Tuesday, April 18, 2023

Indahnya Islam kerana sistem zakat. RM76 juta agihan -WP.

 

Mohd Daud Bakar berkata, sebahagian daripada Bantuan Aidilfitri yang berjumlah lebih RM31 juta telah disalurkan kepada golongan asnaf pada awal Ramadan untuk persediaan sambutan hari raya. - Foto fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengagihkan dana zakat berjumlah RM76,918,556.50 kepada asnaf menerusi pelbagai program dan inisiatif sepanjang Ramadan tahun ini.
Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata sebahagian daripada Bantuan Aidilfitri yang berjumlah lebih RM31 juta telah disalurkan kepada golongan asnaf pada awal Ramadan untuk persediaan sambutan hari raya.
"Insya-Allah, esok kami (MAIWP) akan terus membayar baki sumbangan RM1,000 (pembayaran fasa kedua) kepada semua penerima bulanan kami iaitu 30,000 keluarga golongan asnaf di kawasan Kuala Lumpur," katanya kepada media selepas Majlis Iftar Perdana dan Bantuan Aidilfitri MAIWP di sini hari pada Ahad.
Selain itu, beliau berkata seramai 278 anak asnaf Darul Kifayah akan menerima duit raya RM300 seorang berserta sepasang pakaian, iaitu bantuan itu merupakan sebahagian daripada Bantauan Aidilfitri tersebut.
"Zakat tersebut diagih kepada pelbagai lapisan asnaf dalam pelbagai cara untuk kami memudah cara kehidupan termasuklah jamuan makan malam, jamuan iftar dan juga sumbangan wang hari raya.
"Pelajar institut pengajian tinggi yang balik kampung turut mendapat tajaan tiket bas daripada kami. Akan datang, kami sediakan program kepada pesakit di hospital sepanjang hari raya nanti," katanya.
Mohd Daud berkata program berkenaan adalah pendekatan bagi memberi satu manifestasi kepada pembayar zakat mengetahui bahawa sumbangan mereka digunakan untuk membantu golongan tersebut.
Beliau berkata MAIWP turut menawarkan 30 skim bantuan zakat yang merangkumi bantuan aspek keperluan asasi, pendidikan, bantuan berdikari, kebajikan dan dakwah. -- BERNAMA  
2. Cagar KWSP: Ramai tolak cadangan PM 

KOTA BHARU: Dua tahun lalu ketika pandemik Covid-19 masih menular Pemuda Umno antara paling lantang memperjuangkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), namun sekarang perjuangan itu tidak kedengaran lagi.

Mengambil kira suara rakyat perdana menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob membenarkan pencarum mengeluar secara one-off sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun tekanan sekarang lebih mencabar dengan kenaikan harga barangan keperluan harian dan kos sara hidup menyebabkan rakyat menuntut pengeluaran KWSP secara bersasar sebahagian simpanan mereka.

Malah rata-rata rakyat menolak cadangan Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan wang caruman di KWSP sebagai cagaran bagi membuat pembiayaan kewangan di bank.

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Mumtaz Md Nawi

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, kerajaan sewajar mempunyai mekanisma yang tuntas bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Katanya, rakyat memerlukan simpanan di KWSP sebagai pilihan terakhir untuk meneruskan kelangsungan hidup ketika ekonomi yang kian mencabar.

“Kita harap kerajaan mempertimbangkan tuntutan pencarum supaya sebahagian simpanan di KWSP diberi kebenaran untuk dikeluarkan.

“Cuma mekanisma untuk mengawal agar tidak digunakan secara berleluasa itu kena ada terutamanya rakyat yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Baru-baru ini seorang pemandu teksi, Noorazlan Ismail, 49, sanggup berjalan kaki dari Skudai, Johor Bahru ke Istana Negara lebih 300 kilometer bagi memperjuangan isu tersebut.

Adun Pasir Tumboh Abdul Rahman Yunus pula berkata, langkah terbaik menyelesaikan isu tersebut dengan melaksanakan pengeluaran KWSP secara bersasar.

Menurutnya juga biarpun KWSP mempunyai hak di bawah Seksyen 51 Akta KWSP 1991, namun kerajaan perlu mempunyai pertimbangan sewajar untuk membantu rakyat. – HARAKAHDAILY 12/4/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Indahnya Islam kerana sistem zakat. RM76 juta agihan -WP. 

Indahnya Islam kerana sistem zakat. Sistem zakat akan wujud sebagai suatu kuasa ekonomi dunia mengimbangi kerakusan ekonomi golongan oporcunis, ektremis, kapitalis dan borjuis.. Insya Allah! 

INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 

(i) Ini, kerajaan Islam contoh di Malaysia.. Sila teliti!  

(ii) K'tan, pembangunan berpaksi Islam. Kekal & tawan S... 

(iii) Jom kreatif. K'tan -Tek-C hibrid solar. Turkiye -k...

(iv) Indahnya Islam kerana sistem zakat. RM76 juta agih...

3 comments:

Anonymous said...

Kenyataan anti-Najib dari Kit Siang ini meletakkan Anwar dan UMNO tunduk kepada tekanan daripada Kit Siang dan DAP.

Kita tahu Kit Siang sangat suka Najib dipenjarakan. Tanpa segan silu Kit Siang guna isu kleptokrasi tetapi membisu kes rasuah banglo anaknya Lim Guan Eng.

Ini akan mengesahkan persepsi orang Melayu bahawa DAP adalah kuasa sebenar di sebalik kerajaan gabungan itu.

Keceluparan Kit Siang menyebabkan kerajaan Perpaduan akan hilang sokongan orang Melayu jika Najib tidak dibebaskan sebelum pilihan raya negeri.

Baru Dipanggil Jadi Saksi Pendakwaan Ke-9 Kes Skandal Terowong Dasar Laut anak Lim Kit Siang bernama Lim Guan Eng tetiba ditemui Mati.. sampai sekarang pembunuh tidak diketahui sampai sekarang..

Saksi Utama Kes Rasuah Terowong Guan Eng Mati, Kit Siang Senyap. Rakyat mempersoalkan kenapa saksi utama kes rasuah mega terowong Dasar Laut yang melibatkan Lim Guan Eng, tiba-tiba jatuh dari tingkat 17 sebelum tarikh ke mahkamah.

Datuk Ewe Swee Kheng, CEO pemaju harta tanah Ewein Group, berakhir dengan penuh tragis. Menurut sumber, beliau baru sahaja dipanggil untuk menjadi Saksi Pendakwaan Ke-9 di dalam kes rasuah terowong bawah laut mantan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Namun belum sempat beliau menjalankan tugas sebagai saksi ke 9, SK Ewe ditemui mati. Beliau dikatakan terjatuh daripada tingkat atas sebuah kondominium mewah di Pulau Tikus Pulau Pinang.

Kit Siang mesti tahu bahawa seruan untuk membebaskan Najib adalah daripada semua 191 bahagian UMNO termasuk semua sayap pemuda dan wanita mereka.

Buku memoir Tan Sri Tommy Thomas dedah pelantikannya sebagai Peguam Negara atas usaha dan percaturan Kit Siang. Maka apa yang dihairankan dengan hipokrasi Kit Siang. Padanya biarlah Najib masuk penjara asalkan anaknya bebas dalam kes Torwong tak siap itu..,”

Ia adalah keputusan hampir sebulat suara daripada 3 juta ahli UMNO. Sokongan terhadap Najib di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu masih sangat kuat.

Anonymous said...

Menteri tu cakap, rumah dia tak kena geledah. Dah tu pulak kata sprm tak jumpa bukti.
Puuh. Power betul bohong nya.
Sama macam dolly.
Perpaduan katakan.

Anonymous said...

Songlap 42 juta kena penjara 12 tahun. Ibu tunggal curi susu tepong sepeket (7.30) untuk anak kena penjara 6 bulan. Penyamun masuk penjara baru 8 bulan dah heboh minta diampunkan. Duit yang disonglap tu duit rakyat/negara, habis tu siapa nak ganti? Kurang ajar/ barua punya orang politik, nak jadi ahli parlimen bukan berniat nak tadbir negara/rakyat dengan ikhlas...hanya cari jalan nak songlap dan kayakan anakberanak. Duit tu yang akan menjahanamkan keturunan dia kelak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails