Friday, February 17, 2023

Setuju Ahmad Fadhli, ucapan (DAP) jijik.. & 248 jam terperangkap.


Ketika membahaskan usul Titah Diraja, Ahmad Fadhli berkata beliau antaranya tidak bersetuju dengan kenyataan Lim Guan Eng berhubung dakwaan bahawa orang Islam mahu menyembelih bukan Islam. - Foto tangkapan layar

1. Kes 'Superman Hew' sudah jadi Superman terbang angkasa ke? - Ahmad Fadhli
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini kecoh susulan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari membangkitkan isu berkenaan ucapan-ucapan rasis.
Ketika membahaskan usul Titah Diraja, Ahmad Fadhli berkata, beliau antaranya tidak bersetuju dengan kenyataan Lim Guan Eng berhubung dakwaan bahawa 'orang Islam mahu menyembelih bukan Islam'.
Beliau berkata, ucapan-ucapan sedemikian yang diambil daripada penyokong sudah tentu menimbulkan pelbagai perkara di luar kawalan termasuk melibatkan penyokong DAP sendiri.
Mengambil contoh isu melibatkan Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai 'Superman Hew', beliau mendakwa apa yang dikatakan oleh bekas ahli DAP itu juga menjijikkan.
"Saya tidak setuju ucapan yang disebut oleh Bagan, yang disebut oleh ini (bekas penyokong DAP) pun saya tidak setuju tetapi kalau kita memetik kenyataan penyokong biasa, banyak lah kita boleh lambak dalam dewan ini... itu ucapan biasa, itu ucapan biasa.
"Ini isunya, saya tak nak bela sesiapa, semua sudah ada dalam siasatan polis.
"Jadi isu 'Superman Hew' ini termasuk bila Bagan sebut, apakah status siasatan (kenyataan berkaitan sembelih)? Saya juga nak tanya, apakah status siasatan kepada 'Superman Hew' ini, atau sudah jadi superman terbang ke angkasa?," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Pada 23 November lalu, Polis Pahang menahan 'Superman Hew' bagi membantu siasatan berhubung satu ucapan berbaur perkauman dalam ceramah Pakatan Harapan (PH) pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata Kuan Yau, 53, ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Pahang di kediamannya di Puchong Jaya, Selangor dengan bantuan pasukan JSJ Bukit Aman.
Sementara itu, seorang pelakon lelaki sebelum ini tampil membuat permohonan maaf berikutan kenyataannya mahu menyembelih orang bukan Islam dalam satu ceramah di Kemaman, Terengganu pada 4 November tahun lalu.
Berucap lanjut, Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda Pas berkata, ucapan berbaur rasis turut disebut oleh ahli Dewan Rakyat di Parlimen seperti menuduh Malaysia akan menjadi negara Taliban jika ditadbir oleh Pas.
Menafikan tuduhan tersebut, beliau menegaskan Kelantan tidak menjadi negeri Taliban walaupun ditadbir oleh Parti Islam itu sejak lebih 30 tahun.
"Itu ucapan bersifat rasis kenapa dikaitkan pula Pas dengan Taliban seolah-olah kalau kita tadbir negara, kita jadi Taliban.
"(Kalau Taliban) Manakan patung Buddha terbaring yang paling besar di Asia Tenggara boleh dibiarkan untuk terus berada di Negeri Kelantan. Jadi kalau nak kata Pas mentadbir jadi Taliban, ini lah ucapan yang benar-benar menghasut rakyat Malaysia dan perlu dikenakan tindakan," tambahnya.
Beberapa Ahli Parlimen daripada PH bangkit mempersoalkan kenyataan Ahmad Fadhli.
RSN Rayer (PH-Jelutong) mendakwa Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah menuduh Pas sebagai parti ajaran sesat.
Namun, Ahmad Fadhli berkata, isu yang dibawa oleh Rayer sudah lama berlalu.
"Saya fikir apa masalah Jelutong ialah beliau cuba untuk mengheret perkara dua tiga penggal lepas dan bawa ke dalam dewan ini. Yang sepatutnya dibawa masuk ialah hoi hoi ya hoi...," sindir Ahmad Fadhli.
Sementara itu, Tan Hong Pin (PH-Bakri) berkata sebarang tuduhan yang dikaitkan dengan Pas tidak mewakili seluruh umat Islam di negara ini.
"Jangan kita samakan Pas dengan umat Islam. Kita hanya cakap Pas, ini hanya politik dan terima hakikat politik.
"Segala polemik politik ini jangan campurkan isu agama," katanya.
Ahmad Fadhli kemudian bersetuju bahawa Pas tidak mewakili keseluruhan umat Islam. (astro AWANI)

2. Gempa Turkiye: Remaja perempuan diselamatkan selepas 248 jam terperangkap 
Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun selamat dibawa keluar dari runtuhan bangunan oleh pasukan mencari dan menyelamat selepas lebih 10 hari terperangkap di Antakya, Turkiye pada Khamis. - fotoREUTERS
ANTAKYA: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun selamat dibawa keluar dari runtuhan bangunan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) selepas lebih 248 jam terperangkap di Antakya, Turkiye pada Khamis.
Menurut agensi antarabangsa, mangsa itu berjaya ditemui, namun dikatakan dalam keadaan lemah akibat kecederaan dan dehidrasi.
Mangsa dilihat dibawa keluar dari kawasan runtuhan, ditutup dengan selimut haba oleh pasukan menyelamat sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Sebelum ini, beberapa mangsa turut ditemui selamat di sekitar Turkiye, sekali gus dilihat menjadi penyuntik semangat buat pasukan SAR terus mempertingkatkan usaha mereka.
Bagaimanapun, belum ada angka rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Turkiye dan Syria berhubung jumlah sebenar mangsa yang masih hilang.
Sehingga kini, lebih 42,000 mangsa disahkan maut dalam kejadian gempa bumi di dua negara itu dan lebih 12,000 bangunan di Turkiye dilaporkan hancur atau rosak. (astro AWANI)
Komen Weblog Ibnu HasyimSetuju Ahmad Fadhli, ucapan (DAP) jijik.. & 248 jam terperangkap.
Sepatutnya dibahas atau dikutuk ucapan tuduhan penjijik itu terhadap Islam. 

1 comment:

Anonymous said...

Part 1 : Battle of barua barua Melayu Lee Kwan Yew @DAP is begin..

Orang Melayu lain jangan termakan hasutan dan terkinjakinja turut serta. Biar kan barua barua LeeKwanYew@DAP berantakan sesama sendiri...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini mengesan jejak kewangan dan aset bekas menteri dan taikun perniagaan yang didakwa disembuyikan di empat negara.

Bekas menteri itu dipercayai Tun Daun kroni Tun Mahathir

Aliran kewangan dan aset berkenaan disyaki dihantar melalui Singapura sebelum dialihkan kepada empat negara terbabit. Seperti biasa Singapura akan membantu siasatan sambil ambil kesempatan membatu api dan melaga lagakan umat Melayu Malaysia supaya bercakaran dan berbunuhan sesama sendiri.

Seperti kes Jho Low dan Zety Singapura akan membantu siasatan sambil menbatu ai dan melaga lagakan pemimpin Melayu berbunuhan.

Beberapa ‘taikun perniagaan’ (ingat yakin yakin mata sepet dan mafia mata sepet ini akan bebas tidak didakwa sama sekali seperti memfitnah dan mengenakan kes Bossku) terkemuka dipanggil SPRM dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung pendedahan Pandora Papers.

Battle of barua Lee Kwan Yew@DAP in power iaitu Brother Anwar Bin Ibrahim VS Barua LeeKwanYew@DAP yang sudah dibakulsampahkan oleh LeeKwanYew iaitu Tun Daim dan Tun Mahathir Legacy sudah bermula.

Peringatan...

Orang Melayu PN PAS dan yang lain lain jangan termakan hasutan dan terkinjakinja turut serta. Biar kan barua barua Melayu bertuankan LeeKwanYew@DAP berantakan sesama sendiri...

PRN Mei 2023 nanti semua saki baki barua barua LeeKwanYew@DAP kasi lingkupkan secara total...!!!

Setakat ini tiada pembekuan akaun Tun Daim dan Tun Mahathir dilakukan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails