Saturday, February 18, 2023

Perhatian, perubahan positif S'ngor! Minat PAS. & kebebasan anak muda..

 


1. Ramai ahli Umno berminat menyertai PAS

(TERJEMAHAN berita Staronline bertajuk ‘More Umno members keen on joining PAS, says Islamist party’ oleh Wani Muthiah bertarikh 13 Februari 2023 jam 6:31 petang.)

PAS Selangor menerima isyarat positif dari kalangan ahli-ahli Umno yang menyatakan minat mereka untuk menyertai PAS.

Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Roslan Shahir mengatakan sudah ada ahli-ahli Umno yang telah menyertai PAS.

“Baru-baru ini seorang pimpinan cawangan yang merupakan bekas pembantu kepada seorang wakil rakyat (Umno) telah pun menyertai kami.

“Malah ramai kalangan ahli-ahli biasa (Umno) kebelakangan ini telah menyertai PAS dan kami menjangkakan lebih ramai lagi akan bersama kami” kata Roslan ketika dihubungi.

Menurut Roslan ahli-ahli PAS sedang berusaha menjelaskan dari hal keperluan untuk bersama PAS agar undi Melayu dapat memberi kesan pada (Pilihan Raya Negeri) Selangor.

Menurut beliau berdasarkan angka-angka yang diperolehi hanya seramai 68 peratus pengundi Melayu telah keluar mengundi dalam Pilihan Raya Parlimen ke-15 baru-baru ini.

“Kami berusaha menjelaskan pada rakyat di’peringkat akar umbi bahawa kita perlu memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus pengundi Melayu keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri kali ini agar kita (PN) dapat peroleh kejayaan di Selangor”, tambahnya.

Kata Roslan lagi menurut data yang diperolehi, Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi, yang menang di kerusi Parlimen Kuala Langat, telah berjaya memperolehi 72 peratus undi Melayu di kawasan berkenaan.

Kerusi Parlimen Kuala Langat merupakan kerusi PKR selama tiga penggal sejak 2008 sehinggalah ditawan PN.

“Sekiranya calon-calon kami di kerusi-keruis majoriti Melayu dapat pencapaian yang sama (sebagaimana Kuala Langat) harapan kami cukup baik,” kata Roslan, yang menambah bahawa jentera PAS sedang meyakinkan ahli dan penyokong Umno bahawa PKR sudah hampir pasti tidak akan memberikan sebarang kerusi tambahan pada Umno dalam PRN nanti.

“PKR merupakan penyandang di kebanyakan kerusi-kerusi (Melayu) ini, pasti mereka tidak akan menyerahkannya pada sesiapa.

“Contohnya kerusi-kerusi majoriti Melayu di DUN Taman Medan dan Seria Setia dalam Parlimen Petaling Jaya, walaupun Umno telah lama bekerja dan memberi tumpuan pada kerusi-kerusi ini.

“PKR yang menang di kedua kerusi ini pasti tidak akan menyerahkannya pada Umno,” tambah beliau lagi.

Menurut Roslan ahli-ahli Umno diberitahu bahawa PAS sentiasa terbuka dan bersedia berunding dengan mana-mana pihak (demi agenda Penyatuan Ummah).

Selain itu kata Roslan, pemimpin PAS telah bertemu bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar, yang baru ini dipecat dari Umno.

“Beliau telah menyatakan kesediaan untuk berada atas pentas kita (PN) dalam PRN Selangor nanti,” menurut Roslan.

(Terjemahan oleh Team BPPNS)

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 14/2/2023 


2. PH-BN sedang kuburkan kebebasan suara anak muda  


MELIHAT perkembangan tekanan yang diberikan kepada Tiktoker yang sentiasa memberi pandangan bertentangan dengan pihak Kerajaan Campuran PHBN, ia merupakan satu perkembangan yang cukup jelas mematikan kebebasan bersuara yang selalu diperjuangkan ketika berada di posisi pembangkang.

Namun sebaliknya berlaku apabila kuasa sudah berada dalam genggaman, demi mempertahankan kuasa maka segala kuasa yang ada digunakan untuk menyekat suara bertentangan dengan pihak Kerajaan PHBN. 

Saya kira buli cyber yang berlaku dengan menyentuh sensitiviti individu dan juga penggunaan perkataan lucah terhadap pihak yang membawa fakta dalam penghujahan lebih perlu diberi perhatian berbanding dengan suara dan pendedahan yang memberi penentangan kepada pihak PHBN. 

Ia cukup memalukan negara, saya kira perkara ini memberi satu imej buruk di mata dunia yang sentiasa memerhatikan perkembangan Pemerintah Diktator yang dipelopori oleh PHBN. 

Zaman BN dan zaman PHBN diktatornya sama sahaja, sembang kari hangpa semua. Memalukan betul. 

USTAZ HANAFI ZULKAPLI – HARAKAHDAILY 14/2/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perhatian, perubahan positif S'ngor!  Minat PAS. & kebebasan anak muda..

Insya Allah, rakyat Selangor pilih PAS. Mari sama-sama doakan! 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails