Tuesday, December 13, 2022

Thailand pelancongan pulih, M'sia bila? PN rakyat percaya..

 

Pelancong menaiki feri menyusuri Sungai

1. Thailand capai 10 juta pelancong, tanda sektor pelancongan pulih

BANGKOK: Thailand menyambut ketibaan pelawat antarabangsanya yang ke-10 juta pada 2022 hari ini, menurut pihak berkuasa pelancongan negara itu, sekali gus menandakan pemulihan sektor pelancongannya yang terjejas akibat COVID-19.

Pada 2019, negara terbabit merekodkan kira-kira 40 juta pelawat, namun jumlah itu merosot susulan kerajaan mengetatkan kawalan sempadan dalam usaha membendung penularan COVID019 termasuk mengenakan sekatan perjalanan kepada pelancong antarabangsa.

Bagaimanapun apabila seluruh dunia mula melonggarkan sekatan, bilangan pelawat ke Thailand mulai pulih secara perlahan-lahan dan negara itu dijangka memperoleh AS$16 bilion atau RM70.46 bilion hasil pelancongan tahun ini.

Ketibaan penumpang pesawat Saudi Arabian Airlines disambut penari tradisional dan pemain dram yang menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok, hari ini dan pihak berkuasanya mengatakan dengan penerbangan itu, ia mencapai rekod pelawat ke-10 juta.

"Ruang udara kita terbuka. Dengan itu kami ingin membina keyakinan bahawa Thailand masih menjadi antara destinasi pelancongan dunia," kata Perdana Menterinya, Prayut Chan-O-Cha dalam ucapan ketika menyambut ketibaan pelancong antarabangsanya di lapangan terbang terbabit.

Sementara itu awal minggu ini, Menteri Kewangan, Arkhom Termpittayapaisith, berkata bilangan pelawat dijangka meningkat tahun depan.

"Kita menjangkakan 23 juta pelancong pada 2023," katanya. Beberapa penganalisis pula berpendapat, pemulihan penuh dalam bilangan pelancong boleh berlaku pada 2024.

Pemilik hotel dan restoran kini menarik nafas lega apabila perniagaan semakin meningkat dengan perlahan.

Presiden Persatuan Hotel Thailand, Marisa Sukosol, dilaporkan berkata pihaknya sangat mengalu-alukan kejayaan 10 juta pelancong selepas dua tahun setengah mengalami kesengsaraan.

"Saya fikir tahun depan kita akan melihat momentum pertumbuhan yang berterusan," katanya sambil merujuk kepada pelancong dari Russia dan merentasi rantau Asia Pasifik.

Bagaimanapun beliau mengingatkan semua pihak tidak terlalu optimis, berikutan keadaan ekonomi yang tidak berkembang serta ancaman pandemik yang berlarutan terus memberi kesan kepada sektor pelancongan.

Walaupun Thailand memperoleh manfaat daripada kelonggaran sekatan perjalanan oleh negara lain, industri pelancongannya juga terjejas oleh kelembapan ekonomi global dan inflasi yang berterusan.

Kata pegawai Thailand, pemulihan dalam sektor pelancongan juga sangat bergantung kepada kelonggaran peraturan perjalanan antarabangsa China.

Ini kerana China sebelum ini adalah penyumbang terbesar bilangan pelancong asing untuk negaranya. -AFP


2. Bukti rakyat percaya PN wadah terbaik untuk Malaysia  

DEWAN Pemuda PAS Malaysia menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada PERIKATAN NASIONAL atas keputusan Pilihan Raya di Padang Serai dan Tioman. Tahniah kepada YB Cikgu Azman atas mandat bagi menambah suara kita di Dewan Rakyat. Dan tahniah juga buat calon PAS, Saudari Nor Idayu Hashim atas usaha menambah undi PERIKATAN NASIONAL di Tioman, dan hampir mencapai kemenangan.

Keputusan PRU di kedua-dua kawasan ini adalah suatu isyarat jelas penerimaan dan keyakinan rakyat kepada PERIKATAN NASIONAL, khususnya di peringkat Persekutuan. Sudah tentu kejayaan ini adalah atas usaha keras semua pihak yang istiqamah memacu Malaysia ke arah negara yang prihatin, bersih dan stabil. Kemenangan ini juga adalah hasil kegigihan jentera, khususnya jentera Pemuda PAS dan PN yang ikhlas dalam misi merubah masa depan negara.

Keputusan ini nyata memberi tamparan besar buat Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, yang kini bergabung membentuk Kerajaan Campuran. Sekalipun pengundi PH mampu memberikan sokongan pada calon BN di Tioman, namun pengundi BN masih tidak mampu memberikan sokongan yang sama pada calon PH di Padang Serai. 

Walaupun dengan kekuatan sebagai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang, mereka tetap mengalami kekalahan besar di Padang Serai, yang dimenangi PH dengan majoriti besar sejak 2008, dan hanya mampu menang dengan majoriti tipis di Tioman, kubu kuat BN sendiri. Menarik untuk ditelusuri apakah gabungan PH-BN ini mampu diteruskan selepas ini? Tepuk dada tanya diri sendiri.

Bergerak ke hadapan, PERIKATAN NASIONAL akan terus memberikan komitmen sehabis baik dalam memastikan kemajuan dan kemakmuran negara. Kepercayaan rakyat yang memilih PERIKATAN NASIONAL, tidak akan dipersiakan. Kita yakin inilah wahana terbaik dalam memacu Malaysia ke arah negara yang sejahtera dan berintegriti.

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Pasir Mas – HARAKAHDAILY 8/12/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Thailand pelancongan pulih, M'sia bila? PN rakyat percaya..

Ya, mari kita bergerak ke hadapan, PN akan terus memberi komitmen sehabis baik dalam memastikan kemajuan dan kemakmuran negara. Seperti menurut YB Ustaz Ahmad Fadhli.   

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Tak yah bising busing la wooiii...

Ari ni ke putrajaya esok minyak turun otai pun terkinja kinja dengar kata kata tu...

Formula turun harga kereta turun formula harga minyak turun laa bagai terkinja kinja otai suma

Bila nak turun ni... mana formula nya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails