyai kemampuan, kompentensi untuk melaksanakan visi. Ini ada pada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Sanusi.

“Justeru itu beliau sebagai pemimpin yang diamanahkan oleh PAS untuk menerajui Kerajaan Negeri Kedah, sebagaimana pemimpin-pemimpin yang diamanahkan oleh PAS daripada Menteri Besar Menteri Besar PAS untuk menerajui kerajaan di negeri masing-masing, adalah merupakan daripada kalangan pemimpin-pemimpin yang memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik,” ujarnya.

Tambahnya, dalam suasana yang ada pada hari ini kepimpinan seperti ini sangat digeruni oleh musuh-musuh politik PN kerana mereka yang berada dalam PH tidak mempunyai ciri-ciri tersebut.

“Mereka hanya bercakap dan kemudiannya melakukan pembohongan kepada rakyat dan di dalam melaksanakan tugas tidak ada kemampuan, tak ada kompetensi langsung.

“Sehingga mereka dilihat oleh rakyat dalam tempoh 100 hari apa ini gagal untuk mereka memimpin negara kita ini keluar daripada krisis.

“Sehingga pandangan-pandangan rakyat yang dilontarkan kepada mereka tidak diberikan perhatian yang sewajarnya. Itu menunjukkan pemimpin yang sangat lemah,” katanya.

Tambah beliau, mereka juga bimbang dengan kepimpinan yang baik yang ditunjukkan oleh Sanusi.

“Dan mereka melihat Dato’ Seri Sanusi ni kalau terus beliau memimpin Kedah sebagai Menteri Besar menjadi poster boy di dalam pilihan raya yang akan datang ini, mereka tahu mereka tidak mempunyai sebarang harapan untuk mendapat sokongan rakyat di negeri Kedah dan begitulah juga di negeri-negeri yang lain,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau juga melihat situasi serangan bertubi-tubi terhadap Sanusi adalah merupakan suatu tindakan yang terancang untuk ‘membunuh’ karektor Menteri Besar Kedah itu.

“Sebab itu saya mengharapkan supaya beliau secara khusus yang mempunyai kesabaran dan juga sikap keteguhan yang tinggi untuk tidak tunduk kepada serangan serangan ini.

“Dan begitu juga kita memang di dalam PERIKATAN NASIONAL di dalam PAS, serangan-serangan yang dibuat dan juga persepsi generatif yang dicipta itu memang kita anggap benda tu mengarut semua yang kita tidak melayannya,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 18/4/2023


3. Pemuda PAS Kedah berdiri teguh, pertahan MB 

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor

ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Kedah akan sentiasa berdiri teguh serta mempertahankan Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor daripada segala fitnah musuh politik yang cuba memburukkan namanya.

Ketuanya, Ustaz Nasrun Othman berkata, kejayaan yang telah dicapai selama tiga tahun Sanusi menerajui Kedah amat memberangsangkan malah jauh lebih baik berbanding kerajaan sebelumnya.

“Kita tahu Pakatan Harapan (PH) serta kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim cuba melakukan pelbagai provokasi terhadapnya dengan tujuan memburukkan nama beliau.

“Namun sehingga kini, rakyat Kedah berpuas hati dengan kepimpinannya termasuk usaha-usaha membangunkan negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, kata Nasrun, Dewan Pemuda PAS seluruh negeri berazam akan berusaha sedaya upaya mempertahankan kemenangan PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang agar ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’ dapat diteruskan.

Dalam pada itu tegas beliau, gabungan dua pemimpin hebat iaitu MB dan Pesuruhjaya PAS, Dato’ Ahmad Yahaya akan memberi impak terbaik kepada negeri.

“Senergi dua pemimpin ini bukan sahaja menguatkan PAS Kedah sebaliknya memberi impak hebat ke arah kemenangan PN di negeri ini,” kata beliau lagi.

Sementara Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Ustaz Mohamad Rodhi Abdul Rahman juga menzahirkan sokongan terhadap dua pemimpin berkenaan terutama Menteri Besar yang kini menerima tekanan politik daripada kerajaan persekutuan.

“Dewan Ulamak PAS Kedah akan berusaha bersungguh-sungguh mempastikan PN menang pada PRN akan datang dan Sanusi sekali lagi dinobatkan sebagai Menteri Besar,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/4/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: MB Kedah suntik PAS P/Pg. PH-BN bimbang.

PAS terus naikkan Malaysia, insya Allah!

INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA.. 

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 

(i) Ini, kerajaan Islam contoh di Malaysia.. Sila teliti!  

(ii) K'tan, pembangunan berpaksi Islam. Kekal & tawan S...  

(iii) Jom kreatif. K'tan -Tek-C hibrid solar. Turkiye -k...

(iv) Indahnya Islam kerana sistem zakat. RM76 juta agih...

4 comments:

Anonymous said...

Kerajaan perpaduan tak mahu sanusi dalam majlis kewangan. Sebab menentang rasuah serta mengamalkan tidak ambik rasuah.

Dlm kerajaan perpaduan yang turut serta ialah yang ada 47 kes. Juga yang banyak dapat derma masuk akaun bini.

Jadi tak boleh jemput yang bersih. Boleh ganggu proses songlap dan rasuah.

Anonymous said...

Kerajaan kahwin paksa. Mana pernah kris bercinta dengan komunis dapig. Mana pernah kris bercinta dengan dolly. Malah dolly dulu asal kris yang disingkir kerana selalu lewat.

La ni terpaksa bercinta. Bukan kerana rakyat, tapi lebih kepada survival 47 kes, trowong. Jangan harap kahwin paksa boleh bahgia. Makin tension stress kalangan pimpinan. Rakyat jadi mangsa. Manis mulut, jiwa gelora.

Anonymous said...

Cuti tol sepanjang h raya cuma nak alih isu.

Sorang menteri punya pembantu yang disiasat kerana kes rasuah. Bila rakyat minta menteri itu letak jawatan. Pmx kata dalam siasatan. Tak perlu letak jawatan kerana bukan dakwa lagi kat mahkamah.

Tapi pelik pulak bila wak dah pun didakwa jenayah. Tapi dilantik. Sedangkan rakyat mahu pimpinan yang bersih.

Bukannya singkirkan yang bersih seperti mb kedah. Tak jemput langsung masuk team kewangan.

Anonymous said...

UMNo/BN kena buli atau kena kencing oleh rakan PH..!?

Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail berkata PH dan BN bersetuju parti yang memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan bertanding semula pada pilihan raya akan datang di enam negeri.

Beliau berkata konsensus itu dipersetujui semasa perbincangan awal mengenai peruntukan kerusi oleh PH dan BN untuk pilihan raya negeri.

Di Selangor, Pakatan Harapan (PH) mempunyai 40 kerusi - 19 disandang PKR, DAP (15) dan Amanah (6).

BN mempunyai lima kerusi di Selangor - Semenyih, Sungai Burong, Hulu Bernam, Sungai Panjang, Sungai Air Tawar - semuanya dimenangi Umno.

Sampai mampos lah UMNo / BN kena main lagi nih... Bila nak kontrol percaturan atau kena catur kan..!!?

Haah tepokkkkk..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails