Friday, December 16, 2022

Lagi miskin haid, ini menteri KKM jawab. & LGBT tingkat HIV.

 


1. Setelah dikecam warga net, Menteri maklum tuala percuma di KKM untuk maklum balas segera

PUTRAJAYA: Inisiatif pemberian tuala wanita secara percuma mungkin nampak kecil tapi ia boleh memberi impak besar untuk menangani isu kemiskinan haid di negara ini.

Itu penjelasan diberikan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berhubung kekeliruan isu pemberian tuala wanita secara percuma yang dinyatakan olehnya sebelum ini.

Dr. Zaliha berkata, isu kemiskinan haid sangat bertepatan dengan kesihatan menstrual dan sistem reproduktif wanita di negara ini.

Menurutnya, beliau mengambil maklum diatas kekeliruan dan berterima kasih atas pandangan orang ramai mengenai kenyataannya sebelum ini.

“Saya ingin jelaskan bahawa inisiatif yang hendak dimulakan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM) itu adalah bagi melihat aspek pengoperasian serta maklum balas segera.

“Sekiranya berjaya, saya lihat ia boleh diperluaskan ke fasiliti-fasiliti kesihatan yang strategik dan melibatkan orang awam,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, Dr. Zaliha ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKM memaklumkan, insiatif pemberian tuala wanita percuma dimulakan terlebih dahulu di tandas Pejabat Menteri KKM.

Malah, inisiatif itu juga akan dibawa ke peringkat lebih tegas dan berbentuk polisi termasuk diperluas ke seluruh negara.

Bagaimanapun, idea itu menarik perhatian warganet di saluran media sosial yang menyifatkan ia bukan langkah baharu sebaliknya sudah dilaksanakan di beberapa tempat termasuk di sekolah.

Malah, tidak kurang juga memuji idea itu memandangkan ada segelintir masyarakat di negara ini yang tidak mampu untuk memberi tuala wanita itu.- UTUSAN


2. LGBT golongan utama peningkatan kes HIV di Malaysia 

DAPATAN baru menunjukkan lebih separuh daripada kes HIV baru adalah dari negeri-negeri berpenduduk ramai seperti Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Majoriti mereka yang dijangkiti HIV adalah dari golongan orang muda yang berusia antara 20-29 tahun.

Penularan kes HIV di Malaysia bermula dari tahun 1990 majoritinya tertumpu kepada penyalahgunaan dadah (61 peratus) dan 5 peratus melibatkan kes seks berlainan jantina.

Tahun 2010 majoriti kes HIV melibatkan penyalahgunaan dadah menurun sebanyak 48 peratus dan kes seks berlainan jantina meningkat sehingga 40 peratus.

2018 menyaksikan perubahan ketara apabila majoriti penularan HIV ialah akibat seks sama jenis sebanyak 57 peratus. Penularan HIV disebabkan penyalahgunaan dadah turun sehingga 3 peratus sahaja.

Peratusan penularan HIV disebabkan seks sejenis terus meningkat pada tahun 2021.

Sepanjang 30 tahun analisa, trend penularan HIV telah berubah dari berkongsi jarum suntikan akibat penyalahgunaan dadah ke seks sejenis. Trend kes HIV akibat seks sejenis dijangka akan terus meningkat pada tahun-tahun mendatang.

Pada 1 Disember 2022, KKM telah bercadang memperluaskan penggunaan ubat PrEP kepada pasangan homoseksual berstatus HIV-negatif dalam usaha mencegah penyebaran wabak HIV/AIDS.

Tindakan membelanjakan hasil negara yang dikutip melalui pembayar cukai berpotensi membolehkan golongan ini terus kekal dalam gaya hidup mereka yang berisiko tinggi.

QGA berpendapat KKM sepatutnya menjadikan langkah-langkah pencegahan hubungan sesama jenis sebagai usaha pencegahan yang utama.

Adakah wajar cukai rakyat dibelanjakan kepada golongan ini?

Adakah wajar KKM meneruskan langkah ini?

QGENANALYST – HARAKAHDAILY 12/12/2022

Rujukan: https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Laporan/Umum/MYS_country_report_2021.pdf 

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100042985766158/posts/pfbid0r2Ta5tbw8or8weuQmcGzeodUiDq4nbCegJpNRHsg8h6AcaBAQiFrERjSRaD9YJgvl/?sfnsn=mo&mibextid=6aamW6 

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Lagi miskin haid, ini menteri KKM jawab.  & LGBT tingkat HIV.

Al-hamdulillah.

  • PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anonymous said...

Kes Bossku bisa saja UMNo jadi duri dalam daging dalam kerajaan minority Brother Anwar Bin Ibrahim.

Zeti masih berada didalam cuti sakit yang Panjang. Sehingga saat ini Zeti Aziz masih lagi belum sihat (demam dan kebah) semenjak ‘day one’ beliau sepatut menjadi saksi. Tun Mahathir pun dah mola demam memanjang.!!

Rakyat sedang menilai, melapor dan memerhati gerak kerja kerajaan minoriti Brother Anwar Bin Ibrahim.

Kantoii..Jho Low juga dilaporkan kerap datang kerumah Zeti. Hubungan intim keluarga Zety dengan Jho Low seperti perakuan Thommy Thomas bahawa “Zeti facsiltate Jho Low’.

Maka, jelas lah sebab apa kes rasuah Zeti sendiri masih belum dibuka2 lagi dan syak wasangka rakyat ada individu tertentu campurtangan

Kes babit Bossku dah jadi semakin menarik.

Bermacam macam2 sudah terdedah. Joana Yu mengaku intim dengan Jho Low dan sangat rapat mejangkaui hubungan biasa seorang bankers dan pelanggan.

Joana Yu turut mengaku siap masak kan sop panas untuk Jho Low ketika Jho Low demam. Maka, sah lah ada unsur2 menipu Bossku jika begitu rapat hubungan nya.

Kenapa pihak pembela lebih berani untuk kes ditonton oleh rakyat dan pihak pendakwa pula begitu takut rakyat marhaen menyaksikan apa yang dihujah dalam mahkamah.

Ini ditambah lagi dengan laporan media yang dikawal oleh taikun2 Tun Mahathir dan terkini Brother Anwar yang lansung tidak melapor seluruh dan sebenar nya.

Joana Yu , Pegawai AMBANk yamg diselamatkan oleh mahkamah dari disaman oleh Bossku telah beberapa kali terkantoi dalam jawapan dan perakuan nya.

Joana Yu juga mengaku pada sesi awal dulu dia terus menalipon Jho Low sebaik sahaja seorang Pegawai dari Pejabat Najib (Hafiz) membuat enkuiri berkenaan transaksi yang tidak di ‘autorised’ oleh Najib. (transkrip bualan bank)

Pada sesi awal dulu dia mengaku menipu Bossku dengan tidak memberi dokumen kenyataan bank kepada Bossku.

Atas sebab inilah Bossku dan anak nya Yana Najib mohon prosiding review kes nya diadakan siaran langsung. Ini bagi memberi maklumat kepada rakyat apa yang terjadi didalam mahkamah.

Rakyat sedang menunggu tindakan dari kerajaan minority Brother Anwar Bin Ibrahim. Bertindak terhadap Zety atau jadi pekak dan bisu seperti Tun dlm 70 kes AMLA syarikat Hati Budi Zahid Hamidi.

https://m.facebook.com/peraktoday/videos/zahid-mengaku-audio-perbualan-telefon-bersama-anwar-suaranyashah-alam-presiden-u/490756671985451/

Aura Bossku dari dalam penjara pun boleh tewaskan Mahathir dan Brother Anwar Bin Ibrahim yang berada tampuk penguasa negara..!!

Kes Bossku bisa saja jadi time bomb pada UMNo dan kerajaan minoriti Brother kita..!!

Anonymous said...

Kempen Buy Muslim First 2 kembali diaktifkan..

Minyak masak jenama tutt..tutt kembali banyak melambak milik taikun Robert Kuok dipasaran sekarang. Tapi nama Robert Kuok tak disebut brother kita supaya mengagihkan kekayaan pada peladang dan penanam tebu negara..!!

Kartel kartel mula melambakkan product sedikit demi sedikit bagi kawalan harga runcit. Beras dipasaraya masih banyak milik Syed AlBukhary yang tak pernah kurang dipasaran dulu dan kini..!

Timbalan Pengerusi Kebangsaan Ummah Mohd Zai Mustafa berkata objektif utama kempen itu adalah untuk meningkatkan kuasa beli umat Islam di negeri ini dan pada masa sama membantu perniagaan Islam.

Beliau telah menegaskan bahawa ia bukan boikot produk bukan Islam, tetapi untuk memperkasakan ekonomi dan mewujudkan persekitaran yang sihat antara masyarakat Islam dan orang lain.

https://m.facebook.com/MediaDUNIAHALALGlobal/posts/produk-halal-muslim-senarai-minyak-masak-keluaran-pengusaha-bumiputera-muslimjih/2268433376613339/

Kempen yang mendapat tempat di hati umat Islam – Kempen Buy Muslim First (BMF) 2.0 – akan dilancarkan tidak lama lagi dengan lebih agresif dan strategik. Pastikan jenama felda dan Muslim First

https://youtu.be/04sxPzt8fKo

Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya berkata, kempen itu sebagai kesinambungan daripada sebelumnya – yang mendapat sambutan luar biasa daripada peniaga Melayu.

Sokong Minyak Masak Melayu:*
1. Saji – Felda.- ada dijual di Speedmart Tanah Rata.
2. Tiara – Felda. - tak pernah jumpa di sini.
3. Alif – SimeDarby. - Pernah dijual di Cameron Highlands. Camilia Mini Market
4. Olife – SimeDarby.- Tak pernah jumpa di Cameron Highlands
5. Adela Sunflower/Canola – Felda. - Tak pernah jumpa di Cameron Highlands
6. Cap Tiga Udang (Jenis Paket – Felda).- Tak pernah jumpa di Cameron Highlands

Jom sokong Produk Minyak Masak keluaran syarikat bumiputera atau muslim atau

https://www.nst.com.my/amp/news/nation/2019/09/520585/chow-buy-muslim-made-first-campaign-counter-productive

“Ada yang bertemu dengan saya menyatakan jualan mereka meningkat 100%, ada yang 200% dan 300%. Pendekatan Kempen Buy Muslim First 2 dalam tabiat berbelanja bagi masyarakat Islam memang terbukti memberi impak yang besar.

Buy Muslim First perlu dijenamakan dan diperluaskan masa ini. Ayoh BMF#2

Anonymous said...

Wooi...aku tak mau duit cukai pendapatan aku digunakan beli ubat untuk orang "main bontot". Kerajaan promosi sukan jolok bontot ke????Jangan marah kalau orang luar panggil kerajaan sekarang "Kerajaan jolok bontot"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails