Saturday, April 15, 2023

1MDB: Jho Low dipenjara 10 tahun oleh Mahkamah Kuwait. Malukah M'sia?

 

Jho Low

Mahkamah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Jho Low 

KUWAIT CITY - Sebuah mahkamah di Kuwait mensabit kesalahan terhadap ahli perniagaan dalam pelarian, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low secara 'in absentia' (tanpa kehadirannya) pada Selasa atas tuduhan pengubahan wang haram berhubung skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik laporan akhbar Kuwait Al-Qabas, seorang sheikh dengan rakan kongsinya termasuk dua lagi warga asing dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun.

Manakala seorang peguam dihukum penjara tujuh tahun atas tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana Malaysia.

Justeru, mereka diperintahkan untuk memulangkan AS$1 bilion (RM4.4bilion) selain perlu membayar denda berjumlah KD145 juta (RM2 bilion).

Bagaimanapun, akhbar berkenaan tidak mendedahkan nama sheikh terbabit termasuk rakan kongsi mahupun peguam berkenaan. Namun hanya menyebutnya sebagai 'dana Malaysia'.

Laporan itu menyebut, ia berkait kes pengubahan wang haram terbesar selain mengenal pasti identiti wang asing itu sebagai Low dan ahli perniagaan Syria-Perancis bernama Bachar Kiwan.

Berdasarkan laporan diterbitkan menerusi portal Sarawak Report mendakwa, dana Malaysia itu merujuk kepada 1MDB.

Laporan itu menyebut, ia berkait kes pengubahan wang haram terbesar selain mengenal pasti identiti wang asing itu sebagai Low dan ahli perniagaan Syria-Perancis bernama Bachar Kiwan.

Berdasarkan laporan diterbitkan menerusi portal Sarawak Report mendakwa, dana Malaysia itu merujuk kepada 1MDB. KD343,700,000 (kira-kira RM4.95 bilion).

Dakwa agensi berita itu, lima individu berkenaan tahu bahawa wang berkenaan adalah hasil haram yang diseleweng daripada dana pelaburan Malaysia.

Akhbar itu melaporkan bahawa kes berkenaan ditangguh selama dua tahun sebelum dibuka semula kerana pihaknya pendakwaan berdepan halangan untuk memperoleh maklumat dari luar negara. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 1MDB: Jho Low dipenjara 10 tahun oleh Mahkamah Kuwait. Malukah M'sia?

Malukah Malaysia kerana tak mampu bawa balik Jho Low atau menghukumnya?

6 comments:

Anonymous said...

Mampu ker kerajaan dolly nak tangkap jho low. Nak jumpa pm saudi pun tak mampu. Nak buat yang simple pun tak mampu. Simple jer sekat passport wak jowo. Simple macam tu pun tak mampu. Kes besor lagi ler tak reti nak settle.

Hari ni jadi kerajaan, esok harga minyak turun. Itu pun tak mampu. Pukul gendang, puuuh. Power. Kosong.

Anonymous said...

Simple jer. Tak payah spin spin.

Mula mula kata tiada kerjasama dengan hoi hoi ya hoi.
Rupanya semua terpedaya.
Semua terkejut beruk.
Jadi second man.
Ranap demokrasi.

Lepas tu, jawatan menteri kewangan bukan orang yang sama.
Kejap jer.
Bila umum barisan kabinet, semua terkejut beruk.
Nama diri sama, nama bapa pun sama.
Kembar seiras.

Lepas tu bertempek.
No kronisme.
Terkejut beruk.
Yang tewas dilantik kerana berbintikan pelantik.

Sekarang ni heboh peruntukan pusat kurang seperti sepatutnya.
Kepada negeri pas.
Fitnah bentaknya.
La. Nak percaya lagi ker itu fitnah.
Sebelum ini lain mulut, lain hasil.

Hukum rimba.
Hukum tak bertamadun.
Lain dicatat lain dirembat.
Suci di lidah, iblis terjemahan nya.

Anonymous said...

Waktu walaun perintah

Apa lu buat?

Jaxton Sanders said...

What makes an internet business successful? There are many components to achieving a successful business, Buy linkedin Accounts
and the methods depend on the needs of your business. If you are just starting out, get as much advice as you can from seasoned internet marketers by reading about some of their ideas. You can begin by reading the article here. Buy Facebook Account

Anonymous said...

Sekarang kris pun ada dewan ulamak. Secara tak langsung iktiraf peranan dewan ulamak pas. Tiru apa yang pas buat.

Pas mendahului zaman. Baru sekarang kris nak buat. Tubuh dewan ulamak kris. Pas tubuh dewan ini, lama dah.

Cuma dewan ulamak kris dianggotai ex pas. Dipecat pas sebab salah laku. Simple jer. Sebab tak ikut perlembagaan pas.

Ex pas tu sekarang jadi penasihat agama presiden kris. Yang dibuang pas jadi permata kris.

Anonymous said...

Isu Mainan geng Islam extreme dan x selesai walaupun pernah memerintah:

Babi
Tokong
Arak
Judi
Islam Melayu tertekan
Ruu
Dap.

Isu dan Tindakan Geng Perpaduan dgn sekali pemerintahan:

Hapus monopoli.
Menu rahmah
Selesai Telur x de
Tarik pelabur
Tangkapan rasuah
Bantuan kpd rakyat Kelantan
Belanjawan tertinggi
Gaji menteri discount
Pm x ambil gaji
Belanja berhemah
X pau kontraktor cina atau Taikun Melayu utk parti.
Projek penyakau dulu dikaji save billion.
Istana suka sbb kerajaan stabil
Tiada perebutan pangkat jawatan
Penyakau asal diburu
Dan lagi.....tungguuuuuu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails