Saturday, December 17, 2022

3 Hal: AP Zip mulut, Altantuya X salah k'jaan bayar, Maut B/Kali.

 


1. Semua MP Kerajaan Perpaduan kena zip mulut, hilang suara dalam parlimen, jadi pak angguk aje

USUL  Percaya dan Rang Undang-undang Perbekalan antara lima perkara dipersetujui gabungan politik yang memeterai memorandum persefahaman (MoU) permuafakatan antara gabungan bawah Kerajaan Perpaduan..

FMT melaporkan, ia antara lain turut membawa kepada pengosongan kerusi Parlimen yang dimenangi sekiranya gagal, enggan atau cuai ketika menjalankan tanggungjawab mereka, menjelang sidang khas Parlimen, Isnin ini.

Melalui perkara itu, ia menuntut supaya setiap parti dan pihak mengundi untuk menyokong Perdana Menteri dalam usul berkait dengan usul percaya, perbekalan dan/atau apa-apa usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan kerajaan persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Ia juga menetapkan bahawa setiap parti dan pihak-pihak perlu bertanggungjawab untuk menguruskan secara dalaman dalam parti masing-masing bagi memastikan sokongan Parlimen untuk mengekalkan kerajaan perpaduan Malaysia dalam sebarang undian yang membawa kesan kepada keabsahan kerajaan perpaduan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, semua gabungan yang menandatangani persefahaman juga bersetuju ia perlu memastikan bahawa setiap Ahli Parlimen mereka mengundi seperti mana klausa 4(a) dalam perjanjian berkenaan.

Sekiranya berlaku kegagalan, keengganan atau kecuaian mana-mana Ahli Parlimen dalam gabungan berkenaan berbuat demikian, perjanjian itu menyatakan ia perlu diambil kira sebagai pelanggaran tanggungjawab Ahli Parlimen secara individu kepada parti itu.

Justeru, ia dianggap sebagai peletakan jawatan dan/atau pemberhentian daripada menjadi Ahli Parlimen manakala kerusi Ahli Parlimen terbabit dikosongkan seperti dalam kerangka maksud Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Kegagalan, keengganan atau kecuaian dari berbuat demikian hendaklah diambil kira sebagai pelanggaran tanggungjawab Ahli Parlimen secara individu kepada parti itu, yang dianggap sebagai peletakan jawatan dan atau pemberhentian daripada menjadi Ahli Parlimen dan bahawa kerusi beliau dikosongkan dalam kerangka maksud Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Parti Ahli Parlimen tersebut hendaklah mengeluarkan notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat atas pengosongan tersebut menurut Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengadakan pilihan raya kecil,” katanya menurut intipati perjanjian itu. (FMT)


2. Kerajaan kena bayar saman, yang bunuh entah siapa arah tak ada yang salah 

Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kerajaan dan tiga yang lain membayar RM5 juta kepada keluarga mendiang warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh pada 2006.

Keputusan hakim mahkamah sivil Vazeer Alam Mydin Meera yang memihak kepada keluarga Altantuya pagi ini dibuat 15 tahun selepas tindakan sivil difailkan pada 2007.

Tiga plaintif - Shariibuu Setev dan Altantseseg Sanjaa yang merupakan bapa dan ibu mendiang, serta abang Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal - memfailkan saman RM100 juta.

Saman itu menyasarkan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) - Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar - serta penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan kerajaan Malaysia.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan gred tentera. Mahkamah jenayah berasingan mensabitkan Azilah dan Sirul Azhar atas pembunuhan itu dan menjatuhkan hukuman mati pada April 2009.

Bagaimanapun, mahkamah jenayah membebaskan Razak daripada tuduhan bersubahat dengan pembunuhan itu tanpa dipanggil pembelaannya pada Oktober 2008.

Semasa prosiding yang dijalankan dalam talian hari ini, Vazeer memerintahkan empat defendan turut membayar faedah tahunan sebanyak lima peratus bagi pampasan RM5 juta, serta setiap defendan membayar kos RM25,000 kepada keluarga.

Vazeer - yang sebelum ini dinaikkan ke Mahkamah Rayuan tetapi hari ini mempengerusikan kes Mahkamah Tinggi - memutuskan bahawa keluarga Altantuya berjaya membuktikan saman sivil mereka terhadap empat defendan berdasarkan imbangan kebarangkalian.

Hakim berkata bahawa kedua-dua bekas pegawai polis itu terbukti telah "membunuh dengan kejam" si mati dalam perbuatan membunuh yang menyalahi undang-undang, berdasarkan keterangan beberapa saksi untuk keluarga itu.

Vazeer berkata keterangan ketua jabatan forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Mohd Shah Mahmood menunjukkan bahawa Altantuya ditembak dan "diletupkan" dengan bahan letupan yang diikat pada badannya yang telanjang, dengan letupan kuat yang menyebabkan serpihan daging dan tulang bertaburan di pelbagai tempat di kawasan hutan di Puncak Alam.

Vazeer menyatakan bahawa Razak juga bertanggungjawab kerana dia adalah kaitan penglibatan Azilah dan Sirul dalam pembunuhan itu pada akhir Oktober 2006.

Hakim menegaskan, dua bekas anggota polis itu tidak mengenali mangsa jika tidak kerana Razak meminta bantuan daripada Azilah untuk menangani isu Altantuya cuba bertemu Razak di rumahnya (Razak).

Vazeer berkata keterangan semasa perbicaraan mahkamah sivil ke atas saman itu menunjukkan bahawa Altantuya dan sepupunya Namiraa Gerelmaa datang ke Malaysia pada Oktober 2006 untuk bertemu Razak, yang disebut hakim sebagai individu yang menjalin hubungan dengan Altantuya ketika itu.

Hakim berkata keterangan Namiraa menunjukkan Altantuya mahu mengutip bayaran daripada Razak atas kerja terjemahan yang dia lakukan untuknya di Paris.

Bagaimanapun, mahkamah tidak memberikan butiran lanjut mengenai kerja terjemahan yang dilakukan oleh Altantuya untuk Razak.

Vazeer berkata Razak dalam pernyataan pembelaannya mengakui melibatkan bantuan Azilah bagi menangani isu Altantuya mengganggu Razak.

“Defendan pertama dan kedua (Azilah dan Sirul) tidak mengenali si mati sebelum tarikh 19 Okt 2006 (ketika dua bekas polis itu bertemu Altantuya di luar rumah Razak dan mengiringinya pergi).

“Terdapat motif yang boleh dilihat untuk defendan pertama dan kedua meletupkannya dengan bahan letupan gred tinggi.

"Satu-satunya kaitan antara defendan pertama dan kedua dengan si mati ialah defendan ketiga (Razak)," kata Vazeer.

Hakim itu juga berkata kerajaan yang merupakan defendan keempat bertanggungjawab secara wakil atas tindakan menyalahi undang-undang Azilah dan Sirul yang menggunakan sumber pasukan polis.

Peguam Sangeet Kaur Deo mewakili keluarga manakala Azilah dan Sirul tidak diwakili.

Peguam Manjeet Singh Dhillon bertindak bagi Razak manakala peguam kanan persekutuan Zetty Zurina Kamaruddin mewakili kerajaan.

Azilah kini dipenjara sementara menunggu hukuman mati di Malaysia.

Sirul bagaimanapun telah melarikan diri ke Australia, sebelum mahkamah tertinggi Malaysia mengekalkan sabitan dan hukuman mati kedua-duanya pada 2015.

Mahkamah Persekutuan telah membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang membatalkan keputusan bersalah kedua-dua lelaki itu. Sirul telah terbang ke Australia selepas keputusan Mahkamah Rayuan dan semasa pihak pendakwaan merayu kepada mahkamah tertinggi..

Sirul kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa Australia, yang mempunyai dasar untuk tidak menghantar pulang sesiapa yang menghadapi hukuman mati di negara asal.


3. Tragedi Batang Kali : 19 mangsa disah maut 


3. Tragedi Batang Kali : 19 mangsa disah maut

HULU SELANGOR: Sebanyak 19 mangsa disahkan meninggal dunia susulan runtuhan tanah di tiga tapak perkemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highland dekat sini.

Perkembangan itu menyaksikan 14 mangsa lagi masih hilang dan sedang dikesan.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis, mangsa ke-17 dan 18 ditemukan berpelukan pada pukul 4.40 petang tadi.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dipercayai seorang ibu bersama anak dalam keadaan berpelukan di kawasan tertimbus dengan tanah.

“Terkini pada setengah jam lalu, (anggota penyelamat) menemukan seorang lagi (mangsa), tetapi dalam proses bawa keluar.

“Peringkat awal 16 orang (yang maut) ditemukan di Hill Side, baki dua (berpelukan) di River Side dan (mayat) ke-19 jumpa di River Side juga.

“Kebanyakan mangsa ditemukan tertimbus lebih kurang tiga atau empat kaki (kedalaman),” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, 16 mayat mangsa yang ditemukan sehingga pukul 1 petang tadi pada mulanya dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Bagaimanapun, semua mayat mangsa dipindahkan ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

“Mana-mana pihak yang mahu membuat pengecaman diminta datang ke Hospital  Sungai Buloh atau datang ke lokasi untuk berhubung dengan komander operasi,” katanya.

Ditanya sama ada operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan sehingga waktu malam, beliau berkata, pihaknya sedang berbincang dengan pihak bomba berhubung perkara itu.

“Pada waktu malam, pastinya ada halangan dari segi cuaca, teknikal dan faktor keadaan gelap sekali gus menyebabkan ancaman yang tidak nampak.

“Jika keadaan cuaca tidak mengizinkan, kami mungkin akan menangguhkan operasi ini pada waktu malam,” katanya. – UTUSAN


Komen Weblog Ibnu Hasyim: 3 Hal: AP Zip mulut, Altantuya X salah k'jaan bayar, Maut B/Kali.

Inilah kerajaan baru PM10..

  • PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 201

5 comments:

Anonymous said...

Bagaimana Zeti atau pihak pendakwaan mahu menjelaskan kehadiran beliau dalam satu majlis pada 15 Disember 2022?

Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?
Mahkamah tidak boleh hadir, Majlis lain boleh? Sejak UMNO tadah punggung pada Bang Non kes Najib tidak dihiraukan lagi..!!

Mana suara pemimpin UMNO sekarang..

“Saya menerima pesanan teks daripada pegawai penyiasat (IO) sekitar 11.56 pagi ini memaklumkan bahawa Tan Sri Zeti yang sebelum ini saya maklumkan akan datang esok, telah memaklumkan melalui peguamnya kepada IO bahawa beliau tidak sihat dan mendapat cuti sakit selama dua hari,” – Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ahmad Ikram

UMNO menerusi satu kenyataan media menggesa agar tindakan sewajarnya diambil apabila tular pula dokumen siasatan berkaitan penglibatan seorang individu dalam skandal 1MDB dan SRC.

Link bawah Kenyataan media UMNO

https://umno-online.my/2022/08/18/sprm-jabatan-peguam-negara-perlu-beri-penjelasan-ahmad-maslan/

UMNO juga meminta agar siasatan terhadap penglibatan Tawfiq Ayman dan Zeti Aziz telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara. Apa status tindakan sekarang..!?

Penyokong 'Bossku' hanya tunggu dan lihat tindakan pemimpin UMNO setelah mereka menadah punggung masing masing pada Brother Anwar Bin Ibrahim.

Zety mengelak dari menghadiri sebutan kes 1MDB dengan alasan muntah, demam dan vertigo, sebaliknya boleh tampil dalam satu majlis lain.

Di hitung keseluruhan ‘cuti sakit’ yang diperolehi Zeti sehingga kini berjumlah 23 hari termasuk hari Sabtu dan Ahad.

Persoalannya, sampai bila Zeti akan menikmati ‘cuti sakit’?

Unknown said...

Ap parti lain kena zip mulut.. Tapi ap pn pun samakan kena sokong pimpinan tertinggi.. Ada berani ke bagi peluang ap pn berlawanan dgn pucuk pimpinan.

Unknown said...

Akta tu dibuat utk kestabilan politik. Udah2lah.. Tunggu pru 16. Masa tu lawanlah balik

Anonymous said...

Pimpinan dap ada turun ker kat tapak tu. Atau antar khadam jer.

Anonymous said...

Ada AP yg patuh kepada pimpinan. Ada yang diarah patuh. Bezakan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails